Isnin, Mac 31, 2008

Itu, Tindak Balas Fizikal

"daripada gua menuntut sesuatu yang akan membebankan orang yang terpaksa turut,atau membebankan diri sendiri memaksa diri dengan apa yang tak rasi ngan jiwa gua..baiklah dibiarkan saja macam tuh..apa yang tak bermula takyah la nak dimulakan..apa yang masih ada sempadan jangan la disatukan..sebab risikonya,apa yang sedia ada yang dah elok juga boleh rosak..
hmmm..degil hati gua nih..dalam pada gua mengelakkan diri,masih lagi boleh tertarik tok mendekati apa yang tak patut dan tak perlu gua dekat..tapi gua takmo tunduk pada desire yang tak berasas macam nih..tak perlu bukak topeng..takyah angkat kelambu..biar aje kat situ..dan gua masih berperang dengan diri sendiri..hopefully waktu 'terbenam' seketika nih akan dinginkan balik ati gua hentikan wabak mesra dan hangat yang semakin merebak dalam diri gua nih.."

saje bosan-bosan,gua selongkar balik post gua yang lepas-lepas dan apa yang banyak gua bebelkan kebelakangan nih sebenarnya adalah berkesinambungan daripada ayat di atas.cerita sekitar ogos 2006..nampaknya gua dah telan kata-kata gua sendiri..gua dah langgar prinsip dan biar 'wabak' yang cuba gua hapuskan di peringkat awal dulu mengalahkan gua akhirnya.terbukti,'wabak' tersebut memang kuat dan gua terkena jugak jangkitannya walaupon dah pernah berjaga-jaga..sekarang,kata-kata gua dulu terpelanting dan berdebuk terkena batang hidung gua sendiri..gua tewas pada desire dalam jiwa..sebagai pembelaan yang sangat rapuh untuk membela apa-apa,gua cuma mampu cakap yang kadang-kadang ada sesuatu benda mampu membawa tindak balas dan rangsangan tinggi terhadap kita..gua kalah pada rangsangan yang bergelora dalam diri..peringatan dan pengajaran untuk gua di hari muka..yup,gua kunyah dan telan itu semua..

Tiada ulasan: