Selasa, September 08, 2009

1002

Daun Emas
(Versi)

Andai ku dapati
Sang purnama jatuh ke ribaku
Tidak mungkin ku memberitahumu
Kerana aku percaya ia akan terhenti

Pernah aku menolak kasih sayang
Memerhati hati patah kecewa
Namun ku percaya ia kan kembali

Sepi ku dapati
Hidup ini bukannya sengsara
Segalanya biar erti berbeza
Sememangnya untukku dan jua untukmu

Walau dulu aku pernah kecewa
Hingga kini memimpikan bahagia
Namun ku percaya ia milikku

Aku menjerit di tengah gelapnya malam
Aku tersedar di tidur yang penuh ngeri
Kerana aku kan kembali
Hanya untuk bersamamu 
Yang menilai diriku
Biarlah kau tahu kaulah kasihku

Ku kutip daun jadi emas
Ku pendam ia menjadi luka
Kekasihku hanyalah khayalan

Ku ingin miliki daun emas
Biarpun ia menjadi luka
Akan ku semadikan khayalan

Aku belayar di lautan bergelora
Dan aku terbang di angkasa tak bertepi
Kerana aku kan kembali
Hanya untuk bersamamu
Yang menilai diriku
Biarlah kau tahu kaulah kasihku

Ku kutip daun jadi emas
Ku pendam ia menjadi luka
Kerana itu hanyalah khayalan

Ku ingin miliki daun emas
Biar ia menjadi luka
Akan ku semadikan khayalan

Milikku..abadi
Kekasihku..kembali




dah lama gua cari lagu ni..akhirnya dapat jugak.lagu tahun 96 masa gua form 2.tak ramai yang ingat tapi ini antara lagu kegemaran gua dulu.gua tak pasti siapa penulis lagu dan lirik daun emas ni tapi kalau tak silap gua mungkin LY/Baiduri.gua suka rentak dia.lagu yang satu macam.bahagian korusnya masyuk..tapi sebab utama yang gua suka ialah lirik dia yang bagi gua buat keseluruhan lagu ni jadi unik.suara penyanyi tu bila dia angkat memang terangkat.gua suka.pendek kata gua suka la..

Menanti Pasti
(Slash)

Di kala menyuluh aku mencari
Cinta yang pergi tidak kembali
Menanti penuh pasti

Badai asmara kaku di jiwa
Gelora cinta punah akhirnya
Bahangnya terasa

Ku lakarkan kasih
Ku potret memori
Biar luka ku tanggung sendiri

Terkubur layu bunga di taman
Merunduk sayu tanpa suara
Seakan mengerti perasaan
Pasrah dalam kecewa

Hamparkanlah kesetiaan
Agar terhurai segala mimpi
Moga mimpi menjadi saksi
Aku rela menanti




dan ini lagi satu..nyanyian kumpulan slash yang popular dengan lagu taman astakona tu.tahun 95,gua form 1..tak sangka boleh jugak gua cari lagu ni bila gua cuma tahu lagu ni lagu slash tanpa tahu tajuk dan sekadar ingat dekat part "merunduk sayu" dan "bunga di taman" semata-mata.gua suka melodi lagu ni yang style lagu slow rock kapak dulu-dulu.gua suka nada rendah yang membawa ke tinggi pada korus kena pulak dengan lirik yang tepat untuk feel lagu dan satu lagi walaupun gua tak pandai hal-hal muzik tapi gua suka solo dalam lagu ni.gitar tu macam menyengat je,pada telinga gua la.



ini pulak air kegemaran gua..heh..tak ada kena-mengena saja gua gatal nak letak.gila ketagih macam tak boleh kalau tak minum.asyik tercari-cari je."malam ku igau gilakan kau,siangku sasau gilakan kau"..oh sting..akhirnya,gua berkesudahan berjaga sampai pagi..by the way,ini adalah entri gua yang ke-1002.

Tiada ulasan: