malam ni..gua tak pasti gua berada dalam mood kategori apa.gua mahu sesuatu..itu yang gua tahu..hanya sesuatu..
hmm..gua intai luar jendela pandang ke langit.dan gua cuba membayangkan..sesuatu turun dari atas sana..bersayap hitam..
hmm..
fantasi..
fantasi dan fantasi..medium ajaib yang boleh bawa kita ke mana saja yang kita mahu,dan fantasi gua....kebanyakannya lebih menjurus ke arah gelap.macam blog ini..macam blog-blog gua yang lain.hitam dan penuh kehitaman.tapi dengan kegelapan gua tak maksudkan evil,seperti kebanyakan yang orang lain sinonimkan dengan gelap..kegelapan bagi gua adalah mistika,misteri,sesuatu yang berada di luar dunia nyata dan terletak di satu ruang yang amat-amat dalam yang perlu diteroka dengan meninggalkan norma kehidupan dan menanggalkan kekangan logik..ruang yang amat dalam yang mana ia diselubungi oleh rasa yang amat berat,amat menusuk,amat mencengkam,amat memilukan..ruang di mana kesakitan itu berpadu dengan kenikmatan..yang boleh bawa segala-galanya..hingga mencetus api..panas dingin..kebekuan..keghairahan..
dunia jiwa gua..
mungkin satu tempat di mana seseorang perlu jadi gila terlebih dahulu untuk sampai.
jadi,ia bukan tempat yang elok untuk dilawati..
jadi,ia bukan tempat yang elok untuk dilawati..
pastinya bukan untuk orang-orang yang daya pegangan realitinya lemah..
hmm..
tapi..
tapi..
'....Bayang Kelam....
aku menyeru kau datang
datanglah merentas malam
ke mari, ke dalam fantasi ini....'
aku menyeru kau datang
datanglah merentas malam
ke mari, ke dalam fantasi ini....'
bla bla bla bla....whatever..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan