Khamis, Mac 25, 2010

My Way

menjadi masalah bila seseorang boleh bergerak bebas walaupun dalaman terikat.macam tak jadi isu hidup mesti terus bila memang tak ada apa-apa pun yang terganggu atau tersekat.walaupun kadang-kadang gua terasa jugak macam ketinggalan,macam semua orang dah jalan jauh ke depan dan tinggal gua je seorang yang masih tak bergerak-gerak kat tempat yang sama tapi sekejap saja gua dah overcome perasaan tu.kenapa gua perlu kisah dengan orang lain?mereka adalah mereka,gua adalah gua.gua ikut jalan gua,rentak gua.samaada mereka dah jalan ke depan ke ke atas ke atau jalan bengkang-bengkok sekalipun,itu urusan mereka dengan kehidupan mereka.got nothing to do with me.masalahnya inilah..tapi masalah sangat ke?gua hidup tanpa kerisauan,tanpa belenggu.in a way,yeah,gua mengaku mungkin ada perkara yang membelenggu diri gua,tapi memandangkan itu tak membawa sebarang kesan secara fizikal kepada gua,tak menjejaskan pertimbangan gua,tak menjejaskan kehidupan gua,tak menjejaskan rutin harian gua,gua tak rasa pun macam gua terbelenggu.sekali-sekala datang angin gila,mood swing,kepala ting tong,itu standard la.siapa yang tak pernah kena?lagi-lagi kalau perempuan dengan faktor pms segala bagai.soalnya,walaupun segala-galanya macam tak kena tapi di sebalik segala benda yang tak kena tu gua rasa perfectly normal.normal kan subjektif.normal bagi gua adalah menjadi gua yang tak berapa normal macam normal.so i guess,i'm ok.no need to rush things up.lain orang lain cara,lain momentom.gua bergerak ikut had laju yang gua selesa.biar orang lain nak memecut sampai ke bulan ke bintang.i don't feel the need to force myself..i'm ready when i'm ready.ini diri gua,dari dulu,kini dan selamanya.tak kisah siapa yang datang dan pergi,i will always be me.

Tiada ulasan: