Dalam diam
Ada jeritan
Rintihan kesakitan
Pasti menyeramkan
Jika didengarkan
Ketika itu
Aku terpandang padanya
Dia dalam kecemasan
Antara hidup dan mati
Ku lihat hatinya
Tidak sehitam hidupnya
Malah ada sejalur cahaya
Terpancar dari kekalutan
Oh Tuhan!
Selamatkanlah dia
Apa erti nyawanya
Tanpa rahmatMu
Berilah petunjukMu
Agar dia bebas
Tidak lagi terbelenggu
Dalam kepedihan itu
dalam hati gua,ada satu rasa.makin gua hayati,makin menebal kesannya.tapi segalanya buat gua terdiam,kaku.sebab hakikatnya gua tau,takde apa yang gua cakap mampu membawa sebarang perbezaan.gua tak mampu merubah apa-apa,walau itu yang gua mahu.gua tersekat kat sini,dalam dunia gua,dan apa yang terdaya gua buat,cuma memandang dari jauh.
bila gua fikir,gua sedar yang gua memang tak relevan dengan zaman sekarang.ada masanya terasa macam gua dilahirkan salah zaman,beratus-ratus tahun terlewat dari yang sepatutnya.kenapa mesti gua rasa camni?perasaan ni bukan perasaan yang berlandaskan nafsu,takde berkepentingan,malah takde sebarang maksud langsung.gua cuba nak jelaskan,tapi gua tak tau camane nak jelaskan apa yang ada dalam hati gua.gua pilu,sayu.rasa macam gua mahu merebut sesuatu dari dunia,dari masa,dari realiti yang kejam.gua mahu melindungi….gua mahu melindungi dengan seikhlas-ikhlas rasa hingga rasa itu membuat gua sebak dan sayu..tapi,sape yang
gua seperti nak menangis.hati gua meronta nak menghalang,nak hentikan semua tu.gua mahu larikan sesuatu jauh-jauh,gua mahu peluk dan tepis semua kepalsuan yang sedang memakan jiwanya.perasaan itu dalam diam menghimpit diri gua sendiri.gua merintih sendiri,hiba melihat hati itu dirosakkan oleh sepi,oleh dunia yang kejam.gua nak semua tu berhenti.tapi camane?seluhur-luhurnya,gua mahu jadikan dunia ni satu tempat yang lebih baik untuk dia supaya dia mampu sembuh.gua tahu dia sakit.dia perlu dirawat.dia perlukan penawar.setulus-tulusnya gua mahu berikan penawar untuk dia,tapi,gua takde kemampuan untuk itu kerana rasa gua adalah satu rasa yang tak relevan.
lalu gua sedar,gua memang tak dapat nak buat apa-apa.gua rasa benci dan tak berguna mengenangkan realiti tapi gua akur dengan batas kemampuan gua.gua tak mampu hentikan segala kemusnahan yang berlaku.gua tak mampu nak halang kesakitan yang membunuh dalam diam itu dan gua tak mampu nak selamatkan dia….akhirnya,apa yang gua rasa hanya terkunci di dalam kerana gua tak boleh untuk meluahkan.tak perlu diucap sesuatu yang tak bermakna yang takkan merubah apa-apa.gua sedar gua tak layak untuk mendoakan orang lain dengan diri gua sendiri yang masih bercelaru tapi TUHAN,dengarkan doa yang seikhlasnya dari hati gua untuk dia ini..gua pohon RAHMATMU untuk selamatkan jiwanya dan mereka-mereka yang tergelincir di atas laluan hidup ini,termasuk gua juga..insan yang mampu membawa perubahan untuk dia,atas dasar kasih,selamatkanlah jiwa dia....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan