Sabtu, Julai 18, 2009

Jangan!

gua kuat,gua tahu.tak pernah sekali pun gua menangis depan sesiapa tunjuk kesedihan malah gua boleh ketawa selamba bercerita tanpa tunjuk sebarang emosi dengan apa yang berlaku.satu-satunya yang gua ada ialah ego gua,pride gua..setidak-tidaknya gua yang buat pilihan.gua pilih maruah melebihi perasaan.tidak sekali-kali gua jadi pengemis walaupun untuk sesuatu yang paling gua sayang dan mahu dalam dunia ni.TIDAK!sakit macammana pun,perit macammana pun,gua akan telan.biar walaupun hancur berkecai malah lebur tinggal kosong dalam diri gua,gua janji gua tetap akan berdiri dengan megah angkat kepala gua tegak.tak ada apa yang akan buat gua tunduk walaupun kelukaan yang paling dahsyat pernah sesiapa terfikir.gua menolak untuk jadi lemah dan biar harga diri gua dipijak-pijak.dia atau sesiapa boleh koyak hati gua,boleh siat dan lapah perasaan gua tapi tidak maruah gua.walau dengan jiwa yang lunyai gua masih akan bangun dan melangkah malah berlari.gua tak perlu simpati dan takkan benarkan sesiapa bersimpati.jangan sekali-kali cuba!gua pegang harga diri gua,gua pegang ego gua..gua tak mahu sesuatu yang bukan milik gua walau sehebat mana pun gua impikan dan noktah..

tapi,ya,tak semudah itu..12 tahun yang penuh dengan segala mimpi dan fantasi,angan-angan yang suci naif dan segala harapan yang melangit tapi selama 3 tahun gua lalui bersahaja tanpa hatta sekelumit walau dalam sesaat pun menunjukkan riak kecewa..
lu fikir lu tahu macammana?tak,lu tak tahu apa-apa....

Tiada ulasan: