hidup buat gua semakin percaya hati gua tak dicipta untuk membenci.gua telah lalui laluan yang menyimpang dari fitrah sebenar gua.kemarahan,kebencian,dendam dan kesumat.di akhirnya gua sedar,itu bukan gua.hidup gua yang berkisar tentang kebencian kepada seorang manusia bergelar ayah.tapi kesudahannya,gua rela tukarkan nyawa gua untuk nyawanya.gua belajar.gua mengerti.gua mengenali.nilai kehidupan,kematian,kemaafan.
sampai akhir masa,akan gua pegang.kasih sejati takkan sekali-kali berubah menjadi benci,walau apa harganya.tapi kalau itu berlaku,sungguh,sungguh-sungguh,periksa semula hati dan buka buku ilmu untuk belajar dalam-dalam apa yang dinamakan ikhlas.seorang ibu,tinggalkan anak-anak yang masih mentah untuk mati dalam batu kerana tak dapat makan telur ikan?huh!bukan setakat telur ikan,jantung hempedu dalam tubuh sendiri rela dikorek untuk diberi kepada anak kalau seorang perempuan itu benar-benar seorang ibu.maka atas nama pendirian,seteguh-teguhnya gua pertahankan kepercayaan jadi gua minta dijauhkan dari manusia yang hari ini akan memuja gua sampai separuh mati,separuh gila tapi esoknya membenci dan memaki-maki bila kelemahan gua memusnahkan impian yang tersimpan.gua kira,lebih baik gua sendiri sampai mati daripada itu.
ya,macam itu lah.

3 ulasan:
kita lahir kat dunia ni sorang
besok kita mati pun sorang
dalam kubur kita pun sorang2 kena soal
janji manusia ni semua kadang2 bubble je hehe
GIna,
gua percaya hati lu bukan dicipta untuk membenci, in fact kat dalam diri lu mebi org lain tak dapat rasa lu punyai satu kasih sayang yang agung yang org lain tak dapat nampak maupun fahami.
dasarnya, gua setuju dengan cerita lu tu. itu sendiri dah tunjukkan hati lu yang sebenarnya macam mana.
=)
en.deaf_angel-gua percaya pada kemaafan.takde manusia yang sempurna.maafkan orang lain sebab kita sendiri pun bukan bagus sangat.itu.
en.day dreamer-agung ke?;p..
Catat Ulasan