gua habiskan masa hari ni(sabtu) dengan melayan youtube sambil sekejap-sekejap membaca blog.separuh hari pada awalnya gua kebosanan tak tahu apa untuk dibuat dan kemudian tanpa sedar,puff,dah pukul 2 pagi.dalam dunia gua,malam ternyata bergerak lebih pantas daripada siang.
hmm..satu benda tentang membaca blog orang lain,ia menimbulkan tindak-balas dalam diri gua yang buat gua rasa untuk turut menulis sama.nampaknya gua masih tahu bertindak-balas dengan apa yang berlaku di sekeliling gua,walaupun sekadar di alam maya.tapi entahlah,agaknya memang hujung minggu kali ni bukan waktu untuk gua menulis.segala benda yang baru sekejap tadi menyesak dalam kepala gua konon-konon untuk dimerapukan dalam entri ni tiba-tiba hilang.dan gua dah tak rasa untuk menulis lagi.
gua boleh pilih untuk berhenti dan beralih ke kegiatan lain.kalau melihat pada waktu sekarang,tidur adalah pilihan yang lebih baik tapi gua bukanlah seorang peminat besar aktiviti tidur,jadi,gua terus saja layan jari-jari menggatal di keyboard komputer ni.
hmm..throughout the day,gua layan berfikir pasal membaca.bukan untuk membaca sebenarnya,tapi tentang 'perhubungan' yang gua ada dengan membaca.itupun sebab komen en.matahari suruh gua membaca.gua tahu adalah tidak cool untuk menjadi seorang yang pemalas dan malas untuk membaca adalah sesuatu yang lebih tidak cool.tapi macam selalunya,gua masih akan jadi real dan bercakap yang sebenar walaupun ia tidak cool.i must say,nowadays,gua tergolong dalam ketegori mereka-mereka yang malas membaca buku.it takes a lot of commitment to read a book,something which i kind of lack of i guess.gua takkan buat alasan untuk diri gua.pokok-pangkalnya adalah,gua malas.
sebenar-benarnya,secara dasarnya,gua sangat-sangat suka membaca.dulu-dulu,masa zaman kecil-kecilan dulu,gua ingat novel pertama yang gua baca ialah 'saudara kembar di seri melur'..heh..siri novel daripada enid blyton.of course,dalam terjemahan bahasa melayu.gua ingat mak gua balik dari sekolah one day and bought me that book.lepas baca,gua rasa seronok.jadi lepas dari tu,pesta buku menjadi tempat lawatan yang paling gua gemari.tentang diri gua,kalau gua suka,memang gua akan tangkap layan habis-habisan.dalam waktu yang sekejap,gua dah miliki semua novel dalam siri keluaran enid blyton.kemudian gua beralih ke siri novel penyiasatan dan macam tu jugak,gua memiliki koleksi untuk setiap siri dalam novel penyiasatan.i'm a big fan of mystery so novel penyiasatan memang was my thing.siri enam penyiasat,dua penyiasat,empat penyiasat,you name it,semuanya pernah menjadi koleksi gua.alfred hitchcock,of course,sangat gua suka.gua ada imaginasi yang sangat vivid,almost like gua boleh betul-betul berada dalam situasi yang gua gambarkan.tak pelik sebenarnya bila rata-rata orang selalu cakap gua macam duduk di dunia lain,di alam khayal hampir kebanyakan masa.i love love love love adventure,thrill,teka-teki,sesuatu yang buat otak gua berfikir dan tertanya-tanya.lebih rumit,lebih menghairahkan.misteri,seram..memang elemen gua.gua suka sejak dari,hmm,i must say,azali.
kemudian,daripada semua siri ringan-ringan,gua beralih kepada sesuatu yang lebih berat.mak gua tunjukkan satu novel daripada hamka,tenggelamnya kapal vanderwick dan mak gua cakap,hamka adalah seorang penulis yang paling hebat bermain dengan perasaan dan emosi dalam tulisan beliau.hanya orang yang tak mempunyai hati yang takkan tersentuh bila membaca karya beliau.masa tu gua darjah tiga,masih budak-budak,tapi gua rasa teruja lalu gua cuba untuk membaca.waktu tu gua rasa ianya agak tebal dan bahasanya sangat klasik.buku yang mak gua ada adalah keluaran klasik,versi asal,yang mana kulit mukanya dah koyak dan helaian halamannya pun dah buruk dan tertanggal-tanggal.tapi gua masih baca,dan macam yang mak gua cakap,gua menangis membaca.cara beliau menggarap cerita terasa sangat jujur dan luhur,datang dari dalam hati yang mana mampu memancar keluar dan menusuk ke dalam hati orang yang membaca.you really feel it.setiap emosi,kesedihan,kepiluan,harapan,segala-galanya.hamka yang buat gua rasa ingin menulis,mengarang.dari awal gua mahu jadi macam tu.bukan soal bijak bermain dengan perkataan,yang gua rasa berlambak-lambak orang yang boleh menulis dengan sangat bagus dari segi bahasa dan perkataan,tapi lebih kepada jiwa,rasa.sesuatu yang mungkin tidak begitu luar biasa dari konteks plot cerita,tapi dekat di hati.sesuatu yang luhur,ikhlas,mendalam,yang bila orang baca,it gets to their hearts.that's what i want to do.menulis sesuatu yang di dalamnya ada hati dan boleh sampai kepada orang yang membaca.penulisan yang lebih fokus kepada rasa yang di dalam daripada jalan cerita luaran.
lepas tu gua baca karya hamka merantau ke deli dan di bawah lindungan kaabah,yang bagi gua masih dalam elemen sama.melankoli,menyentuh rasa yang buat pembaca hanyut dalam emosi.dan gua juga suka tulisan beliau,falsafah hidup yang mana gua rasa sangat bagus untuk mereka yang meminati falsafah.sesuatu untuk buat minda terbuka luas tapi dalam masa yang sama mengajar untuk jadi rendah diri sebagai hamba.bagi gua,ia sesuatu yang cool berbanding menyanjung ahli falsafah daripada barat.serius cakap,gua tak rasa ianya sesuatu yang hebat langsung bila ilmu buat kita sombong yang akhirnya menjatuhkan balik kita ke tahap bodoh.
ok,gua rasa malas nak cakap pasal hal membaca ni lagi.kesimpulannya,gua suka membaca dan boleh baca segala-galanya daripada komik doraemon hingga ke novel politik dan gua dah jadi ulat buku sejak dari awal-awal gua tahu membaca.dan rasanya,dah terlalu banyak benda berat yang ada yang buat gua hari ni,lebih mahu bersantai-santai.tapi apapun,gua rasa,bila kita lebih cerewet dan berat untuk buat sesuatu bukan bermakna kita tak hiraukan benda tu malah ia adalah sebaliknya.sebab ia 'sacred'.macam cinta,kasih-sayang,persahabatan.
gua seorang yang anti-sosial,tak begitu layan pasal bergaul bermesra dan all that romantic stuff cinta tu macam ni cinta tu macam tu.dari satu sudut,kalau orang melihat secara dangkal,gua akan dianggap sebagai tak menghargai,tak peduli,tak anggap ianya penting tapi sebenar-benarnya,sebab gua terlalu menghargai dan menyanjungilah buat gua tak mudah-mudah nak layan benda tu.kasih-sayang dan persahabatan gua adalah sesuatu yang terlalu mahal untuk gua,jadi gua takkan bagi mudah-mudah pada orang sebarangan.dan pasal cinta,it's not in me.gua tak rasa gua dilahirkan dengan cinta dalam hati yang hanya menunggu 'si dia' untuk gua serahkan.mungkin bunyinya tak menepati fitrah,tapi banyak benda pasal gua pun macam melanggar fitrah.
gua memang tak ada cinta dalam hati.gua tak perlukan kekasih.betul,ia bukan satu keperluan untuk gua.malah gua jauh lebih perlukan neskefe daripada kekasih.bunyi macam gua tak menghargai kepentingan cinta dan kekasih,kan?heh..memang gua tak perlukan kekasih,kerana gua hanya perlukan dia.'dia' yang telah melahirkan satu rasa yang bukan azali ke dalam jiwa gua.'dia' yang hanya kerana dia membuatkan gua memerlukan kekasih yang bukannya satu keperluan untuk gua.gua tak cintakan cinta dan kekasih,tapi hanya cintakan dia yang gua cinta dan adalah kekasih gua.ianya 'dia',bukan cinta.dan percayalah gua cakap,siapa lelaki yang menjadi 'dia' itu adalah sangat bertuah kerana kalau lu adalah 'dia',walaupun dengan aids,gua masih rela menjadi isteri.gua akan pertaruhkan nyawa gua,tanpa berfikir sesaat pun.jadi hell yeah,walaupun gua bukanlah orang yang paling menyeronokkan,yang paling menyenangkan,atau yang paling mulia dan murni untuk berlagak tapi gua memang sangat cerewet dan memilih dan sangat-sangat kedekut untuk berkongsi hati,maksud gua hati sebenar-benar hati bukan sekadar flirting bermanja-manja layan rasa biasa-biasa,sebab gua tahu apa yang akan gua berikan adalah sesuatu yang sangat-sangat berharga.
it's bullshit actually,kalau lu fikir lu boleh kenal seseorang dalam masa sebulan-dua dan lu boleh anggap rasa khayal yang mencetuskan jiwa galak atau lebih merapu berbaur nafsu serakah sebagai cinta.gua rasa nak ludah.jangan cemarkan 'cinta' dengan perasaan murahan yang cetek dan dangkal.dan bab ni memang gua mengaku gua emosi.gua memang benci manusia menjatuhkan nilai tinggi sesuatu dengan meletakkan ia pada tahap rendah yang mereka ada.yang buat gua turut ingat satu lagi benda,karya hebat disinonimkan dengan isu seks atau berkait dengan pelacur.
kelakar gila bila manusia konon-konon nak lari dari stereotype tapi end up menjadi stereotype.i mean in films.filem realiti bermaksud cerita dengan gambar ala-ala suram,tak ada muzik latar-belakang pada kebanyakan adegan,kemudian kalau ada ianya mestilah muzik klasik zaman dulu-dulu,yang mana konon-kononnya menambahkan elemen unik,lepas tu mesti ada unsur kontroversi macam aksi orang kemaruk seks yang gelojoh dan nampak seperti binatang nak mengawan atau aksi tak sopan macam perempuan selak kain baju kurung sampai ke pangkal peha buat gaya tunggang kuda di belakang seorang lelaki.well,maaf,gua tak berniat nak bercakap buruk pasal seseorang yang dah pergi,tapi sungguh-sungguh gua memang bukan peminat allahyarham yasmin ahmad.kalau nak cakap gua konservatif,tak faham seni,terpulanglah pada yang menilai tapi ikhlas,bagi gua sikitpun tak sampai rasa cinta yang konon-kononnya elemen utama dalam filem beliau.that amani girl,sikitpun tak menterjemahkan cinta dan orkid,langsung bukan dia.

dan bla bla bla..tak pasal-pasal jadi berjela entri gua.ini yang berlaku bila gua menceceh sesuka hati layan merepek dan merapu.gua akan post saja tanpa baca balik sebab macam entri kat bawah ni,gua malas.dah.sudah.

2 ulasan:
gua suka bila lu kupas dari sisi yang gua tak terfikir.
another open up mind for me,
bak kata lu, bila kita cuba keluar dari kotak yang lain, kita memasuki kotak yang lain.
:)
Catat Ulasan