Ahad, Jun 29, 2008

Diam Saja

gua sedar masih ada sesetengah perkara yang tak mampu untuk gua tuliskan di dalam blog..gua tak mampu nak bercakap dengan sesiapa kat luar sana dan gua juga tak mampu untuk luahkan kat dalam nih.ada benda yang kerap gua fikirkan tapi gua tak tahu macammana untuk terjemahkannya kepada kata-kata.gua tak mampu untuk zahir dan terangkan.

seboleh-bolehnya,gua mahu orang mengerti apa yang sebenar-benarnya ada dalam jiwa dan minda gua.kadang-kadang gua cuba untuk sampaikan,tapi ia tak kesampaian.suara yang datang dari sudut paling dalam yang tak mampu memecah luaran.gua tak berniat untuk merumitkan keadaan dan membelitkan situasi tapi ada kalanya ia memang rumit dan berbelit..gua mahu permudah dan ringkaskan,tapi kalau ia mudah dan ringkas,sifat asalnya dah hilang.kenapa sesetengah reaksi jadi macam tuh,kenapa timbul emosi macam nih,kenapa wujud halangan,kenapa jadi isu..terlalu banyak benda yang tak mampu untuk gua jelaskan..mungkin masalahnya adalah pada diri gua sendiri..sudut diri gua yang 'gila' dan bercelaru..mungkin gua sebenarnya yang ada isu dan kemelut peribadi dan sebab itu kadang-kadang gua tak mampu nak menjelaskan tindak-tanduk diri gua kepada orang lain.

sejujurnya takde sebarang makna untuk gua panjang-lebarkan entri nih.sampai satu tahap bila kata-kata dah tak lagi mengungkapkan apa-apa,lebih baik untuk berdiam saja..ada bahagian tertentu dalam diri kita yang hanya boleh difahami oleh diri kita sendiri..hakikatnya semua orang ada rahsia..semua orang ada sudut gelap dan sudut halus masing-masing yang tak diketahui walaupon oleh orang yang paling rapat..

gua bukan seorang yang perahsia malah gua mampu untuk berkongsi hampir apa saja.baca gua secara terbuka,gua tak kisah..takde niat untuk menjadi misteri dan susah difahami tapi walaupon gua terus bongkar tentang diri gua,ia hanya buat gua rasa macam lebih tak difahami.lebih banyak yang gua dedahkan,rasa lebih banyak yang tertutup..jadi sebenarnya untuk apa gua bercakap lebih banyak dan terus merumitkan keadaan?perbuatan gua yang nak 'kongsikan' diri gua dengan sesetengah orang hanya berkesudahan dengan menjarakkan lagi hubungan..banyak masanya hanya memburukkan keadaan,menimbulkan salah tafsir dan macam-macam kesulitan..kesimpulannya,lebih baik gua diam saja..ya,lebih baik gua diam..

Tiada ulasan: