Khamis, Disember 10, 2009

Entri Buang Masa

masa kat pejabat gua rasa banyak je benda nak membebel.konon-konon bila balik rumah nak update blog bebel-bebel dalam ni tapi bila dah balik lain pulak ceritanya.bukan lain luar biasa ada makhluk asing ke apa cuma malas.dah balik rumah terus jadi malas.sekarang gua faham patut la orang bekerja jarang update blog.bukan pasal tak ada masa tapi rasa malas.kalau sampai gua yang hyper aktif suka membebel dalam blog pun boleh jadi malas,orang lain apa lagi.


sebenarnya gua tak tahu entri ni nak tuju ke mana.bukan tak ada benda yang nak dibebel cuma macam banyak sangat,jadi hilang punca tak tahu hujung pangkal.semalam gua lemau,lemau tahap maksima.dah macam iklan yumeshu yang letih lesu cuma tak secara zahir,hanya batin.gua pun tak pasti tang mana puncanya yang buat mood gua jadi rosak sampai gua moody satu hari.orang cakap hari bila semuanya tak menjadi.serba tak kena.ada je itu ini yang mengganggu memberatkan otak.sampai gua jadi rasa letih teramat sangat dan mungkin jugak itu cuma letih terkumpul yang kebetulan nak pecah semalam..yang serba tak kena tu bukan dari luar,tapi dari dalam.perkara-perkara yang jadi di sekeliling cuma sabit.tapi gua bukan down pun sebenarnya.cuma tak ada mood.bukan jugak moody yang asyik rasa nak marah.yang itu kelmarin semua menyakitkan hati dengan customer bodoh bangang yang menyusahkan orang dengan kerja berlonggok sampai naik juling mata menghadap dengan leader yang banyak songeh ingat gua robot sedap-sedap je tanya dah siap ke belum kerja yang beribu-ribu lemon.sumpah,rasa macam serik nak cuti lama-lama lagi.gua cuti,tapi kerja gua tak cuti dok beranak-pinak menunggu kat pejabat..ok,gua dah meleret-leret.pokok-pangkalnya gua cuma tak ada mood yang versi beku,tak ada perasaan,jadi dingin dan gua rasa untung jadi manusia macam gua sebab kalau gua jadi dingin tak ada mood pun tak ada orang yang akan hairan nak tanya "what's wrong?" sebab hari-hari pun gua memang macam tu.haha..gua tak tahu kenapa gua ketawa tapi gua rasa nak ketawa jadi gua ketawa je la.

seikhlas hati,dari azali gua paling benci orang nak tanya-tanya nak ambil berat kat gua macam  tanya "kenapa ni?what's wrong?" lepas tu tanya dalam nada concern.serius,tak suka,sangat!macam mana nak gambarkan ya?rasa macam,eeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,tak sukanya tolong laa!macam tak boleh nak gambarkan.rasa lemas,rimas,serabut,tak selesa..rasa geli..kalau gua dalam keadaan yang tak best dan orang lain pulak bagi perhatian nak ambil-tahu,gua jadi rasa lebih tak best dan serabut.


tadi gua pause menaip sekejap pergi tengok chuck kat axn dan sekarang gua dah rasa macam malas pulak nak sambung lagi.jadi,sekian.


2 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

chuck masih menyimpan rasa pada jill roberts, sedangkan jill tinggalkan dia untuk mengejar mimpi. pertemuan semula itu bagai mengundang satu cita untuk melastik bintang, setelah dia tau, harapannya pada si jelita sarah walker tak mungkin jadi nyata.

sarah walker cuma ada misi, tetapi disebaliknya dia juga punya hati.

mimpi itu bisa dorong kita menyusahkan diri sendiri kerana realiti cuma menyakiti biar sewaras mana pun kita berdiri...

broken_nigina berkata...

gua rasa macam sweet je chuck dengan jill.gua suka ayat jill "do you wanna start something real?" (lebih kurang la) so en.edie, "do you wanna start something real?"