Sabtu, Januari 23, 2010

Gua Harap Dia Baca

(tapi gua tahu dia tak baca)

en.miskol sayang,terima kasih kerana pandang tinggi pada gua tapi sebenarnya gua tak ada la sampai sekompleks itu.mungkin kalau gua membisu bermakna gua saja nak bersendiri tenggelam dalam dunia sendiri tapi kadang-kadang ia juga boleh bermakna gua tengah tak ada kredit nak balas mesej.huhu..teringat masa darjah 6 bila gua buat karangan guna pensil sedangkan budak lain sibuk guna pen,gua dipuji cikgu sebagai merendah diri dan tak alpa pada kelemahan walaupun gua pandai padahal sebenarnya gua tulis guna pensil masa tu sebab gua tak sempat lagi nak pergi beli pen kat kedai.

Tiada ulasan: