di antara kita dan manusia lain,ada garis-garis yang bersilang-selirat yang tak nampak pada mata kasar.garis -garis tu adalah garis takdir dan garis naluri..kenapa seseorang boleh buat kita rasa seperti ada pertalian dengan dia,mungkin kerana secara tak sengaja garis takdir kita dan garis takdir dia telah bertembung..garis naluri kita dan garis naluri dia bersilang dan bercantum di satu titik dalam kehidupan..maka sungguh,hidup ni berjalan dengan penuh misteri.
di ruang yang ghaib pada mata kasar,di dalam dimensi yang ketiga..suara-suara yang tak kedengaran pada pendengaran biasa sentiasa berkumandang memenuhi udara..suara-suara jiwa dan suara rohani..setiap satunya ada gelombang tersendiri..itu yang menjelaskan tentang hubungan telephaty..bila gelombang jiwa kita sama dengan gelombang jiwa seseorang,maka kita seolah-olah boleh mendengar apa yang ada dalam jiwa dia..di satu titik,di satu kedudukan,apa yang melintas di hati seseorang turut melintas sama di hati kita..memang dunia ni tercipta dengan penuh unik dan menarik.sungguh..
di ruang yang ghaib,di dalam dimensi yang ketiga,seandainya kita memikirkan sesuatu atau seseorang dengan betul-betul mendalam hingga menghasilkan gelombang jiwa yang kuat pada masa yang serentak seseorang turut memikirkan dengan mendalam tentang perkara atau orang yang sama,maka tak mustahil pada titik itu suara hati kita dan suara hati dia boleh bertembung secara tak sengaja..ingatan dan perasaan yang sama pada waktu yang serentak membolehkan kita berhubung dengan seseorang di ruang udara secara tak sengaja.keajaiban alam jiwa..dan bila kita tahu rahsia hubungan jiwa yang wujud di ruang yang ghaib di dalam dimensi yang ketiga ini,kita boleh gunakan ia untuk masuk ke jiwa seseorang dengan bersyarat orang itu punya garis takdir atau garis naluri yang terikat kuat dengan kita..dan itu sebenarnya membuktikan,zahir yang kita nampak hanyalah illusi..lihat kebenaran dengan berhenti melihat luaran..dan jasad itu cuma simbol kepada jiwa dan semangat..perpisahan pada zahir tak membawa sebarang pengertian selagi garis takdir dan naluri masih tersimpul kukuh..
di ruang yang ghaib,di dimensi yang ketiga,gelombang yang sama terhasil dari orang yang berbeza boleh membuat kita terasa kewujudan mereka..maka bila kita memikirkan seseorang dan pada masa yang sama ada orang lain turut memikirkan orang yang kita fikirkan,perasaan yang kuat membolehkan kita menyedari kehadiran mereka..'cross line' gelombang jiwa..

4 ulasan:
salam...
awk berbakat sbg seorg penulis...
kalo inginkn pe yg awk nk...awk leh anta karya2 ke saluran yg betul...
xrugi mencuba...
gelombang jiwa...gelombang rasa...gelombang jiwa....
salam kembali.
tq.
:)
ah sudah tdk dpt menggunakan penyamaran identiti apabila meninggalkan komen.
takpe la.
keluar dari kesamaran.
Catat Ulasan