gua habiskan masa membaca pasal zodiak di internet.sebelum salah faham,gua berminat tentang zodiak,bukan horoskop.gua tak peduli apa yang diramalkan berlaku minggu ni atau minggu depan tapi gua berminat mengkaji tentang personaliti individu berdasarkan pengaruh alam sewaktu kelahiran.bagi gua,it's like feng shui.logik di belakangnya,macam di mana kita letak tumbuhan boleh mempengaruhi proses tumbesaran tumbuhan itu.suka tak suka,percaya tak percaya,alam memang memainkan peranan dalam mempengaruhi manusia.macam hujan yang boleh menimbulkan mood syahdu,sayu atau angin sepoi-sepoi bahasa boleh buat kita jadi tenang,elemen alam memang mampu mencipta kesan ke atas diri manusia.
kita adalah apa yang kita makan,kita sentuh,kita lihat,kita rasa,kita alami jadi mengkhususkan individu berdasarkan sesuatu unsur bagi gua bukan bermakna menstreotypekan manusia,tapi sebenarnya membuktikan keunikan setiap individu.itupun kalau kita nak bukakan minda sebelum menolak sesuatu mentah-mentah.i mean,kita semua terdiri dari gabungan pelbagai unsur yang setiap satu daripadanya berbeza-beza.zodiak hanya salah satu daripada banyak aspek yang boleh mempengaruhi personaliti manusia yang kalau kita lihat dari pandangan tertutup cenderung untuk anggap ia adalah segala-galanya lalu senang putuskan siapa yang percaya pada zodiak adalah kebudak-budakan dan bodoh.itu gua anggap satu penghinaan sebab gua percaya pada zodiak dan,adakah gua nampak macam orang yang bodoh?
gua selalu rasa manusia itu sangat menarik.mungkin sebab gua sendiri manusia dan gua sebenarnya vain.tak perlu nak nafi memang gua adalah jenis yang meminati diri sendiri.kenapa gua suka mengkaji manusia mungkin disebabkan gua suka mengkaji diri sendiri.fakta yang mengujakan bagi gua bila setiap manusia adalah terdiri dari orang-orang lain.kita semua ada perwatakan orang lain di dalam diri kita yang buat kita boleh rasa seperti ada hubungan dengan orang-orang tertentu.teori yang boleh digunapakai tentang kenapa ramai orang suka baca blog peribadi orang lain walaupun mereka cuma menulis tentang diri mereka sendiri.sebabnya kadang-kadang secara tak langsung apa yang orang lain tulis tentang diri mereka seolah-olah menggambarkan tentang diri kita.gua panggil sebagai teori cermin.teori yang gua reka sendiri sambil menaip sekarang ini.prinsipnya ialah orang lain boleh menjadi pantulan imej kita jadi sebenarnya lebih banyak yang kita belajar tentang orang lain bermakna lebih banyak yang kita belajar tentang diri sendiri.to understand others is to understand ourselves.
kita boleh lihat diri sendiri melalui orang lain dan ia boleh buat kita untuk lebih kenal diri sendiri.sesuatu yang secara tak langsung boleh juga jadi motivasi dan terapi ataupun lebih jujur bagi gua,itu sebenarnya menunjukkan kebenaran yang tak cantik yang semua orang cuba nafi tentang diri masing-masing iaitu semua orang adalah self-centered.lu,gua,mereka....kita semua dalam diam ambil-peduli tentang sesuatu hanya kerana ia ada kena-mengena dengan diri kita.orang yang kita dekati,filem yang kita tonton,lagu yang kita dengar,blog yang kita baca..semua yang kita buat adalah kerana diri sendiri,untuk memenuhi kepuasan sendiri.hatta ketika kita berkorban demi orang lain pun,ia masih kerana diri sendiri.teori cermin.kita nampak diri kita melalui orang lain dan tak ada apa yang salah pun tentang itu.self centered bukan bermakna selfish.kita peduli tentang perkara lain kerana asasnya kita peduli tentang diri sendiri.semuanya berkisar tentang diri sendiri.apa saja sebenarnya adalah berkisar tentang diri kita.
baiklah,sekian saja untuk kali ni sebab macam biasa,gua dah rasa malas nak merapu lagi.ok semua,kita jumpa di siri yang lain.jaga engkau kancil.lalalalala....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan