Rabu, Mac 24, 2010

Perang

sekarang gua tengah berperang dengan kehidupan.tengah berperang dengan kematangan,kewarasan.seikhlasnya,gua tak peduli pada kehidupan,pada kematangan,pada kewarasan.gua boleh dan gua mampu untuk hidup dalam dunia ciptaan gua sendiri di mana itu kebebasan gua untuk anggap hitam sebagai putih atau apa saja.gua tahu gua degil.sepanjang usia gua lawan arus,hidup dengan cara yang gua rasa betul walau salah pada mata dunia.gua tak peduli.apa yang gua pegang.itulah apa yang gua pegang.gua boleh kalahkan seribu lelaki dari sudut itu.tapi,satu janji kehidupan.jarang sangat ketentuan kalah kepada pendirian.yang selalu,akhirnya pendirian terpaksa kalah kepada ketentuan.sampai masa,ia harus.setiap manusia akan bertemu dengan akur dan akan mengerti bahawa akur itu adalah kunci redha.jadi sebenarnya,gua tengah berperang dengan diri sendiri.tengah berperang dengan kedegilan gua,pendirian gua.sampai bila gua nak berdegil?kalau memang masa yang gua tahu harus berlaku itu sudah harus berlaku,gua mahu degil gua dibunuh.gua mahu ditangkap dan diikat tapi gua tak mahu ditangkap dan diikat.perang itu,kerana gua mahu dikalahkan tapi gua tak mahu biar gua dikalahkan.

bengong!

Tiada ulasan: