selalu bila gua cuba jadi baik,mesti akhirnya gua rasa tak berbaloi.pagi tadi gua dengan niat suci mengerah segala keringat dan semangat memergikan diri gua ke kelas tapi bila sampai baru dapat tau yang kelas ditunda ke 2 petang.baru pukul 9.30(lebih2 la maknanya),apa gila gua nak buat 4 jam setengah?nak balik umah bukannya dekat.sekali datang naik cab melayang rm10.balik terbang rm10 pastuh nak datang balik lagi sekali rm10 pastuh balik pulak rm10.gila apa!lagi pon,kalo gua balik,sangat tipis la peluangnya gua akan datang balik ke kelas.bukan gua tak kenal diri gua.kemalasan mengalir dalam darah daging gua.kalo gua sambung tido bergolek-golek atas katil kat umah je tadi lagi baik.lecturer tuh cakap dia dah tampal notis dari ari isnin pasal kelas ditunda.mungkin dia ingat gua memang tido kat kolej kot takde rumah sendiri jadi ari-ari gua ada kat situ untuk tengok papan notis.poyo.kelas gua memang hari rabu la.takde pasalnya gua nak datang kolej suka-suka hati nenek moyang kalo takde kelas.ada kelas pon gua malas,nih kan pulak takde..yang budak lain tuh pon satu hal,takdenya rasa nak bagitau.sungguh hampeh.
gua berkira-kira nak buat apa nak abiskan masa 4 jam setengah tuh.pikir-pikir,akhirnya gua decide untuk pegi beli tiket bas.hidup gua memang gitu je.samaada gua di kl,atau gua di johor.keje gua cuma ke sana ke sini ulang-alik.biasa la orang takde arah tuju.hidup merayau kejap situ kejap sini berlakon macam ada arah tuju.untuk memaksimakan penggunaan masa,gua jalan kaki secara slow rock pegi ke stesen lrt.dah sampai lrt,untuk memaksimakan lagi sekali penggunaan masa,gua buat keputusan untuk duduk tercongok bilang tren terlebih dulu.jadi gua pon tercongok la melangut membilang tren yang lalu.taktik gua berjaya.koman-koman terbang jugak dekat setengah jam.gua naik tren yang ke-12,kalo gua tak silap kira la.turun dari lrt,gua melambat-lambatkan perjalanan gua ke tempat orang jual tiket pulak.tapi dalam melambat-lambatkan masa,rasa cepat jugak gua sampai.jalan-jalan pergi kat kaunter tiket yang biasa.minah yang itu ari jugak jual tiket.gua pon macam itu ari jugak,mintak tiket kol 7.30,dan macam itu ari jugak gua mendemandkan seat depan-depan belah kiri.ternyata dia pon masih macam itu ari jugak,tetap mempamerkan muka berkerut dan sombong.dia buat gua tertanya-tanya..banyak sangat ke tekanan menjadi seorang penjual tiket bas ekspres?mungkin kot.tuh pasal muka asyik berkerut macam memikirkan masalah dunia sampai takleh nak layan kastemer elok-elok.gua tak tau gua tak pernah jual tiket bas.lagi satu yang menarik perhatian gua,nape pompuan yang tak cun tapi berdandan untuk berlakon seolah-olah cun selalu sombong dan berlagak?takde diskriminasi kat sini,cuma pemerhatian kasar gua pada apa yang ada di sekeliling.rata-rata pompuan yang keje berurusan dengan kastemer nih,yang sombong-sombong adalah golongan yang tak cun tapi berdandan untuk berlakon seolah-olah cun tersebut(selalunya bila kena ngorat pon golongan inilah yang berlebih-lebih menunjukkan reaksi berbanding aweks cun yang hanya maintain cool).apa yang ajaib tentang diorang,bila kastemernya lelaki,tambah plak yang ada rupa,tiba-tiba diorang berubah menjadi pari-pari dari kayangan yang penuh keayuan dan kelembutan.tapi tak tau la kalo silap mata gua tengok atau kebetolan gua sorang je yang terkena camtuh.
tamat babak penjual tiket bas tak cun yang sombong,gua pon memblahkan diri dari tempat kejadian.niat asal nak melepak sekejap kat situ buang masa tapi last-last tak jadi pasal rasa nak muntah dengan suasana sesak yang ada.gua memang benci tempat yang crowded.cepat-cepat gua kuar dari situ.pastuh baru gua lambat-lambatkan balik perjalanan gua dan sebagai langkah tambahan untuk buang masa,gua berlegar-legar pulak dalam satu kedai.nasib baik gua ada bakat semulajadi untuk buang masa.hampir kesemua jam dalam kedai tuh gua usik test pakai.salesgirls yang 2 orang kat situ tak cun,tapi sempoi tak berdandan untuk berlakon cun.diorang layan gua baik,sopan,tak sombong.kebaikan diorang secara otometik mengangkat darjat diorang untuk menjadi cun.pointnyer kat sini,kengkadang cun tak cun bukan soal rupa semata-mata,tapi sikap dan cara bawak diri jadi kalo memang rupa cun sekali pon tapi berlagak nak mampos,apa la makna ke'cun'an lu itu..yang tak cun dan berlagak lagi la toksah cite panjang.tiada kata-kata yang mampu mengungkapnya.kesimpulannya,gua telah beli sebijik jam kat kedai tersebut yang warnanya ya,takde lain ialah hitam.jam murah,sepuluh hinggit tapi peduli apa gua.gua tak kisah dengan brand tu semua.gua yang pakai brand,bukan brand pakai gua."KALAU KITA PAKAI DENGAN MAHAL, APA YANG KITA PAKAI AKAN NAMPAK MAHAL".gua percaya itu.dulu gua pakai jam dua puluh hinggit beli kat gerai ada jugak yang kagum sambil dengan muka serius tanya kat mana dan berapa ratus gua beli.baju buruk gua yang dah bertahun-tahun gua pakai ada yang dok raba rasa kain dia sambil dengan muka serius tanya kain material apa,berapa beli diikuti dengan lembutnya,mesti mahal..tapi takpe,gua sedar diri.gua anggap diorang saje gurau-gurau nak perli gua je.
berbekalkan jam tangan baru,gua berjalan berlengah-lengah pegi lrt,beli tiket,pastuh tunggu tren.wah,dah pukul 1.10.gua dah berjaya membuang 3 jam 40 minit dari hidup gua dengan free-free.buang sket lagi 20 minit sebelom naik tren balik ke kelas.lagi sekali gua duduk bilang tren kat stesen lrt.tengok tren yang bersilih-ganti,manusia yang naik-turun.perhati segala gelagat dan tingkah laku diorang.sebenarnya mood gua waktu tuh adalah bengang sebab penundaan kelas pagi tadi yang dah membuang masa dan menyusahkan gua.seperti menyambut seruan kebengangan gua,sepasang kekasih telah muncul kat seberang sana untuk memberi gua point mengutuk dan menyumpah seranah dalam hati.diorang memaparkan aksi manjalara yang konon romantik dengan si awek membelai-belai mesra wajah si pakwe sambil meliuk lentok untuk memberitahu dunia bahawa beliau adalah seorang gadis yang paling manja di dunia ini.kemudian si pakwe pon tersengih-sengih seperti bangga la sangat kerana awek beliau sungguh manja lalu memeluk pinggang awek beliau dan aksi romantik tersebut diteruskan dengan si awek membetol-betolkan rambut si pakwe menandakan beliau sungguh sayang pakwe beliau itu sambil bergurau senda berlaga-laga pipi dan terus melekat kerana mereka akan mati kalo mereka berenggang walau sedikit.oh,sungguh romantik!romantik kepala hotak!!macam la awek lu tuh angelina jolie nak megah sangat show off babak asmaradana camtuh kat tengah publik.agak kalo dah gian sangat takleh tahan,sewa je la hotel berlambak kat bawah tuh main puas-puas.bodoh!si pakwe yang terasa dirinya sedang direnung tajam semakin mula menunjukkan aksi kontrol macho dan sambil bermesra dengan awek tercinta sempat jugak menjeling-jeling ke arah gua.macam haram!nasib baik akhirnya tren datang membawa diorang pergi untuk menyelamatkan gua dari terus melakukan dosa kering memaki-hamun diorang walaupon cuma dalam hati.
baru sekejap gua berhenti buat dosa kering,muncul pulak seorang mamat melintas depan gua sambil sempat membuat jelingan menggoda bajet seksi ke arah gua.jelingan menggoda tersebut disambut dengan babi dalam hati gua.kemudian lagi sekali dia dapat babi sebab duduk sebelah gua.banyak-banyak tempat ada boleh duduk,nak jugak duduk sebelah gua.sebenarnya dia tak wat salah pape pon tapi nasib la sape soh tunjuk aksi macam bagus depan gua time gua memang rasa nak maki orang.lepas tuh lagi sekali gua terselamat dari terus memaki orang bila dia dah naik tren.pon sempat dia memberi pandangan terakhir yang kononnya menggoda dari dalam tren untuk gua.gua rilek lagi sekejap,pastuh naik tren yang kedua lepas tuh.ngam gua sampai kat stesen destinasi kol 1.45.masa nak lintas jalan,ada sorang mamat arab kat seberang bertentangan gua.hensem,pakai t-shirt hitam,jeans,spek hitam.tak tau la kot gua perasan ke apa,tapi gua rasa dia dok pandang-pandang gua.ngam dia lintas jalan betol-betol tuju ke arah gua dan bila dekat dia tegur gua tapi ntah apa dia cakap gua tak bagi perhatian sebab masa tuh gua ngah sibuk nak lintas jalan ke seberang sana.menumpukan perhatian pada jalan dan bergegas melintas sebelom datang kereta untuk langgar adalah lebih penting dari ambik pot terhadap apa-apa termasuk mamat arab yang hensem.gua pon meneruskan perjalanan gua sebelom gua terasa lapar lalu membuat keputusan untuk singgah kat kedai makan.kalo nak diikutkan,gua rasa pegi makan sengsorang kat kedai tuh agak menjanggalkan sket tapi biasa la,gua lone ranger.mana pegi pon sengsorang.itu sudah kebiasaan.sekali ada orang-orang yang dikenali pulak dalam kedai.gua tak kuasa nak bertegur-sapa jadi gua sorok-sorok pergi duduk kat sudut hujung terlindung supaya diorang tak nampak dan buat-buat aje macam gua tak perasan dengan diorang.gua tak berminat nak menyambung sillaturahim what so ever.hubungan gua ngan orang-orang dari satu-satu tempat hanya bila gua masih berada kat tempat tuh dan habis bila gua dah blah.campor tolak darab bahagi,akhirnya tepat la gua masuk kelas pukol 2..sungguh mahir rupanya gua menguruskan masa..
lecturer masuk,bebel-bebel dan bebel-bebel lagi.gua menguap-nguap dan menguap-nguap mengiringi bebelan beliau.tamat lecture,start tutorial.perbincangan group.bebudak tuh ada hati nak beta cakap gua nak bahas tajuk research yang gua bagi.tengok kaki la sayang oii kalo nak question susunan ayat dan penggunaan bahasa pon.nak tunjuk pandai plak nak bangkang ayat gua.tapi gua tak nak dikatakan berlagak dan perasan bagus jadi gua biarkan lecturer saje yang memenangkan gua dan bagitau diorang yang diorang tuh salah.perbincangan akhirnya diteruskan,tapi ada la dalam 10 minit yang berikut aje sebab lepas tuh bebudak tuh dah tukar discussion menjadi cit cat azwan.bla bla si abang tuh kapel ngan si akak nih bla bla dah putus bla bla bla.gua cuba bawak balik ke discussion,tapi hanya berkesan untuk tak sampai seminit sebelom diorang kembali berborak-borak.kat sini gua sedar nape gua susah nak bercampor ngan orang.gua memang seorang yang memboringkan.gua tak pandai nak borak-borak kosong nak join aktiviti cit-cat mencit-cat camtuh.tak pandai dan memang tak berminat langsung.peduli apa gua si abang tuh nak kapel ngan sape ke nak putus ngan sape.lebih baik gua diam buat keje sendiri.gua datang kelas bukan nak bercit-cat.gua datang atas urusan rasmi nak mencukupkan kredit hour untuk grad.gua tak berminat ngan benda-benda remeh lain,tak berminat untuk berkenal-kenalan berkawan-kawanan membina sebarang perhubungan selain dari yang rasmi yang berkaitan dengan urusan semata-mata tak kira kat kolej atau kat tempat mana-mana pon.gua rimas diorang bersembang-sembang berceloteh hal-hal yang tak berkaitan.
dah nama budak journalism,menepati ciri-ciri seorang wartawan akhirnya perbualan berubah menjadi sesi temubual dan soal-siasat pulak.yang hampehnya,gua adalah subjek yang ditemubual dan disoal siasat tersebut.akak akak,nape akak selalu pakai serba hitam je bla bla.itu soklan tipikal yang selalu ditanyakan pada gua dari zaman sekolah dulu dah.apasal la diorang nak sibuk?suka hati gua la nak pakai serba hitam ke serba kuning ke serba margenta sekali pon.tapi of coz la gua tak jawab camtuh.gua masih pandai berhipokrasi untuk menjaga keharmonian sejagat.warna fevret,jawapan standard.akak akak nape akak tak pakai warna lain?kulit akak putih tau,cantik kalo pakai warna lain-lain bla bla.kengkadang gua tertanya-tanya jugak,gua nih nampak humble dan bersederhana sangat ke yang buat orang pikir gua tak pernah tengok cermin untuk tau apa warna kulit gua atau gua nampak cantik ke tak pakai warna apa-apa?gua takde la sedown earth itu.gua masih punya sifat vain dalam diri.tapi gua tetap cuba layan kerenah diorang dengan sesopan yang mampu walaupon gua rasa rimas.biarlah,budak-budak.pastuh diorang tanya lagi,akak akak,akak umur brape?malasnya nak menjawab tapi gua jawab jugak.taun nih nak masuk 26 dah.diorang terlopong.ye la,gua tau la gua dah tua blajar tak sudah-sudah lagi.budak tuh cakap im shocked,really.i thougt u were 23 lebih kurang.serius.tuh la pasal.memang tak sesuai pon umur gua nih still masuk kelas campor ngan diorang.diorang tuh baru umur 20,21..silap ada yang masih belom cecah 20..pastuh sesi belek tulisan..semua yang tipikal.akak akak tulisan akak lawa la,cantik bla bla.gua cakap cakar ayam je pastuh diorang cakap macam tu akak cakap cakar ayam?ayat gua bukannya untuk merendah diri.maksud gua kat situ ialah yang diorang tengok tu cuma tulisan cakar ayam gua yang gua tulis secara malas-malas untuk habiskan masa bila diorang sibuk borak kosong tadi.itu ialah ayat riak secara tersirat sebenarnya kalo dihayati.
lepas tuh bla bla bla dan bla bla bla,kelas habis.gua masuk kelas kedua.bla bla bla lagi kelas habis lagi.gua balik.jalan kaki.jumpa lagi orang-orang yang dikenali,nyorok lagi buat-buat tak nampak.tahan cab,drebar tuh tanak pergi pulak area rumah gua.menapak la lagi.terpaksa jugak balik ngan lrt.naik lrt.turun tukar lrt satu lagi.gua cakap kat mamat yang jual tiket tuh nak pergi mana pastuh mamat tuh pandang je gua macam blur.gua ulang lagi skali kuatkan sket sore gua kalo-kalo dia tak dengar.orang selalu cakap gua nih suka cakap sore perlahan.memang gua ngaku pasal gua memang malas nak bercakap pon jadi gua cuma kuar sore nak tak nak,acuh tak acuh je.tapi still mamat tuh tetap jugak pandang gua macam blur walaupon sambil-sambil tuh dia ambik duit gua hulur tiket kat gua sambil dia cakap something kat gua.telinga gua nih pekak sket tak dengar binatang apa yang dia cakapkan kot lubang kaunter tuh.gua paling benci bercakap kot lubang kaunter camtuh yang menghalang pendengaran gua.gua terha-ha tak clear amenda la yang dia kata tapi gua angguk-angguk je la konon dengar sambil ambik tiket dan blah walaupon mulut dia macam still terkumat-kamit bercakap dengan gua.apa yang gua dengar cuma sayup-sayup hujung-hujung dia bunyi wa wa..macam dapat tangkap apa dia cakap tapi biar la gua buat-buat macam tak tertangkap bagi mengelakkan diri gua dari perasan.mungkin dia bercerita pasal kelawar atau penawar atau gelpren dia yang nama wawa.
bla bla bla,akhirnya gua naik cab dan selamat sampai umah.pikir-pikir binatang apa la yang berjela-jela gua bebel gua mengarut sebenarnya nih.hahaha.gua pon tak tau.al-kisahnya ari nih gua pakai baju baru dan baju baru tersebut nampak comel sekali setelah ia dipakai..hitam itu memang menawan..percayalah kerana ianya benar..sekian,wassalam..

5 ulasan:
post lu yang pertama buat AKU gelak. lu masih ada sense of humour. kulit kakak putih.. haha!
sense of humor gua masih ada banyak.nak?meh gua kasi.
berilah, beri.. sudah mahu gelak ni.
huhuhuh...
kelakar gak ko nie rupanyer...
ingatkan ganas
but nice...
hitam tu kan menawan..!
lagi2 kena plak dgn owg ygb berkulit putih!
huhuhu...
saya seorang wanita yang ayu serta manja..
haha..
Catat Ulasan