Sabtu, Mac 29, 2008

Perlu Masuk Bengkel

lately nih gua banyak berpikir pasal diri gua sendiri..ok,tipu..bukan lately nih je,masa-masa lain pon gua memang banyak pikir pasal diri gua senidiri jugak.ntah la..mengeluh lagi..memang nak diikutkan gua mengaku gua nih kuat mengeluh tapi sari dua nih makin menjadi-jadi mengeluhnya.gua tau orang cakap tak baik mengeluh,tapi nak buat macammana?sepanjang gua menaip ayat yang sejemput nih je pon ntah dah berapa kali gua mengeluh..nih pon mengeluh lagi..
lemah sebenarnya..bukan lemah maksud gua tak berdaya,takde tenaga..cuma lemah tak tau la apa nak jadi dengan gua.hidup gua messy,itu hakikat.memang berserabai,tak tau punca.lately nih gua tersedar,yang gua dah terlampau carried away dan hilang fokus.betol,cakap hilang fokus macam la selama nih pernah fokus sangat tapi gua semacam hilang kawalan kebelakangan nih.sebenarnya,gua tau apa yang sedang berlaku pada gua selama nih dan kenapa gua jadi macam nih sekarang,cuma,gua sendiri yang malas nak mengakui.tak tau la gua.dengan diri sendiri pon nak berpura-pura,nak berbohong.ntah bila baru gua nak cakap benar,nak ungkap hakikat yang gua dah lama tahu pada diri sendiri.memang gua sedang hidup dalam penafian..hidup dalam denial..
sesetengah benda yang gua buat sekarang termasuk layanan gua pada sesetengah orang macam di luar kawalan gua.macammana nak jelaskan gua pon tak tau.kengkadang terasa macam gua bukan diri gua sendiri.gua tak boleh nak kawal.gua banyak cakap benda yang gua tak maksudkan,dan gua bersikap bukan macam yang gua niatkan.tahap emo yang menjadi-jadi,tahap sensitif yang melampau-lampau,mood swing yang tak masuk akal.ntah la..kacau-bilau..
gua sedar,perasaan curiga dan syak wasangka dalam diri gua makin tak terkawal.hampir paranoid.terasa macam semua orang yang dekat dengan gua nak baham gua.terasa semua orang nak tipu gua,nak main-mainkan gua.gua mengaku,memang dari dulu pon gua susah nak percayakan orang,tapi setidak-tidaknya,gua tenang.gua tak paranoid,gua tak prejudis,gua tak rasa syak sepanjang masa 24 jam sehari.kepala hotak gua nih sekarang hanya boleh pikirkan benda-benda yang negatif.tak boleh nak baik sangka..silap sikit besar kuman pon,segala rimau gajah gergasi keburukan yang gua bayangkan dalam kepala..sesungguh-sungguhnya,itu bukan gua..i used to be very understanding,sporting,cool..bukan macam nih.sikap bersahaja dan memahami gua la yang selama nih buat gua senang berkawan dengan lelaki.sempoi,tak banyak kerenah,tak banyak songeh.bukan minah kepoh yang kuat berleter dan suka soal itu ini,semua tak puas hati,mengada-ngada nakkan perhatian.gua mampu ada faith,ada keyakinan yang kuat..tapi sekarang nih,gua takleh nak pertahankan semua tuh.bukan takleh nak pertahankan pon,memang takde terus.
mungkin itu masalahnya.gua dah tak mampu nak miliki rasa percaya dalam diri gua.gua dah tak mampu nak percayakan sesiapa.bukan soal cinta,takleh nak percaya kata-kata manis lelaki,tapi gua tak percaya semua orang.lelaki ke,perempuan ke,sape-sape je la.gua tak percaya.gua tak boleh nak rasa percaya.hati gua penuh unsur-unsur negatif yang buat gua nampak negatif pada semua benda..tak boleh nak pikir positif..rasa syak wasangka yang buat gua melulu ambik keputusan dan tak boleh bersabar untuk handle things secara tenang dan rasional..apa hal sikit pon,gua akan nampak secara negatif..tak tau la..gua tak boleh nak kawal perasaan gua..
gua tak suka macam ni..hidup dihantui rasa curiga,rasa bimbang..ntah la..gua perlu repair balik diri gua.gua perlu baik pulih rasa percaya dan yakin dalam diri.gua tak sengaja jadi macam nih,tak berniat.semuanya kerana gua dah tak boleh nak rasa percaya.memang semua jadi serba tak kena.susah nak hidup bila rasa percaya dah jahanam,dah punah-ranah.semuanya adalah masalah gua sendiri,bukan orang lain.tak adil dan tak guna kalo gua nak harap supaya orang sentiasa paham kenapa sikap gua selalu tak menentu dan tak munasabah..gua yang perlu baiki dan tolong diri gua sendiri..kena masuk bengkel,work something out to recover myself back..

Tiada ulasan: