gua cuba untuk rasa simpati,tapi takde rasa simpati dalam hati gua.gua bukan tak peduli,jauh lagi benci,tapi gua tak rasa simpati.sebab takde simpati dan gua tak rasa simpati,gua tak tunjukkan simpati.camane untuk pura-pura simpati bila orang ceritakan sesuatu yang macam memerlukan simpati kalau gua memang tak rasa simpati?kalo mengharapkan simpati,mengharapkan seseorang yang mendengar lalu menjawab bersabarlah,tabahlah,itu semua dugaan,oh kesian,dan yang sewaktu dengannya,gua bukan orangnya.kalo cari gua dengan harapan nak dapatkan reaksi-reaksi tersebut,itu takkan berlaku.gua bukan teman yang baik untuk meluah kesedihan dan berkongsi cerita-cerita malang..satu kesilapan kalo memilih gua untuk 'berjiwang'..
takde simpati bukan makna gua benci.bukan gua tak hirau dan harapkan seseorang yang tengah susah terus susah sengsorang.bukan.gua harapkan yang terbaik.apa pon masalah yang dihadapi,semoga bertambah baik dan pulih.gua tak mintak yang buruk,malah lebih senang kalau semuanya dalam keadaan yang ok.tapi,gua takkan pamerkan simpati.gua takleh pamerkan sesuatu yang gua takde.dan,kalo ada sekalipon,gua masih takkan pamerkan.bukan gua jahat,bukan gua ego,cuma gua tak direka cipta dalam bentuk macam tu.gua tak direka cipta untuk menunjukkan rasa-rasa yang berunsur 'jiwang'..bukan kerana gua nak berlagak brutal,bukan kerana gua takde hati dan perasaan,tapi gua tak pandai nak mempamer dan berkongsi 'kejiwangan' dengan orang lain.
gua layan orang lain macam gua layan diri gua.gua tau itu tak cukup sebab tak semua orang sama.tapi gua cuma jadi adil.gua tak kenal sesiapa dalam dunia ni lebih dari diri gua sendiri.jadi gua layan sama,macam apa yang diperlukan oleh diri gua sendiri.gua tau itu adil,tapi tak cukup adil.kita takleh pakai pendekatan yang sama untuk semua orang.tapi gua manusia biasa,bukan malaikat.gua tak sempurna.gua tau apa yang gua tau dan jadi apa yang gua tau.gua tak mampu memuaskan keperluan semua orang.kalo apa yang dimahu tak selari dengan apa yang ada pada gua,lebih baik cari saja yang lain,yang lebih serasi.jangan mengharapkan gua bagi layanan yang tak sama macam yang gua bagi pada diri gua sendiri.
gua tak tau.kata-kata semangat dan pujukan yang tersusun dengan penuh rasa ambik-berat tuh mampu mengurangkan beban dan melegakan hati ke?atau kata-kata nasihat yang macam madah boleh membantu?mungkin gua tak cukup 'berperasaan' macam orang lain yang baik-baik.kalo gua bermasalah,gua lebih hargai bantuan dalam bentuk tindakan dan material..kalo masalah gua ialah tak berduit,gua lebih hargai orang-orang yang menunjukkan rasa ambik-berat untuk bagi duit pada gua daripada bagi kata-kata semangat dan memujuk.nape bercakap banyak?adakah bercakap banyak boleh mengenyangkan,boleh menyelesaikan apa-apa?gua tau itu satu bentuk menunjukkkan keikhlasan,menunjukkan sifat beradat dan berbahasa,tapi gua tak rasa nak guna pakai teknik-teknik menunjukkan keikhlasan,menjaga adat dan berbahasa tu.gua tak rasa semua tu perlu.jadi,gua tak mengharapkan orang lain bersusah-susah mempraktikkan teknik-teknik tersebut pada gua.ianya tak penting bagi gua.gua takkan anggap orang-orang yang tak memenuhi protokol komunikasi sejagat sebagai orang yang jahat.jangan bimbang..takde sape-sape kat sini yang nak menilai dan ambik pot..
itu yang gua rasa.apa yang gua rasa,gua bagi pada orang lain benda yang sama.bukan mementingkan diri hanya peduli tentang kebajikan sendiri,tapi memang macam tu gua layan diri gua sendiri.sesuatu perkara tak penting untuk dilakukan pada orang lain adalah sebab perkara tu sendiri tak penting bagi gua..
hmmm..nape nak panjang-panjangkan cerita?gua hanya gua.tak cukup rasa simpati,tak pandai tunjuk simpati,tak pamer sifat ambik-berat dan penuh dengan perasaan,tak pandai nak berkata-kata 'jiwang' dan saling sayang menyayangi sesama insan sejagat jadi kalo mengikut piawaian perhubungan sejagat gua adalah manusia yang tak ikhlas dan takleh diharap,ya gua adalah manusia yang tak ikhlas dan takleh diharap..apa saja kesimpulan,ya untuk semua..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan