feels like i'm losing myself..lebih jarang gua kat sini,bermakna lebih jarang gua berhubung dengan jiwa sebenar gua..bukan nak cakap kehidupan nyata gua kat luar penuh dengan kepura-puraan tapi gua rasa bila gua sendiri,diam,jauh dari semua kesibukan dan gangguan,gua menjadi diri gua yang paling benar.gua bukan orang yang ramah,orang yang mesra,dan gua bukan orang yang riang-ria..hell no..mungkin satu kelebihan,mungkin juga satu kelemahan..diri gua sebagai diri gua yang serius dan dingin,adalah khas untuk diri gua seorang..maka gua berkemampuan untuk berlagak ceria,berlagak macam budak-budak,so free care,tak tahu apa-apa tak faham apa-apa.deep down inside,entah,hanya gua yang lebih tahu..kalau gua lari dari semua kegedikan,keterujaan,hakikatnya,gua tak peduli apa-apa pun.yang sebenar-benar,sewaras-waras dalam keadaan paling bersih dari segala pengaruh unsur lain,gua tak rasa apa-apa..perasaan gua macam,tak ada perasaan.semuanya cuma di permukaan.
malam ni gua mungkin tak tidur.tak bagus,tapi gua rasa ada kebaikannya untuk diri gua.satu yang tak ada yang perlu gua kuasai adalah bersederhana.selalu gua samaada terlalu lebih atau terlalu kurang.gua patut belajar untuk berada di tengah-tengah.belajar menjadi sedang-sedang.
apa yang gua rasa sekarang ni?sejujurnya,biasa dan mendatar.tak ada sebarang rasa yang khusus.gua perasan sendiri perubahan pada diri gua.gua tak sekeras dan tak setegas dulu.gua dah tua,dah lemau.kelakar,dalam tak sedar gua dah jadi 'perempuan'.lu tahu,perempuan yang dalam erti kata nak selalu didampingi,diberi perhatian..perempuan biasa.sebenarnya gua cool,independent,spisis yang perlukan ruang peribadi gua sendiri untuk hidup tapi entah kenapa gua macam dah jadi jenis yang asyik nak berteman.sebenarnya gua pun tak tahu apa yang gua fikir dan gua rasa..bukannya gua rasa gua tak boleh bersendiri,tak boleh buat urusan gua sendiri tapi entah,mungkin sebab gua malas nak fikir lebih-lebih..jadi free care,jadi macam budak-budak,lebih mudah.mungkin juga sebab gua sunyi..gua hidup secara terbalik..macam orang lain yang dah banyak berhibur masa muda,banyak ditemani keriangan bla bla bla buat mereka nak perlahankan rentak dan perlu lebih banyak masa untuk berehat dan bersendiri bila dah makin meningkat usia,gua pula sebaliknya sebab dah terlalu banyak dikelilingi kebisuan dan kesepian dari azali buat gua malas nak duduk sorang-sorang bila dah makin tua.mungkin after all semuanya hanya satu distraction.bila ceria,berteman,gua boleh alihkan perhatian dari ingat benda-benda yang menyakitkan jiwa.
gua ingat seorang teman cakap,penawar tak semestinya manis.kadang-kadang untuk ubat luka kita perlukan kesakitan tu sendiri.i guess,gua tak ada kekuatan itu.kekuatan untuk jadi lemah,untuk hidup berduka,untuk lepaskan sebenar-benarnya apa yang gua pendam dalam hati.kemahiran gua cuma lari.konon bila boleh buat macam tak ada apa-apa walaupun hati koyak-rabak adalah kecekalan tapi sebenarnya gua cuma pandai shut down.gua nafi perasaan sendiri,gua buat bodoh,gua biar semuanya terbuku dalam-dalam sampai dah terlalu jauh perasaan tu dah tak boleh nak naik lagi ke otak.gua sebenarnya malas nak bertenang,nak berehat.gua malas fikir,malas ingat.jadi gua sibukkan diri gua.sibukkan minda gua dengan berfikir macam-macam.gua cari benda untuk diterujakan supaya gua rasa seronok..gua buat diri gua tak sabar,suka.well,bukan ke hidup lebih menarik kalau ada sesuatu untuk ditunggu-tunggu?tanpa semua tu,secara jujurnya,apa yang gua ada?bukan soal tak bersyukur dan ya,gua tahu manusia dicipta untuk beramal kepada tuhan cuma jujur hati saja,i dont even know the reason i wake up every morning,or afternoon kalau hujung minggu.gua cepat-cepat nak balik rumah,balik pada siapa?it's not like ada sape-sape pun yang nak tunggu kepulangan gua.i have nothing..kenyataannya tak best pun.cuma silapnya,gua selalu lupa orang lain bukan gua.gua tak patut layan orang lain macam yang gua nak orang lain layan gua sebab mereka tak sama.orang lain ada life mereka.bukan semua orang pathetic macam gua,melankoli,broken,loner,kosong..
orang selalu cakap,pasal kemurungan ni.dulu mereka pun pernah alami dan bla bla bla..gua tak pertikai pun cuma yang mereka mungkin tak faham,apa yang gua alami bukannya fasa-fasa mengikut usia dalam hidup.ini memang diri gua.dulu mereka yang mereka cakap tu,gua macam ni lebih dulu dari tu.in fact,i'm like this seolah-olah daripada lahir.memang tak logik tapi tak ada sesiapa yang boleh betul-betul faham gua kalau gunakan logik.gua memang tak logik.bukan gua rasa gua istimewa,luar biasa,tapi sebenarnya lebih kepada tak normal.macam nama blog ni,gua memang rasa gua datang dari luar dunia.macam,kewujudan gua sebenarnya tak nyata.macam,gua ni watak dalam cerita dongeng..bukan sebab gua kuat berkhayal,kuat berfantasi,tapi sebab..ah..pape je la.
cuba nak ingat balik macammana keadaan gua 4,5 bulan lepas.apart of me rasa hidup gua lebih ok kalau gua tak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki tapi apart lagi sejujur-jujurnya,ya la gua bukan sami boleh tahan duduk sorang-sorang..perasaan nak bermanja-manja(ahak ahak) tu tetap akan timbul.lagi pulak bila gua ni memang sifat semulajadinya jenis yang memang suka bermanja.walaupun ayat tu bunyi jijik tapi dah hakikat,nak buat macammana.it's not like gua suka nak selalu habiskan masa bersama tapi bila orang nampak macam selesa,gua buat je la biasa.entah la.kalau dari awal bagitau nak macammana tak ada la sesuatu perkara tu boleh dibiar menjadi kebiasaan.entah..
gua tak rasa apa sangat sekarang ni.silap gua sendiri kerana terleka.tapi somehow gua macam ada sikit-sebanyak rasa lega.perasaan macam bila yie cakap nak bertunang.walaupun sedih,terkilan dan yang sewaktu dengannya tapi dalam masa yang sama gua rasa telah dibebaskan.finally ada closure untuk kisah yang dok meleret-leret sekian lama.akhirnya..gua rasa merdeka.gua rasa semuanya lepas jugak akhirnya setelah bertahun-tahun berpanjangan tak nampak hujung-pangkal..perasaan gua sekarang macam tu la.,this is the right way..i need to know the truth.i need to know where i stand.i'm just me.gua adalah pembuat keputusan dan pilihan.gua fail besar sebagai pengikut yang berserah.follow your heart..now i'm smilling..i love me dan kalau ada pun yang gua nak dapatkan balik,adalah diri gua sendiri..i miss you,me..

2 ulasan:
happi labour day huhu
x berapa hepi la hari sabtu.kl ahad blh cuti hari isnin.huhu..
Catat Ulasan