Ahad, Februari 27, 2011

Arus Yang Berlawanan Arus Yang Melawan Arus Yang Berlawanan

kadang-kadang,gua sebenarnya cuma suka melawan arus.macam ni,ada orang berfikir dari sudut a,mereka menolak sudut b.ada pula yang berfikir dari sudut b,mereka menolak sudut a.jadi gua sebenarnya,saja suka nak mempertikaikan kedua-dua pihak.sebab apa..gua rasa hidup ni secara asasnya terbahagi kepada dua.satu kiri dan satu kanan.walaupun kedua-duanya menganggap mereka saling bertentangan,tapi kalau kita lihat dari tengah-tengah,mereka sebenarnya adalah seratus peratus sama.dari segi menghakimi,menghukum,merasa diri mereka yang lebih betul dan menganggap pihak satu lagi adalah lebih salah sambil cederung menyelar pihak yang satu lagi.pusing-tolak,sebiji saja serupa.jadi gua rasa lebih menarik sebenarnya,menjadi pihak yang berkecuali.gua bukan a dan bukan juga b.gua adalah orang bebas,yang menilai ikut acuan gua sendiri.jadi gua saja suka nak mempersoal dan mempertikai.dalam apa hal sekalipun,selama ianya hanya datang dari pandangan manusia,gua rasa lebih menarik kalau ia tak diterima bulat-bulat.kita tak boleh berdiri di satu tempat saja,kemudian rasa pandangan kita dah jadi luas.

apa yang buat hidup ni menarik bagi gua ialah ianya tak pernah tetap.segala-galanya bersifat rawak dan berubah-ubah.hakikat yang buat kita tak boleh kekal dengan hanya satu teori untuk setiap perkara.apa yang indah,bila sesuatu yang pada mulanya kita anggap betul akan bertukar jadi salah kemudian bila kita dah anggap salah tiba-tiba ia boleh berubah menjadi betul kembali.semuanya bergantung kepada perspektif kita,yang mana akan kita teroka dengan perjalanan hidup melalui setiap pengalaman dan situasi yang kita hadapi.contohnya,kita diberitahu tentang jangan jadi katak bawah tempurung lalu berlumba-lumbalah kita keluar dari bawah tempurung untuk melihat dunia luar tapi selepas berada di luar dan kita fikir-fikirkan balik,sebenarnya betapa dengan melihat sesuatu dari sudut yang terpencil dan terbatas membuat kita lebih nampak diri sendiri dan lebih kenal akan dalaman kita.

untuk memahami orang lain adalah dengan memahami diri kita sendiri dan untuk mengenal dunia adalah dengan mengenali tempurung kita.jadi di sebalik kata orang jangan duduk di bawah tempurung,sebenarnya duduk di bawah tempurung juga ada kebaikannya.sama jugak macam berfikir di luar kotak.bila semua orang berlumba-lumba nak keluar kotak,siapa yang akan tinggal dalam kotak lagi?kita teruja dengan pandangan yang lari dari kebiasaan,sampai terlupa,kebiasaan itu takkan jadi kebiasaan kalau daripada asalnya ia bukanlah sesuatu yang lazim dan wajar.

kesimpulannya,setiap pendapat yang kita dengar kita ambil sikit-sikit dan kita gabungkan untuk membentuk pandangan yang lebih menyeluruh.jangan hanya jadi a atau b,kita jadi a-z..sebab setiap pendapat,atau prinsip,ada kebaikan dan ada keburukannya.selama ia datang dari kalangan manusia,tak ada apa yang mutlak dan sempurna.

tapi apapun,as for me,gua rasa gua tak ada cita-cita untuk menjadi pendakwah atau penasihat,sebab itu bukan bidang gua.gua serahkan kepada yang pakar.apa yang pasti,kalau nak suruh gua bagi kata-kata perangsang,kata-kata kasih-sayang,memujuk membelai pada orang 'yang malang' yang menjadi tersasar kerana 'nasib malang' mereka,maaflah,cari orang lain saja.gua lebih cenderung untuk menyelar dan memaki,sebab gua menyampah dengan orang yang lembik,lagi-lagi lelaki.kalau gua sebagai perempuan boleh man up untuk hadapi cabaran hidup,lu yang lelaki shame on you nak lembik-lembik nak jadi patah semangat dengan ujian yang sejemput.

gua ingat gua pernah lepas geram menyumpah seranah dalam satu entri dulu berpunca dari membaca satu entri dalam satu blog.memang gua emosi gila waktu tu.gua setiap malam tidur di hospital,jaga mak yang bercucuk-wayar di sana-sini,kepala botak dengan jahitan bersilang berpangkah di kepala,lumpuh terlantar bernafas dengan bantuan mesin,dengan hanya tiga tahun yang lepas lalui situasi sama dengan ayah gua,sampai terpaksa terlepas periksa akhir semester,tapi tak dibenarkan mengulang semester sebaliknya kena repeat setiap paper dengan keputusan semester 1 pointer 0.00,dengan sebelum ni dah pernah ditendang dan dibuang dari universiti,kemudian belum sempat habis belajar,mak pulak sakit,lepas tu tengah macam tu kolej pulak ura-ura kena tutup,lepas tu subjek elektif tak diterima gua kena ulang balik lagi sekali,lepas tu hilang kekasih yang gua cinta separuh mati selama 12 tahun,kena tengok doktor cabut mesin pernafasan mak gua sebab otak dah disahkan mati,duduk je tengok dan tunggu mak gua perlahan-lahan mati depan mata,kena naik van jenazah balik dari hospital,lepas tu kena uruskan pasal kolej yang entah apa-apa lepas dekat lapan tahun,lapan tahun beb dengan macam-macam hal hanya nak bagi habis study yang peringkat diploma je dengan baru mendapat title anak yatim-piatu dan gua tak ada pilihan selain dari jadi kuat dan kekal cool hadapi semua yang berlaku,kemudian gua baca entri pasal lelaki yang hanya putus cinta dengan awek yang hubungan pun sekadar cintan-cintun shallow biasa pilih untuk minum arak konon-konon untuk lepas tekanan,memang gua rasa 'babi lu!'.

gua lepas perasaan dalam blog gua dengan memaki untuk menghambur segala emosi yang membengkak.tapi apa gua tak sangka entri gua dilinkkan untuk memberitahu segenap pembaca betapa gua ni seorang penghentam yang dengki dan busuk hati.lepas tu ramai bloggers ke depan membela nasib blogger yang mengaku dirinya dihentam oleh gua mengutuk gua,mengata gua,melabel gua tipikal,kolot,golongan yang 'perasan diri lebih mulia' dan bla bla bla.it's funny.did they know me,did they read me,did they even bother to take into consideration situasi gua masa gua tulis entri yang hanya duduk dalam blog gua pun tanpa mengata sesiapa secara langsung.apparently,nope.tapi,tak guna untuk layan segala drama dan gimik murahan macam tu.i'm here to write,bukan nak jadi glemer,nak kumpul pengikut,nak tarik perhatian dengan berlagak cool menulis gaya blogger tip-top macam akab,yang bagi gua secara peribadi tak adalah menarik sangat pun,atau saja menulis blog kerana nak ikut trend dan cari publisiti.apapun yang jadi,gua masih kat sini,masih buat apa yang gua buat dan masih kekal dengan cara gua.

mungkin,dipendekkan cerita,gua memang seorang yang sinis dan kadang-kadang boleh come accross as a hater.tapi,apa-apa je lah.terlalu banyak tentang seseorang dari apa yang sekadar kita lihat pada satu sisi.hakikat sebenarnya,i'm soft and sensitive as much as i'm hard and harsh.well,hidup ni adalah kotak di dalam kotak di dalam kotak dan jiwa manusia adalah lapisan di bawah lapisan di bawah lapisan..teroka lebih jauh,dan selam lebih dalam.

dah.gua nak pergi masak daging sambal kicap pulak.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

em. dinamik. itu je gua dapat cakap,tak sangka lu pernah kena attack.

hey, lu belum bagitau pasal jawapan horoskop tu.

broken_nigina berkata...

more like kena umpat dekat blog orang lain daripada kena attack kot.
dan pasal zodiak tu..scorpio,kan?kala jengking yang merbahaya.diam-diam makan dalam.boleh jadi sesuatu yang positif,boleh jadi sesuatu yang negatif.agresif,panas,tapi zahirnya nampak tenang dan harmless.well,yang paling basic.betul ke tak betul,tak tahulah.sekadar pandangan berdasarkan pemerhatian.semestinya keseluruhannya lebih dari tu.

Tanpa Nama berkata...

wow. kala jengking macam itu, kawan gua just cakap misteri. tapi apa yang lu tafsirkan berdasarkan diri gua yang terselit dalam entri, kan? gua orang yang ada masalah sikit dengan duo-personality.

broken_nigina berkata...

pemerhatian ke atas orang-orang kala jengking.