sejuk,tapi langsung tak mengantuk.peliknya lepas mandi,kepala gua jadi sakit daripada yang gua fikir sepatutnya rasa ringan dan selesa.nampaknya sengketa gua dengan alam belum habis.alam masih marah,dan karma masih menghukum gua dengan nasib malang sehingga mandi pun boleh membawa kesakitan pada gua.haih.entah kat mana silapnya.konon-konon bertanya tapi bukan gua tak tahu kepincangan sendiri.
sebenarnya akhir-akhir ni gua rasa macam tak ada faedah gua nak terus tulis blog.bercakap sorang-sorang yang tak bawa ke mana.sejak bulan lapan tahun 2006 gua dok membebel macam-macam kat sini sampai gua rasa balik-balik gua cuma pusing ulang tulis benda yang sama.dah habis modal.sungguh gua tak nampak akan ke mana semua ni.gua tertanya-tanya apa tujuan gua tulis blog.untuk apa dan untuk siapa.gua masih loner,anti sosial walaupun di dalam dunia maya.memang tak ada makna.
gua kenal manusia-manusia yang gua anggap sebagai hebat melalui penulisan di alam maya.tapi gua tak tahu silapnya pada gua atau mereka yang buat gua tak dapat nak dekati mereka.manusia-manusia 'lain macam' yang mampu faham 'lain macam' gua tapi bila dah nama pun 'lain macam',memang lain macam caranya.gua rasa mereka hantu,bukan manusia.gua jadi keliru dengan isyarat yang bercampur-campur dari mereka.kadang-kadang macam selesa,kadang-kadang macam rimas.kadang-kadang macam suka,kadang-kadang macam benci.kadang-kadang gua rasa mereka peduli tapi yang selalunya seperti tak peduli langsung.memang benar-benar teruji untuk mengerti.itu yang buat gua terpaksa sangkal kalau orang cakap perempuan rumit.
bagi gua,makhluk yang bernama lelaki itu berganda-ganda lebih rumit sebenarnya.mereka adalah makhluk yang sangat mahir menyembunyikan emosi dan mampu hidup dengan tak pamerkan perasaan sampai boleh buat diri nampak sangat kejam walaupun dengan orang yang mereka sayang.mereka-mereka ni susah nak diselami dan dibaca berbanding dengan perempuan yang selalu emosi.walau ketika mereka senyum dan cakap tak ada apa-apa,kadang-kadang hakikatnya mereka sedang terbakar dan mengamuk sendiri dalam jiwa.what you see aint what you got.tapi gua jadi lemah mencuba walaupun gua mampu untuk faham.sampai bila?yang gua dekati itu adalah golongan lelaki di kalangan lelaki,yang membuat ciri-ciri tak berperasaan itu lebih tebal dalam diri mereka.buat gua harap gua tak pernah memahami supaya lebih senang untuk gua benci dan buang jauh-jauh tapi malangnya,gua faham.suruh pergi kadang-kadang bermakna tolong jangan pergi dan bla bla bla..gua mampu untuk faham sebab memahami mereka seperti memahami diri gua sendiri.gua mampu,cuma,gua penat.penat untuk faham mereka malah penat untuk faham diri sendiri.
gua rasa gua duduk dalam kitaran yang tak ada kesudahan.balik-balik pusing kat tempat yang sama.macam hamster dalam kandang.hari demi hari melangkah tapi sebenarnya tak bergerak ke mana-mana.jalan dalam bulatan.terus-terusan membebel sendiri pun apa yang gua dapat?tak ada beza dengan gua berdiam sendiri di luar.macam sama saja.kata kuncinya,sendiri.
semua yang gua buat makin terasa sia-sia.sesuatu yang gua pernah cakap..bila dadah tak lagi mengkhayalkan..haih..pendek kata,gua terasa semuanya sia-sia.bukan pasal tulis blog tapi segala-galanya.gua penat.rasa nak berhenti dan pergi.tanpa kembali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan