gua perlukan tempat yang lebih gelap,lebih hitam.gua perlukan tempat yang lebih murung....gelap bukan gelap yang bergelumang dengan kesilapan macam yang ditafsir kebanyakan..hitam bukan hitam hidup yang terpesong dari jalan kebaikan....kalo gua sebut neraka,bukan neraka satu dunia yang terpesong dari tuntutan tipikal masyarakat umum....kegelapan dalam ertikata gelap yang sebenar..tempat yang gelap,kosong,sunyi-sepi,dan lengang..hitam..semuanya pekat,beku..tempat yang murung dan suram yang di dalamnya cuma ada kesedihan,kepiluan..jiwa yang pecah..bukan pecah kerana kecewa bercinta,pecah kerana berdepan dengan masalah,segala jenis pecah terluka macam yang difahami oleh masyarakat lazim..jiwa pecah yang benar pecah,hancur....pecah yang bersendi di darah daging,sarat dengan unsur-unsur suram dan hambar..pecah yang bersemi di dalam darah,mencengkam dari azali dan infiniti..pecah yang kecewa,bukan kerana kekecewaan,tapi kerana kecewa yang sedia ada terbenam tanpa mula dan tanpa hujung..dunia gelap,dunia hitam..sudut terpencil,teramat dalam,terpenjara..takkan tersentuh..takkan terusik..sudut terpencil yang terlarang....sekarang ia dah tak memadai..dah tak mencukupi..gua perlukan tempat yang lebih gelap..gua perlukan tempat yang lebih terpencil..gua perlukan tempat yang lebih hitam dan terasing dari yang ada sekarang....
365
-
....
....antara khayal dan sedar
sekian kali
tiga ratus enam puluh lima
satu kembali
(03/01/2018 11:12 pm)
6 tahun yang lalu