Selasa, September 08, 2009

'Refresh'

lagi sekali percubaan gua untuk tidur sebelum pukul 12 tengah malam gagal.tapi gua macam tak berapa kisah sangat.gua selesa.hari ni,atau dah kira semalam adalah hari pertama gua mula bekerja balik selepas dua bulan menjadi penanam anggur tapi gua tak rasa macam baru bermula pun.lebih seperti bercuti,dan kemudian masuk kerja balik macam biasa.gua rasa biasa.sangat biasa.biasa dalam pengertian yang baik.gua bekerja balik macam dulu,bahagian yang sama,tugas yang sama,rakan kerja yang sama,cuma kali ni sebagai pekerja tetap bukan lagi kontrak.semuanya macam yang gua bayangkan.dan sungguh,gua bersyukur untuk itu.

sebenarnya dari awal gua dapat rasa gua akan kerja tetap kat situ.kat tempat yang gua mahu dengan tugas yang gua harapkan untuk jadi tugas gua walaupun belum ada lagi pekerja kontrak yang hanya bekerja 6 bulan terus diserap permanent dan tak ada headcount untuk bahagian itu tapi gua tahu gua akan masuk situ.gua tahu..kadang-kadang,memang kita tahu sesetengah perkara.tak tahu macammana tapi kita tahu.mungkin itu dikatakan naluri,firasat.tapi gua tak berani nak cakap awal-awal selagi belum pasti.yakin kadang-kadang menzahirkan bongkak dan Tuhan bila-bila masa boleh hukum orang yang bongkak.lagipun,gua rasa macam poyo nak canang pada orang benda yang belum pasti.kalau tak jadi,malu sendiri.

itu sebenarnya salah-satu terjemahan kepada sifat ego gua.ego bukan selalunya datang dalam bentuk bercakap besar lebih sudu dari kuah dengan mendabik dada.kerana ego,gua selalu mahu nampak sebagai orang yang mengatakan apa yang terlaksana dan melaksana apa yang dikata.melainkan gua memang pasti sepenuhnya,gua takkan buat kenyataan.perkataan yang keluar dari mulut bukan ucapan kosong.kredibiliti.kenyataan yang boleh dipakai,boleh dipegang.kerana gua bukan kerbau yang dipegangnya pada tali.gua juga tak suka untuk nampak bodoh di mata orang.berlagak dengan kemampuan yang tak setakat mana itu adalah bodoh.sibuk terpekik terlolong dengan benda yang tak ada bukti adalah bebal.cool,beb.dan gua suka untuk menjadi seorang yang cool.gua anggap gua seorang yang cool.diam sudah..

apa pun,gua sangat bersyukur.betul,memang betul.dalam gelap yang macam mana pun mesti akan ada juga cahaya.ada cerita bahagian lain yang memedihkan untuk gua ketika ni tapi paling tidak,ada juga perkara yang menyenangkan.gua mahu percaya ini adalah jalan yang ditakdirkan untuk bawa gua keluar dari semua tu.gua harap-harap.dan gua harap juga tak keterlaluan untuk gua minta supaya tak ada lagi drama-drama yang berlaku lepas ni.gua mahu tenang.gua mahu lancar.normal.ya,normal.gua mahu jalan yang lebih mudah dan stabil tanpa banyak wayang..seperti yang gua doakan sebelum ni.peluang.gua mahu peluang untuk bermula balik.ada perkara yang gua dah tak harap lagi dan tak mintak tapi sekurang-kurangnya gua nak tingkatkan hidup gua.gua harap dapat miliki kerjaya,dapat sambung belajar,dapat kumpul harta dan kukuhkan ekonomi.bukan ekonomi negara,ekonomi gua.gua nak jadi manusia berkemampuan yang boleh berdikari sepenuhnya bukan secara mental semata-mata tapi juga material.dan gua harap di dalam gua capai itu,gua tak hilang diri gua..tangan biar julang langit,kaki biar pasak bumi.moga-moga..

haih..mana boleh gua lupa apa yang sedang berlaku dalam hati gua.duduk sendiri melihat apa yang menghilang ke belakang..perlahan dan perlahan,dan akan terus menjauh..i'm letting go..of everything..gua lepaskan..

gua tak nak rewind.gua tak nak undo..gua cuma refresh..

dan senyum.