Sabtu, Julai 18, 2009

Peluang Kedua

tak semua benda dalam hidup gua boleh gua banggakan.malah kebanyakannya adalah tak membanggakan langsung.gua tak pernah capai apa-apa,tak pernah menyumbang apa-apa..hanya sebahagian daripada golongan manusia yang takkan meninggalkan sebarang impak kepada dunia kalau gua mati kecuali bagi segelintir orang yang kenal dan ambil-berat tentang gua.mungkin betul gua memang tak ada cita-cita dan matlamat besar.hanya tipikal melayu yang tak pernah ada keinginan nak melakukan apa-apa yang luar biasa yang mampu membawa perubahan kepada dunia.tapi macammana dunia ni kalau semua orang bercita-cita besar dan berlumba-luma nak mencipta sejarah dan perubahan?kalau semua orang jadi menteri atau ceo syarikat besar,siapa pulak yang nak jadi pembantu rumah dan tukang kutip sampah?dan itu yang buat gua nampak dunia ni bukan soal menjadi sama rata tapi setiap orang ada peranan yang berbeza-beza kerana hanya itu yang melengkapkan hidup.kejayaan manusia tak boleh diukur dari segi material tapi macammana mereka memainkan peranan masing-masing.setiap yang tercipta atas muka bumi ni ada tujuan dan peranan tersendiri walaupun zarah.

mungkin selama ni gua sentiasa melihat dunia dari perspektif lain..ya,gua pernah gagal,pernah buat pilihan yang tersasar.tapi,salah ke kalau gua melihat kegagalan itu sebagai sesuatu yang menjadikan gua seseorang yang lebih menarik dan lebih hidup?kalau ditanya,gua tak ada jawapan untuk menerangkan kenapa gua ambik jalan yang tak biasa orang lain ambik dalam hidup.gua tak tahu kenapa ia bukan a,b,c,d,e tapi z,f,r,a,d..tapi,bukan ke itu membuktikan yang bukan semua orang sama?perjalanan hidup seseorang tak sentiasa mengikut turutan yang tersusun..kadang-kadang ia rumit..setiap yang berlaku bersangkut-paut dengan apa yang berlaku sebelumnya dan sebelumnya yang dari asal bukan dicipta sendiri.sekalipun kalau gua tak bersalah,gua tak ada bukti dan tak ada hujah untuk membela diri gua dari kesalahan yang nampak terjatuh atas bahu gua.

soal pilihan dan tanggungjawab..memang tak ada orang boleh nafi kita sendiri yang tentukan pilihan kita tapi itu juga tak boleh nafi yang takdir turut boleh mempengaruhi hasil pilihan kita.siapa yang nak gagal dalam dunia ni?siapa yang nak buat sesuatu yang tak berhasil?semua orang nak yang terbaik tapi tak semua orang boleh dapat apa yang mereka nak.kita boleh cuba,boleh usaha,tapi faktor nasib 1% boleh memadam 99% usaha.macam kita bawak kereta kat jalanraya.kita berhati-hati ikut segala peraturan yang ditetapkan tapi kalau orang dah nak langgar kita,kemalangan jugak.ini bukan pesimis cuma menegakkan hakikat.usaha itu diikuti tawakal kerana yang akhirnya menentukan tetap takdir tuhan.bukan semua orang gagal sebab mereka tak berusaha..ada banyak faktor..salah masa salah tempat walau nawaitu betul pun turut boleh mengundang kekecewaan.kita semua ada cerita masing-masing di sebalik segala yang terpahat dalam buku kehidupan.

gua sedar,melihat sejarah gua yang tertulis ia bukan sesuatu yang boleh duduk di antara yang paling berjaya.gua belajar di uitm ambik art & design dan gua gagal,kena tendang.gua belajar di sebuah kolej swasta dan gua berhenti.gua belajar lagi sampai dekat nak masuk lima tahun baru habis,tu pun cuma diploma dan masih tak dapat-dapat lagi transkrip.yang lagi hebat,pointer pun rendah.kalau orang baru kenal gua sekadar tengok rekod gua tanpa tahu kehidupan gua,apa lagi yang orang nak fikir.ya,memang gua manusia yang sangat menimbulkan tanggapan negatif,sangat senang disalah erti..gua tak boleh nak jelaskan tanpa kedengaran seperti defensive..apa yang boleh gua cakap,tak semua orang boleh digambarkan melalui kertas..apa yang tercatat,gua tak mampu padam.kalau mereka sendiri rasa tak senang nak tengok,gua lebih lagi.tapi gua tak pernah menyesal.sebab kalau semuanya tak berlaku macammana ia berlaku,gua mungkin bukan siapa gua hari ni.gua tak ada pilihan selain melihat segala-galanya dari sudut yang positif.gua belajar erti gagal,erti kecewa,gua insaf betapa tuhan maha besar dan hebatnya susunan takdir.apa yang gua dapat adalah ilmu,pengalaman.macammana kita nak cakap rugi pada ilmu dan pengalaman?paling tidak gua ada pengetahuan tentang lebih daripada satu bidang..paling tidak gua pernah rasa dan pernah alami.salah ke kalau melihat itu sebagai exposure,sesuatu yang buat gua lebih berpengetahuan dan berpengalaman?

gua tak pernah nak kehidupan yang banyak drama.apa yang boleh gua cakap kalau memang gua adalah manusia yang selalu berada di tempat yang salah pada waktu yang salah?apa yang boleh gua cakap kalau gua adalah yang ditentukan untuk berada dalam kedudukan yang bukan gua sengaja pilih?daripada awal kalau memang ia tersusun macam tu,apa yang boleh gua cakap?susah sangat ke untuk ikut proses yang normal dan hidup normal?memang,susah sangat ke?gua yang tanya diri gua sendiri.mana gua tahu kenapa benda yang mudah untuk manusia biasa berlaku dengan cara susah pada gua.nak habiskan belajar pun macam pergi berperang.apa lagi cara yang boleh gua buat selain terus percaya ada hikmah di sebaliknya.ingat senang ke umur dah makin meningkat tapi belum capai apa-apa lagi sedangkan sana-sini budak-budak muda ada ijazah kerja sedap dah kumpul harta.gua terpaksa jadi kuat dan betul-betul yakin untuk tak rasa gagal dan rendah diri.lucky,gua ada ego dan lebih penting,faith..

gua tak seteruk yang mungkin orang nilai berlandaskan rekod gua..gua tak tahu kenapa segala kemampuan dan kelebihan gua tak terjemah ke atas kertas..kalau lu tengok pada kertas lu akan bayangkan gua seseorang yang suka main-main,suka enjoy,tak pernah serius dalam hidup dan juga,bodoh.tapi kalau lu tengok gua in person,gua adalah sepenuhnya bertentangan daripada itu.seperti buku menceritakan kelapa tapi gua sebenarnya epal..gua adalah percanggahan.gua sentiasa bercanggah daripada apa yang orang fikirkan.tapi,lagi sekali,macammana nak membuktikan diri gua bila gua tak ada bukti?hanya untuk sebahagian sahaja di antara yang boleh menimbulkan tanggapan negatif orang,gua tak tahu macammana nak menyangkal mereka.

gua cuma perlukan faith,dan peluang.jangan cepat menolak sesuatu tanpa beri peluang.gua tak nak jadi perdana menteri,gua tak nak jadi ceo syarikat besar yang orang sentiasa nak berebut-rebut harta macam dalam drama kat tv.gua cuma mahu ada kerjaya dan pendapatan tetap untuk terus berdikari sepenuhnya dan boleh untuk cakap,paling tidak,gua bukan seorang yang gagal dan akhirnya ada bukti yang nyata boleh dilihat selain dari hanya rasa percaya semata-mata.gua berdoa,mintak,hanya berikan gua peluang..kerja yang gua berharap untuk dapat dan akhirnya dishortlist untuk interview tapi,gua tak mampu buat apa-apa kalau resume gua tak sebaik calon-calon lain dan itu la yang dinilai walaupun gua dah cuba sehabis baik masa interview..tawakal je la..kalau rezeki gua,rezeki gua la..kalau bukan,apa nak buat?nak tak nak,terima je la..

Tiada ulasan: