Khamis, Mac 03, 2011

Kemahuan -1224-

tidur itu sepatutnya sesuatu yang mudah.benda yang rehat,rileks.apa lagi yang lebih mudah daripada merehatkan diri dan rileks?bukan perlu pakai tenaga yang besar macam daki gunung everest pun.rehat je la,pejam mata,tak payah buat apa-apa,cuma rileks.macam tu saja cara untuk tidur.faham?faham,gua tanya?jadi apasal gua susah sangat nak tidur?nak boleh lelap,macam pergi berperang.punyalah susah.pejam mata dengan tak ada rasa.pusing kiri pusing kanan meniarap menonggeng(tipu) segala posisi.lepas tu dengan segala jerit perih untuk lelap,boleh pulak dengan tiba-tiba je terjaga sendiri.gua cubalah jugak nak menipu diri sendiri.tak,gua belum jaga jangan jaga jangan jaga teruskan peniduran tapi seperti kata mereka,kita tak mampu menipu diri sendiri..haih..wahai mata..tolonglah mudah lena..

hmm..gua tertanya pulak.tidur tu duduk kat mata ke kat mana?macam silap jer..

ok..lagi sekali..

wahai otak..tolonglah mudah lena..

berangkat ke medan perang di katil,dengan sedikit hampa..

'walau kita tak tahu apa yang  kita mahu,entah macam mana kita tetap tahu bila kita tak dapat apa yang kita mahu.'

Tiada ulasan: