Selasa, Disember 08, 2009

"Aku Tak Mahu Sesuatu Yang Bukan Milik Aku"

gua kerap tekankan ayat kat atas dan gua ulang lagi sekali..gua tak mahu sesuatu yang bukan milik gua.apa yang gua mahu dalam hidup ni adalah apa yang berhak gua dapat dan seharusnya gua dapat.gua akan kejar bermati-matian untuk itu,untuk tuntut hak gua dan sebaliknya,gua tolak apa yang bukan hak gua walaupun ia bermakna gua mati.


apa yang gua pegang dalam hidup ni adalah ketelusan dan kebenaran."honor".gua tak tahu apa tafsiran tepat untuk honor dalam bahasa melayu tapi gua percaya itu.walau gua manusia paling jahat dalam dunia sekalipun,gua masih ada kehormatan,ada maruah.mungkin gua penuh dengan ego,tapi gua percaya manusia perlukan ego untuk hidup.dan kerana ego,kerana kehormatan,kerana maruah,maka gua hanya mahu sesuatu yang benar dan mutlak.gua tolak fantasi,mimpi dan segala angan-angan yang tak berpijak pada kenyataan.gua mahu apa yang hakiki.sekalipun gua suka layan imaginasi dan bermain dengan fantasi tapi bila ia soal menjadi wajar dan realistik,gua masih kuat berpijak pada bumi yang nyata.setiap sesuatu perlukan sandaran dan sandaran itu harus sesuatu yang berasas.manusia tak boleh hidup dalam mimpi,hidup dalam khayalan melayan angan-angan sampai menidakkan hakikat yang buat mereka keliru melihat sesuatu yang tak wujud.dunia bukan berdiri atas khayalan kosong.gua percaya,sangat-sangat percaya,sepahit-pahit kebenaran tetap lebih manis dari semanis-manis khayalan.


atas nama prinsip,honor,dengan penuh bermaruah gua tuntut kebenaran.sungguh sesungguh-sungguhnya,gua boleh jadi jahat,kejam tapi bukan pengecut.sebab itu,walau sedahsyat mana pun hakikat sehingga boleh buat gua berkecai,gua masih meminta hakikat.gua tak akan lari,tak akan tolak sebab gua tahu gua berhak mendapat kebenaran.gua tak mahu hidup dalam khayalan.gua tak mahu hidup dalam lakonan,dalam kepura-puraan.itu satu penganiayaan.merampas kebenaran daripada seseorang adalah satu penganiayaan.takkan ada makna.segala yang indah,yang manis,yang sempurna,tak ada nilai kalau semuanya palsu.gua tak salah kalau gua tolak itu.bahagia itu hakiki.macam mana seseorang boleh mengaku bahagia kalau apa yang dikecapi adalah berlandaskan kepura-puraan?sinis..seperti sindiran,sendaan.tak ubah macam memperbodohkan seseorang dengan buat dia kelihatan tak siuman hidup dalam dunia fantasi sendiri.if you love someone,atas dasar sayang,apa hak kita untuk buat orang yang kita sayang nampak sangat menyedihkan dan lemah?ia sebenarnya menghina,sangat-sangat menghina dan gua tak rela hidup terhina.berlaku adil lah.paling tidak,seteruk-teruk manapun,setiap manusia berhak mendapat kebenaran.tak adil bila tak memberi hak asasi itu.


sebab itu gua cakap dan gua ulang cakap,gua tak mahu sesuatu yang bukan milik gua.walau gua meminta,gua merayu,jangan diberikan pada gua kalau ianya palsu.gua tak mahu.gua tak nak menang kalau hakikatnya gua kalah.gua tak nak piala saguhati,hadiah kasihan.tak payah hina gua.gua rela kalah dengan bermaruah daripada menang tanpa sebarang harga.apa makna jadi juara kalau atas gelaran semata-mata sedangkan kita bukanlah juara yang sebenar?

Tiada ulasan: