Sabtu, April 26, 2008

Blues Petang (Yang Akhirnya Tak Blues)

duduk depan pc dengan melayan neskefe o panas..rasa yang sungguh sempurna dan tepat..duduk rileks layan kepala dan jiwa sambil hirup keenakan neskefe o panas,fuuhh..satu kenikmatan yang menyamankan..satu kebahagiaan,kalo kebahagiaan boleh diterjemah secara mudah dan ringkas.
hmm..tengok pemandangan kat luar tingkap dari meja pc..tengok langit..rasa macam gua tengah cari sesuatu yang kurang..apa,ya?ada benda yang rasa macam tak kena.mungkin sebab hujung bulan..hujung bulan adalah waktu blues gua,waktu melankolik..takde kaitan dengan penyakit pompuan atau penyakit sejagat manusia yang makan gaji..dah memang jiwa gua..setiap awal bulan kedudukan emosi agak clear..tuju ke hujung-hujung bulan,semakin berkabut..dan macam tuh la,kitarannya sejak dari dulu..hujung bulan adalah waktu down..tapi down maksud gua bukan semestinya tensen,moyok,moody..gua pon tak tau apa istilahnya..blues,melankolik,tenggelam dalam rasa dan emosi yang buat jiwa lebih dalam dan pekat..satu keadaan yang bagi gua paling masyuk untuk mencetus ilham dan kreativiti..ceh..banyak la gua punya ilham dan kreativiti..
dulu-dulu gua ingat,hampir sepanjang masa gua berada dalam mood yang macam tuh.terutamanya tempoh dari gua form 1 sampai form 5 atau lebih senang cakap masa sekolah menengah la..syok sebenarnya.gua rasa paling hidup bila gua menjadi melankolik.orang-orang yang rasa gua 'menderita' dalam keadaan macam tuh je yang sibuk suruh gua berubah.hakikatnya,sape kita untuk tentukan derita dan bahagia orang lain?ia terlalu subjektif..dan dah semestinya la diorang mana nak pikir macam tuh.manusia lebih senang percaya satu formula boleh diguna pakai untuk semua orang.tak suka nak terima mungkin ada yang agak lari dan takleh disukat dengan formula biasa.walhal bendanya sungguh obvious.tengok tumbuhan je la..setiap jenis memerlukan kaedah penjagaan yang berbeza-beza..satu kaedah yang boleh menyuburkan satu tumbuhan boleh juga membunuh tumbuhan yang lain..mungkin itu la.kita suka merumitkan benda yang sepatutnya mudah dan memudahkan benda yang sepatutnya rumit.
heh..kalo gua layan kepala memang ke sana ke sini otak gua pergi.kengkadang rasa macam gua nih seorang pemikir yang sentiasa membuat pemerhatian ke atas manusia dan kehidupan kemudian come out dengan tafsiran dan teori gua sendiri..lawak bangang.gua tak membaca,tak go out often,tak meet people often,tapi bercakap macam membaca segala jenis mak nenek buku,round satu dunia,jumpa segala jenis manusia dan dah hidup seribu tahun..ntahapehape..tapi,kengkadang ia hanya soal samaada kita tahu atau tak.kalo kita tahu,maknanya kita tahu la.kengkadang kita sendiri tak tahu camane kita tahu,tapi kita cuma tahu..
the truth is,gua sangat percaya pada 'knowledge is power'..gua sukakan ilmu,sentiasa dahagakan ilmu..yang gua tak suka cuma pegi kelas tercongok 3-4 jam atas kerusi dengar lecturer membebel..sampai bila-bila pon gua tak percaya dan tak setuju dengan sistem pendidikan dan pensijilan semua tuh tapi takde point jugak gua merungut sebab gua pengecut tak berani pilih haluan yang gua rasa lebih tepat untuk jiwa gua.dan sebenarnya gua rasa,memang selama nih gua tak habis-habis belajar pon pasal gua memang tak bersungguh.gua tak pikir gua nih bodoh ke apa.tak cukup kesungguhan dan komitmen serta ditambah dengan bad luck..
bad luck kat sini bukan maksud gua duka nestapa macam bersamamu,tapi bad luck yang bad luck la.macam contoh,time orang lain main mercun,semuanya ok dan riang-ria tapi kena time gua pegang mercun,tup-tup masa tuh la berlaku kebakaran dan letupan.gua memang macam tuh.it's either gua bernasib baik gila,atau malang habis.manusia yang selalu berada di wrong place at the wrong time.kena nasib baik,gua mendapat award sedangkan gua tak buat pape pon dan kena nasib malang,gua mendapat kejian walaupon gua tak tahu menahu.ia selalu kebetulan samaada keajaiban atau kecelakaaan nak berlaku masa gua berada kat satu-satu tempat.macam watak dalam cerita-cerita tuh..kebetulan sesuatu barang tuh tiba-tiba je rosak masa gua yang tengah pegang dan orang lain terus tuduh gua yang rosakkan walaupon gua tak buat pape..ada masanya pulak kebetulan bila gua pegang sesuatu barang yang rosak tiba-tiba je jadi elok balik seolah-olah gua dah baiki sedangkan gua tak buat pape jugak..
rasanya semua orang pernah alami kebetulan yang macam tuh cuma ia berlaku pada gua dengan cukup kerap.selalu mendatangkan tanggapan yang tak disengajakan.gua pernah kena puji sakan kat cikgu masa darjah enam sebab masih tulis karangan pakai pensil sedangkan budak-budak lain dah ghairah tulis pakai pen."tengok reisha,walaupon dia pandai tapi dia bersikap sederhana dan merendah diri,tak berlagak nak tulis dengan pen macam budak-budak lain."gua terkulat-kulat sengih sebab yang sebenarnya dalam bekas pensil gua cuma ada pensil..tuh pasal gua tulis dengan pensil..masa form 1 pulak bila gua 'ditangkap' dok melukis masa cikgu tengah mengajar dalam kelas bi gua disembur sakan."awak selalu dreaming dalam kelas,tak pernah bagi perhatian.selalu buat kerja lain,melamun.apa awak ingat mentang-mentang awak pandai,awak boleh berlagak tak payah dengar cikgu mengajar,bla bla bla.."tak pasal-pasal gua dituduh berlagak dan perasan bagus sedangkan gua cuma bosan dan malas nak belajar..kebetulan ada buku depan gua dan gua tengah pegang pensil.gua cuma lakar-lakar gitu je sebab lukisan tuh memang dah ada sebelom nih..tak pernah langsung gua ada sebarang niat nak merendah diri ke nak berlagak ke nak apa ke.tak pernah ada sebarang agenda tersembunyi.tapi,heh..itu la..sungguh kelakar sebenarnya tengok orang lain tafsir diri gua..ramainyer orang yang kenal gua..lebih dari diri gua sendiri..
mungkin kesimpulannya,lebih sedikit kenyataan yang kita buat tentang diri kita,lebih banyak tafsiran tentang diri kita yang akan timbul dari orang lain..kononnya macam diorang kenal,diorang paham..konon-kononnya la..kengkadang walaupon tak betol,gua lebih senang iyakan aje ikut tafsiran diorang sebab malas nak layan cakap panjang-panjang..lagi dinafi,lagi diorang akan bangkang sebab kita apa tahu,kita cuma diri sendiri,diorang la yang lebih tahu dan lebih paham sebab diorang bukan diri kita..ceh..elok pulak dok menaip boleh tercalar peha..yang lu pegi gores dan menang kat bucu tempat letak kibod tuh apahal..padan muka!dan itu satu lagi tentang gua..clumsy,accident prone..tergelak sendiri teringat entri encik angkasawan..sistem penyampaian maklumat dari otak ke anggota badan yang tersasar..otak suruh silang kaki,kaki pegi langgar meja buat gores dan menang..otak suruh langkah longkang,kaki pegi masuk dalam longkang..otak suruh potong bawang,tangan pegi potong jari..tapi nasib baik selalunya cuma eksiden kecil-kecilan..mungkin itu jugak satu faktor kenapa sampai sekarang gua tak drive dan tak ambik lesen.rasa macam kurang sesuai manusia yang ada cop eksiden atas dahi nak driving.dah la selalu kompius kiri kanan,tak pernah nak ingat jalan,lalu satu tempat 24 ribu kali masih tak perasan dan tak cam..pendek kata,gua nih sebenarnya poyo..nampak je macam serius,matured,hakikatnya,kartun..despite kepala hotak dan jiwa yang berbelit-belit,perangai sebenarnya macam budak kecik..
hmm..blues petang..apa yang bluesnya ntah..tak blues pon..niat nak layan blues tapi termembebel dan termerapu kosong..akhirnya takleh nak letak bawah label layan blues dan layan jiwa..layan kepala je la,memikir melalut-lalut dan merepek..

Tiada ulasan: