Ahad, Januari 10, 2010

Cakap Pada Tangan

rasa sedih,rasa hilang,rasa hanyut,rasa sesat.berulang-ulang dengarkan lagu cinta materialis-amy search.perasaan jenis apa macam ni?seperti mahu menangis tapi seperti tak rasa apa-apa.macam terapung di awang-awangan.semacam ada kesal,ada kecewa,tapi tergantung dan berakhir dengan kosong.dan suka tak suka,gua masih juga membebel sendiri di sini.haih....

mungkin gua mengharapkan sesuatu untuk kembali tapi yang gua perasan akhir-akhir ni yang kembali cuma masalah susah nak tidur malam gua dan ya,gua juga kembali bermimpikan dia semula.entah la.gua tak tahu ia baik atau buruk ada kelebihan untuk rasa jiwa masing-masing.nak lari ke mana macam ni?tak boleh sembunyi.sampai ke hari ni gua masih boleh rasa,dan bila gua masih boleh rasa bermakna dia juga masih boleh rasa.gerak hati yang takkan wujud kalau cuma sehala.

kadang-kadang gua benci hakikat bila gua dapat rasa kalau diri gua diseru.aura yang macam tu,gua tahu milik siapa.setahyul mana pun bunyinya,memang gua dapat rasa.aura yang pekat,berat,pilu.sangat dalam menghimpit sampai boleh buat dada gua jadi sesak.tapi gua pilih untuk tak mengerti.gua pilih untuk abaikan dan anggap itu cuma mainan perasaan.gua malas.gua tak nak faham apa-apa.dia datang dalam mimpi gua,berbicara sesuatu yang sangat jelas yang gua tak rasa hanya mimpi semata-mata dan  begitu juga malam seterusnya dia muncul lagi berkata sesuatu yang sama..buat gua hanya mampu mengeluh lemah.mungkin hakikatnya dia memang sedang cuba berkata-kata tapi gua tak mahu dengar semua tu.gua tak mahu dengar apa-apa selagi ia bukan sesuatu yang nyata.

gua cuma mahu keluar.keluar dari segala kekaburan dan ketidakpastian.kalau hancur pun hancurlah.tak apa.lebih baik dari tergantung tak ada kesudahan.soalnya bukan gua putus asa atau putus harapan,tapi apa hasil kalau gua terus berdegil nak cangkul angin?tangan gua lenguh,urat-urat sakit,sendi-sendi habis sengal.itu  pun gua tak kisah tapi siapa yang nak datang ke sisi gua nak tolong ubatkan diri gua?tak ada sesiapa.gua terbiar sendiri tak ada yang membela.itu tak memadai.diam-diam simpati tanpa hulurkan tangan untuk segera tamatkan penderitaan gua sedangkan sangat mengerti gua sengsara dengan setiap detik dan setiap saat yang berlalu.sampai hati....sungguh-sungguh,sampainya hati..

akhirnya gua terpaksa juga bekukan balik perasaan dan benam harapan dalam-dalam.biarlah kosong macam ni daripada gua sakit berpanjangan.jadi,gua memang malas untuk faham apa-apa lagi sekarang.gua tak mahu tahu dan tak mahu dengar tentang derita dalam diam,tentang keinginan terpendam dan permintaan untuk gua bersabar dan faham.dah lama dah gua hanya memahami sedangkan orang lain senang-senang dapat miliki apa yang gua mahu sekian lama maka atas semua tu,masih tak mencukupi lagi ke untuk lakukan sesuatu semata-mata kerana gua?

haih.. baik gua cuba tidur saja..

Tiada ulasan: