Ahad, Mac 30, 2008

Subjektif Kehidupan

normal tak normal seseorang terserah pada tafsiran diorang sendiri.normal itu subjektif.kehidupan normal gua mungkin tak berapa nak normal bagi orang lain,tapi itulah kehidupan normal gua..kehidupan normal yang membosankan..sehari-hari,gua pon tak tau la apa sangat yang gua buat.rasa macam takde buat apa-apa,tapi peliknya sentiasa rasa macam tak cukup masa.malam tak nak tido,tapi bangun siang pon takde la lewat mana.kebelakangan nih memang camtuh.tido lewat,tapi bangun cepat.terjaga sendiri macam ada alarm walhal tak pon.dari zaman sekolah dulu memang sentiasa jadi orang malam,tapi orang siang pon ya jugak.malam ada,siang ada.tak tau la gua nih.
pagi tadi,bangun awal lagi.tido sekejap je dah terjaga.tapi lepas bangun pagi gua paksa diri tido balik.rasa macam bangun awal-awal terus berjaga pon takde apa-apa.dalam paksa tido pon sekejap-sekejap terjaga jugak.tapi gua teruskan peniduran gua.cara paling mudah nak bunuh masa.biar cepat-cepat sikit bergerak,kurangkan kebosanan.
life gua sekarang,takde la kronik sangat.gua boleh kawal tahap kebosanan gua walaupon sekali-sekala terpeleot jugak emosi gua.tapi keterpeleotan gua kebelakangan nih bukan disebabkan rasa bosan atau kosong.cuma ada perkara-perkara tertentu yang mengganggu fikiran gua.mungkin lebih kepada letih yang terkumpul,tekanan terpendam yang gua sendiri tak sedar sampai la dua-tiga benda berlaku membangkitkan perasaan gua yang sebetul-betulnya.elok jugak jadi macam tu sebenarnya.kalo tak,selagi tuh gua akan terus torture diri sendiri dalam keadaan tak sedar.dok bendung,dok tahan,paksa jugak paksa jugak.mentang-mentang 'heavy duty',sampai terlebih guna.sekali-sekala memang patut lepas,kasi can pada diri sendiri untuk ledakkan beban yang dipikul selama nih.
mungkin antara puncanya jugak,gua nih terlalu suka simpan,tahan.gua banyak shut down emosi dan buat-buat tak tau.sibuk sebenarnya.mungkin bukan sibuk fizikal,tapi lebih kepada sibuk mental.ada yang gua dok simpan lama sebelom nih masih tak sempat gua nak ambil-peduli sepenuhnya.asyik tertangguh-tangguh.ntah la gua nih.rasa sakit pon boleh main tangguh-tangguh.bukan disengajakan sebenarnya,cuma kebetulan bila sesuatu yang buruk berlaku yang memerlukan gua untuk bersedih,gua ada banyak komitmen lain.jadi gua terpaksa abaikan dulu perasaan gua,terpaksa ketepikan dulu emosi gua sendiri.hidup ikut priority.gua pon tak tau la kat mana gua letak perasaan sendiri dalam senarai keutamaan gua.mungkin paling bawah,paling corot.takde masa nak peduli hati sendiri.takde masa dan tak diberi masa.
duduk saja-saja bebel-bebel dalam blog sekarang nih,gua renung-renung balik semua peristiwa yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan.macam-macam sebenarnya.segala-gala yang bertindan tuh la adakalanya buat gua agak kompius,blur..sampaikan satu tahap,perasaan gua sendiri pon gua tak dapat nak kenal-pasti.dah banyak yang tertangguh,jadi campur-aduk,hilang punca.yang pastinya,gua di dalam satu fasa yang lain dalam kehidupan gua pada hari nih.biasa la.kehidupan berjalan dan melalui pelbagai fasa.fasa-fasa yang membawa perubahan.tak boleh dielak dan satu yang gua sedar selama nih,fasa-fasa dalam hidup datang dengan pergolakan.satu tempoh yang goyah,huru-hara.itulah proses perubahan.macam alam..letupan gunung berapi,tsunami,taufan..itu semua proses 'pembersihan',satu kitaran yang melengkapkan ekosistem.lepas semua tuh,perlahan-lahan dunia akan mencapai keseimbangan kembali..hidup manusia pon macam tu.
dah lama gua sedar pasal realiti tuh.bila keadaan bergolak,orang cakap jangan bimbang,keadaan akan kembali seperti sediakala tapi sebenarnya itu bohong.keadaan takkan kembali seperti sediakala.keadaan akan berubah,kita akan masuk fasa lain,peringkat lain dalam kehidupan.perubahan akan diikuti dengan perubahan,dan akan terus berubah.itu yang berlaku lagi pada gua.sejujurnya,mengejut.sampai hari nih sedikit-sebanyak gua masih terpinga-pinga dengan keadaan sekarang.rasa macam baru hari tuh semuanya macam biasa,gua excited nak balik kampung nak berpuasa kat rumah,nak beraya.sekali-sekala terasa macam gua masih terperangkap dalam waktu tuh.malah sebenarnya,masih terperangkap dalam tahun-tahun sebelomnya.
sekali-sekala gua terasa blur.peristiwa berlaku terlalu cepat dan mendadak sampai gua tak sempat nak capture,nak mengerti.rasa macam baru,ayah gua tiba-tiba sakit,tiba-tiba tenat,tiba-tiba dah takde untuk selama-lamanya dan tau-tau perkara yang sama berlaku pada mak gua.hari tu,hari raya pertama.memang normal,semuanya normal.tak pernah terlintas,tak pernah terfikir langsung.secara tiba-tiba dan terlalu mengejut mak gua pengsan,bawak ke klinik,bawak ke hospital..lepas tuh terus teruk dan makin teruk dan semuanya berlaku dalam sekelip mata.raya ke mana,apa ke mana.dan tau-tau gua dah hilang mak untuk selama-lamanya.tak lama pon.cuma selang tiga tahun je lepas gua hilang ayah gua.dan setaun sebelom tuh hilang anak sedara gua yang pertama,yang meninggal di saat-saat akhir nak dilahirkan dah.meninggal dalam perut mengejut..memang hidup nih sentiasa mengejut.gua masih terbayang-bayang bayi comel yang lahir untuk dikebumikan..terbayang-bayang muka bersih macam tengah tido dikapankan.gua sebak,tapi tak tau kenapa gua tak menangis.gua tahan.takde sape yang suruh gua tahan,tapi gua tahan.mungkin gua yang terlalu memaksa diri,terlalu berkeras pada diri sendiri.ntah la..
kengkadang,hati gua rasa sedih,rasa pilu.tapi gua tidakkan perasaan tuh,gua tak layan..ada banyak kehilangan yang gua alami dalam hidup nih,dan semua tuh adalah kehilangan yang besar,yang merubah terus kehidupan gua secara menyeluruh.dan kehilangan yang satu itu..terlalu mendalam..hingga gua dah tak mampu nak cari,nak selami rasa kehilangan gua sendiri.mungkin gua patut luahkan,tapi takde makna apa-apa kalo gua luahkan sekalipon.gua tak boleh nak buat sesiapa paham.memang sukar.
ada erti yang menebal yang dah direntap daripada jiwa gua.gua tak boleh nak jelaskan.sape-sape yang pernah mengikuti blog gua dari awal tahu yang gua suka balik kampung.selama nih,itu la 'ubat' gua.kengkadang gua rasa lost,gua cari balik diri gua kat kampung.ada dua perkara yang menjadi akar-umbi gua kat sana.satu rumah gua,dan satu lagi,hmm,dia..tapi semua tuh dah hilang.rumah gua tak ke mana,masih ada.bukan fizikal yang hilang,tapi makna..kehilangan makna sebenarnya lebih pahit daripada kehilangan fizikal.kampung bagi gua adalah mak,dan dia..itu sebenarnya tempat kepulangan gua.tanpa semua tu,mana ada kampung lagi.susah orang nak paham.gua takde ada banyak dalam hidup nih,dalam dunia nih.hanya bergantung pada yang sekelumit tuh untuk jadi sandaran,tapi gua dah kehilangan semua tuh.sesuatu yang paling bermakna,namun dah takde makna.macammana gua nak jelaskan pada orang lain?ia seolah-olah dadah yang tak lagi mengkhayalkan.seolah-olah arak yang dah tak memabukkan.
jiwa gua nih,rasa sesat,rasa kosong.tak boleh nak bandingkan rasa kosong yang ada dalam diri gua dengan rasa kosong yang orang lain alami.bukan secara tersirat,secara terpendam..gua tau rasa kosong bila keadaan penuh tapi jiwa kita kosong namun kosong gua sekarang nih bukan kosong itu.apa yang gua alami adalah kosong dalam erti kata yang sebenar.mungkin orang lain pikir hidup diorang kosong walaupun dikelilingi kawan yang ramai dan ahli keluarga namun,gua kosong memang takde apa-apa.gua tau,kita perlu bersyukur dan gua bersyukur dengan kehidupan gua tapi gua juga tak boleh nak menafikan apa yang memang benar.ini bukan perumpamaan..teman gua adalah komputer,dinding,siling..yang gua ada hari-hari yang memenuhi hidup gua adalah benda-benda statik yang takkan paham apa-apa.bukan gua nak kecewa dengan segala-gala yang berlaku di sekeliling gua,tapi sekarang nih,yang sebenar-benarnya takde apa yang berlaku pon di sekeliling gua.
gua sedar,gua terima,semua orang ada masalah,semua orang ada tempoh down dalam hidup diorang.gua bukan manusia paling malang dalam dunia nih dan gua tak pernah anggap diri gua malang pon..gua hanya bercakap sesuatu yang benar,sesuatu yang memang kenyataan tanpa ada niat nak buruk-burukkan kehidupan gua sendiri.sekarang nih,memang semuanya dah lain sangat.gua rasa tersekat,terperangkap..apa yang gua buat pon,yang gua bohong seolah-olah itu la priority gua hakikatnya takde makna langsung bagi diri gua.mungkin sebelom nih,sedikit-sebanyak,gua nak habiskan study,nak grad,nak konvo dengan harapan nak buktikan pada mak gua yang anak dia sorang nih pon mampu berjaya.gua tau,selama nih gua memang banyak mengecewakan mak gua.gua anak yang bermasalah,banyak buat perangai,banyak memalukan keluarga.gua tau letak duduk gua.airmata seorang ibu yang menangis kesal dengan kegagalan anak sendiri,keburukan anak sendiri..paling tidak,sekali,juz sekali,gua nak mak gua pandang gua dengan rasa bangga.i long for that seumur hidup.tapi,bukan saja gua gagal nak tunjuk pada ayah gua,malah gua tak sempat nak tunjuk pada mak gua.semuanya makin takde makna,takde tujuan.gua hilang matlamat gua yang sebenar.
balik kampung..kadang-kadang gua rindu,rasa nak balik kampung.gua cemburu pada orang lain yang seronok dapat balik ke kampung halaman,balik ke rumah.bila-bila masa gua boleh buat macam tu dengan kehidupan lengang gua sekarang tapi gua takde motif untuk buat semua tu lagi.nak terangkan macammana?mungkin bila diorang jadi anak yatim-piatu dan takde pape menunggu selain kubur kat kampung,baru diorang boleh paham apa yang gua rasa.gua tak pernah rapat dengan sedara-mara dan keluarga gua la satu-satunya keluarga yang gua ada.takde isitilah mak ngah pak ngah sepupu sepapat dalam hidup gua.itu cara gua dibesarkan,dengan keluarga yang hanya terdiri daripada parent dan adik-beradik.kalo hilang itu,gua takde sape-sape lagi.sekalipon bukan sempurna,sekalipon gua memang dari azali banyak menyendiri dan ada banyak yang bercelaru,tapi hakikatnya sangat betol,serba kurang tetap lebih baik dari tak ada langsung.sebab itu ramai yang tak paham bila gua cakap gua dah takde rumah.bukan gua takde rumah kerana gua pilih untuk tak balik rumah disebabkan rumah gua ada banyak masalah,tapi memang takde rumah sebab dah takde apa-apa kat rumah.
hidup dalam kekosongan bukan benda asing bagi gua.kita datang dari dunia yang berbeza jadi bagi mereka yang tak lalui kehidupan macam kehidupan gua takkan boleh bayangkan macammana keadaannya.sejujurnya gua tak suka bila orang membandingkan hidup diorang dengan hidup gua.bercakap pasal kecelaruan,pasal kekecewaan,pasal masalah,kemelut keluarga..tak perlu gua nak bertekak nak tegakkan tentang apa yang gua sendiri lalui..cukup dengan perhatikan apa yang banyak terkandung dalam blog gua nih.diorang pikir semua nih datang tak pasal-pasal dalam masa sehari-dua?kalo gua tak pernah lalui,tak pernah rasa apa yang diorang pikir sedang diorang lalui dalam hidup diorang hari ini,agak-agak diorang macammana gua boleh jadi macam nih?semua tuh..hidup merempat,tak balik rumah,tido kaki lima,kena tampar kena sebat kena terajang,kena tikam dari depan belakang atas bawah segala sudut dimensi,ingat gua tak pernah rasa semua tuh?cakap pasal struggle,pasal susah-payah,pasal kegagalan,gua ada koleksi semua tuh yang bertimbun-timbun dalam hidup gua.bukan setakat jatuh malah tersembam,terhempas,terhumban,terpelanting.dadah?arak?jangan kata nak cuba semua tuh,bunuh diri pon gua pernah nak cuba.tapi gua tak buat.sebab apa?sebab priority,sebab rasa tanggungjawab gua,rasa kesedaran gua,rasa pertimbangan rasional gua.jadi itu yang buat gua rasa marah bila ada orang nak bandingkan diri diorang dengan gua dan anggap seolah-olah baru 5 minit tadi gua belajar pasal kesakitan dalam hidup.
ok la..rasa malas nak membebel lagi..dah..sudah..