Sabtu, April 17, 2010

Keserasian

bukan gua tak ambil inisiatif untuk memulihkan keadaan.i did before..buang ego,berbincang,cuba untuk perbaiki keadaan.tapi agaknya sampai bila?semua ok selagi tak emo,tak terasa.memang nampak sangat ada masalah..bukan gua tak cuba kawal perasaan,tapi tengok keadaan juga.gua manusia,dan hampehnya gua adalah manusia yang sensitif tapi gua bukannya bersikap tak munasabah.situasi yang memang boleh buat seseorang terasa dan upset.somehow rasa macam sebelum-sebelum ni..orang lain boleh upset dengan gua dan gua cuba untuk faham,bertanya,cuba cari salah sendiri tapi bila sampai giliran gua,kalau gua upset bermakna gua emo dan tak munasabah..i feel like i'm not allowed to have any feelings and reaction,kecuali yang best-best dan menggembirakan orang lain.haih..hakikatnya gua sedar memang susah gila untuk sesiapa bersama gua.bukan gua sengaja nak menyusahkan keadaan untuk sesiapa tapi kalau gua sampai kena berpura-pura jangan keluarkan true colour gua,sekalipun boleh membina hubungan yang harmoni,memadai ke?agak-agak setakat mana seorang manusia boleh menyembunyikan perangai sebenar diri sendiri?sooner or later tetap akan keluar jugak.lebih baik jujur tunjuk segala perangai buruk yang ada..kalau orang boleh terima,bermakna dia boleh terima kita sepenuhnya.kalau tak,jelas orang hanya suka bahagian yang best pada kita yang bermakna dia tak boleh terima kita seadanya.

mungkin kuncinya adalah keserasian.give and take,tolak-ansur,semuanya betul,tapi takleh nafi kepentingan faktor semulajadi..macam bakat nyanyian kot..semua orang boleh pergi belajar vokal,boleh menuntut ilmu dengan pakar vokal paling hebat dalam dunia,tapi sudahnya semua bergantung kepada anugerah semulajadi yang ada jugak..habis kalau dah suara macam katak,nyanyi la sebaik mana pun dengan pitching yang sempurna,macam katak jugak bunyinya.pokok-pangkalnya,kalau memang tak ada keserasian semulajadi,bertolak-ansurlah sampai separuh nyawa pun tetap berselisih faham jugak,bergaduh..soalnya kalau in the first place yang jujur sejujur-jujurnya dalam hati kita bermasalah nak terima cara seseorang dan kita berharap dia bukan seratus-peratus diri dia yang sebenar,ikhlas jawablah,silap mata apa yang boleh jadikan hubungan berdasarkan itu betul-betul bahagia?cakaplah gua tak berfikiran terbuka atau apa tapi bagi gua,segala-galanya dalam hidup harus semulajadi dan datang betul-betul dari dalam jiwa..menjawab juga kenapa gua tak banyak berubah daripada dulu..sebabnya,gua kenal diri gua dan dah lama jadi diri gua sejak dulu jadi gua tak ada sebab untuk berubah.

apa-apapun,gua ambil jalan mudah..gua serahkan pada nasib dan takdir untuk buat keputusan..ke mana daripada sini,let it be.tunggu dan lihat..

2 ulasan:

ardzmarn berkata...

gua pernah jumpa seorang wanita yang perangai brutal kerja nak sepak orang jer.. tapi sebenarnya seorang yang lembut dan sensitif.. tapi dia tak tunjuk yang bahagian lembut dia tu ..

ada jugak wanita yang sifat disebaliknya.. heh..

so untuk seseorang tu nak menerima seseorang as who he or she is.. memang take time.. bukan sekali pandang jer dah suke.. mata kita suke seseorang tu sebelum kenal .. tapi hati akan suker selepas kenal..

erk ape yang gua merepek nih.. hmm .. pape lah..

broken_nigina berkata...

memang soal rupa takde masuk dalam senarai pun.cuma soal keserasian.gua cuma rasa keserasian tu tak boleh dibuat-buat.ya,boleh diusahakan,dipupuk,tapi in the end,akan berbalik kepada faktor semulajadi jugak.it's like,minyak takkan bercampur dengan air..kacau sekejap nampak macam bercampur tapi bila stop sebenarnya tetap tak berpadu.then,takkan nak kacau 24 jam?everything akan balik kepada basic jugak..samaada semulajadi serasi atau tak.dan serasi tu gua rujuk kepada kemestri dari dalam,kerekter yang bersesuaian dengan satu sama lain,sifat yang boleh masuk bersama,jiwa dan pemikiran yang sehaluan tanpa perlu dipaksa.gua percaya kepada apa yang wujud semulajadi..