Selasa, Mac 15, 2011

Cukup Sempurna

lepas habis sekolah,gua memang sengaja mengasingkan diri daripada mereka-mereka yang pernah mengenali gua.semua gua tinggalkan dan gua hapuskan jejak.gua malas.kalau boleh gua mahu jadi pupus saja dari dunia umum.kat mana gua?tak perlu tahu dan tak perlu peduli.malah sejak daripada dulu pun,memang gua sentiasa mengasingkan diri.yang diam,yang jauh,yang duduk di ruang terpencil tanpa banyak kerenah,itulah gua.ya,gua dirikan tembok di sekeliling gua.gua wujudkan aura gelap dan muram yang membuat orang tak betah mendekati gua.kat mana saja,itulah gelombang yang gua pancarkan.gerak-geri yang semacam membawa papan tanda,"sila jauhi".bukan kerana gua membenci,berlagak sombong,atau hanya pemalu,tapi itu sememangnya gua.kalau gua bukan penyendiri,bukan pendiam,bukan anti sosial,maka gua seperti bukan diri gua.gua tak selesa.gua janggal.di kalangan ramai gua rasa sesat dan hilang.gua lemas.jadi gua mahu apa yang buat gua selesa.seperti yang pernah gua cakap,gua hanya mahu jadi gua.jadi biar gua jadi gua.

blog dari luar dunia ni,sepenuh-penuhnya adalah diri gua.jadi walau ada yang meminta,tak banyak yang boleh gua ubah.latar-belakangnya akan kekal hitam,dan tulisannya akan kekal seperti yang ramai cakap,'susah dibaca'.maaf,tak ada niat untuk menyenakkan mata mereka yang gua anggap cukup berharga kerana mahu membaca,jauh lagi untuk sengaja menghalau,tapi tulisan di sini harus dalam bentuk ini.sama macam gua mungkin.memeningkan,menyukarkan,menyenakkan hati dan mata,tapi,kalau tak terus memangkah dan duduk dulu sebentar,mungkin,mungkinlah,ianya akan berbaloi.

menjadi gua sebenarnya,gua rasa tak sedap dan bersalah kalau gua menyinggung sesiapa,menyusahkan sesiapa dengan menjadi diri gua.sungguh-sungguh,tulus dari hati gua minta maaf.maafkan gua kerana menjadi diri gua tapi maaf,gua masih diri gua dan akan kekal menjadi diri gua.kalau lu mengerti,lu tahu ini bukan kesombongan dan lu pasti rasa,hati gua adalah sejujur-jujur hati dan aura di sebalik kesuraman itu,tak lain hanyalah keikhlasan dan keluhuran.gua bukan manusia yang paling mesra dan ramah,yang paling pandai menjaga hati dan paling pandai bergaul dengan masyarakat,tapi gua seorang manusia yang ikhlas.dan ikhlas dari hati,gua rasa macam  gua membebankan orang kalau gua buat mereka rasa yang mereka perlu bantu gua merubah diri gua supaya gua menjadi lebih ceria dan gembira.i'm okay.perfectly fine.sempurna.ya,tak ada manusia yang sempurna,tapi sempurna itu kita terjemahkan saja dengan daya tafsiran kita yang tak sempurna yang akan menjadikan kesempurnaan itu adalah apa yang terbaik mengikut keperluan kita.kita akan jumpa sempurna,kalau kita tak cuba menjadi sempurna dalam mentafsir sempurna.

hmm..sebenar-benarnya,kadang-kadang bila gua jengah melihat mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup gua dan tengok betapa mereka telah jauh ke depan berbanding sewaktu mereka masih di sisi gua,memang terasa seperti gua masih di takuk lama.segala-galanya berubah,mereka semua berubah,tapi gua masih begini,di sini,kekal seperti azali.seolah-olah tak ada pembaharuan dan kemajuan.menelan hakikat itu buat gua sebagai manusia,sikit-sebanyak boleh juga goyah.perasaan cemburu,ego,buat gua seperti mahu menyaingi mereka dan mahu membuktikan gua juga bukan manusia yang dulu yang tak pernah berganjak ke mana-mana daripada kali terakhir yang mereka jumpa.gua mahu tunjuk bukan mereka saja yang sudah melangkah ke depan,sudah ada hidup baru,sudah jauh lebih berbeza dan berubah.tapi kemudiannya gua kembali tenang.kenapa perlu membandingkan diri gua dengan mereka?melangkah ke depan,sudah ada hidup baru,sudah jauh lebih berbeza dan berubah itu,mahu diukur dengan apa?dengan perkahwinan,bilangan anak,perubahan wajah dan penampilan,perbezaan cara bercakap dan hobi,minat,kegemaran,muzik yang didengari,filem yang ditonton,buku yang dibaca,tingkah-laku di khalayak ramai?atau perbezaan keseluruhan gaya hidup?bangun tidur pukul berapa,tidur pukul berapa,sikat rambut belah mana,mengemas rumah berapa kali sehari?adakah itu ukuran melangkah ke depan,sudah ada hidup baru,sudah jauh lebih berbeza dan berubah?kalau macam tulah kira-kiranya,maka terserah,anggap saja gua tak pernah maju ke mana-mana.

all these years,i've been through a lot..melalui dan menghadapi bermacam-macam.segala kesulitan,segala kepayahan,jatuh dan bangun,madu dan racun.pengalaman hidup yang membuat gua takkan melihat kehidupan daripada pandangan yang sama lagi.dari sepuluh tahun yang lalu hingga ke detik ini,dunia gua seperti sudah beralih lebih dari seribu tahun.kekuatan gua,ketahanan gua,kecekalan gua,jauh melangkaui dari apa yang sesiapa boleh bayangkan.daripada belasan tahun dulu bila gua jauh lebih dewasa dari mereka,hari ini gua sudah jauh melepasi itu semua.hakikatnya,gua adalah insan baru.insan baru yang masih berwajah dan berjiwa sama,kerana sewaktu mereka masih teraba-raba mencari identiti,gua telah lama menjadi diri gua sendiri.therefore,i stick to my ground.my words are still my words."masa akan merubah segala-galanya,kecuali manusia yang tetap pendiriannya."

gua menulis di sini,hanya untuk menyatakan.kepada mereka semua,mereka-mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup gua..gua hanyalah diri gua dan akan kekal menjadi diri gua,walau mereka ada ataupun tak ada.jadi biarkan saja.gua tak boleh mengawal dunia,tak boleh mengawal apa yang kekal dan apa yang berlalu.yes,it's sad.melihat memori yang berharga menjadi makin luput dan luput dan akhirnya hanya menjadi seperti longgokan sampah yang menyemakkan..tapi semuanya bukan terletak dalam tangan sesiapa.sedih atau apa,gua juga takkan pernah hanya duduk di situ menyesali sejarah.maju gua,beza gua,berubah gua,bukan dibatasi fizikal dan material.cukup kalau hanya gua yang tahu di mana gua berada dalam kehidupan gua sekarang.jadi,gua tak perlu terus duduk-duduk di 'buku muka' membiarkan diri gua senang-senang untuk dilihat dan diterjemah.tidak,bukan tempat gua dan bukan cara gua.cukup hanya sekali dalam sekala.

apa lagi boleh gua cakap?kembara seluruh semesta,akhirnya di sini juga tempat yang paling selesa.hitam,suram,terasing..gua di dalam dunia gua yang tertutup.tidak menyerlah,tidak menonjol,tidak ketara.gua tak perlu orang yang tak menyedari kehadiran gua untuk menyedari kehadiran gua..cukuplah kehadiran gua hanya disedari oleh mereka yang menyedari kehadiran gua.tentang mereka-mereka itu,biar saja mereka dengan cara mereka..move on lah dengan langkah macam manapun yang mereka suka..sebetulnya,bukan urusan gua.jadi adalah tak perlu nak membandingkan diri gua dengan diri mereka.kita tak sama dan takkan pernah jadi sama.yang penting,gua baik-baik saja.sempurna dalam terjemahan sempurna gua.lalu,gua tersenyum..dan,cukup..

Tiada ulasan: