Selasa, Februari 26, 2008

Malam-Siang-Malam

corak ke'tidur'an yang berterabur kengkadang buat gua kompius dengan hari,dengan masa.rasa macam bercampur-aduk malam-siang-malam.rasa macam tak wujud hari.tidur lepas subuh,atau terus sambung ke malamnya pulak satu benda yang biasa bagi gua.malam adalah siang,siang pon adalah siang.macam panjang je hari untuk gua.kadar yang extra daripada yang sebenar.sehari adalah 48 jam,malah kengkadang seminggu,sebulan,dan tak mustahil bertahun-tahun.pelik,macam banyak sangat je aktiviti yang gua buat dengan hari yang extra panjang padahal gua cuma tercongok melangut dan melepak dalam bilik most of the time.tapi,gua selesa macam nih.sistem masa dan kehidupan yang normal tak sesuai dengan gua.gua memang bermasalah kalo nak menyesuaikan diri.kalo takrif bahagia dipermudah,bagi gua macam nih kira satu bentuk kebahagiaan la.berjaga tak ingat dunia mana siang mana malam dan semestinya ditemani neskefe o panas kaw-kaw.bahagia.
kalo sistem normal life gua terganggu,gua memang tak suka,dan benci.kena tido awal,bangun awal,dengan jadual yang fix dan suntuk,takde masa untuk diri sendiri.boring!lebih dari tuh,satu bentuk penyeksaan.kalo semua tuh demi mendapatkan income yang banyak,life yang mewah,sungguh pon gua memang suka duit tapi gua sanggup pass.suka duit,tapi gua tak hidup untuk duit.gua boleh 'mati' dengan life yang camtuh.kalo tak get use dengan semua tuh,bila gua nak berjaya,nak mencapai sesuatu dalam hidup?terserah pada tafsiran.definisi berjaya berbeza pada setiap orang.so gua ada duit banyak,fame,dan segala-galanya,tapi kalo jiwa gua lemas,sesak,dan gua tak rasa nikmat langsung,ada makna ke?lain orang lain pendapat.gua lebih sanggup tak ada duit banyak,tak mewah,asal hati gua senang dan puas.
sebenarnya gua berpikir.kita hidup dengan sentiasa kejar sesuatu.hidup untuk esok,esok dan esok.kita letak hari ini on hold,demi esok.kita hidup untuk masa depan,bukan sekarang,ini adalah untuk hari muka.tapi,bila sebenarnya hari muka?bila hari muka tu akan datang?bila kita dah tua kerepot dan tunggu kubur kata mari?gua rasa macam hari muka tu tak wujud.esok yang kita kejar belom tentu ada.masa depan adalah sesuatu yang tak nyata,tak ada.ia takkan berkesudahan.kalo kita mengejar dan mengejar,kita akan teruskan hidup dengan mengejar.jadi,bila masa kita berhenti mengejar,sampai ke destinasi dan menikmati?bila masa kita hidup?bila masa kita rasa cukup?bila masa hari yang dimaksudkan hari muka yang kita jadikan sasaran tuh?gua rasa macam kita korbankan terlalu banyak perkara,hanya untuk sesuatu yang tak berkesudahan dan takkan tiba.kita kaya,kaya-raya,ada segala-galanya,tapi tak ada masa untuk anak bini sendiri.kita kerja,kita sibuk,kita mampu bagi kemewahan untuk mak ayah dan famili,balas jasa diorang,tapi kita selalu tak ada kat sisi diorang,tak mampu temankan diorang.does it worth it?
jauh pulak gua pergi dalam cuma bercakap pasal siang malam.bagi mereka-mereka yang hidup untuk masa depan,gua tau diorang tak setuju dengan apa yang gua cakap.semua orang ada alasan dan point of view masing-masing.mungkin gua cuma menegakkan budaya malas yang selalu disinonimkan bagi orang melayu.hanya alasan untuk membenarkan malas.is it true?dunia ni materialistik,itu kenyataan.selagi kita terikat dengan pandangan materialistik,selagi tuh orang melayu akan nampak sebagai gagal.dah tentu.dunia ada definisi kukuh tentang apa yang dinamakan kejayaan.kita manusia,kita sebahagian dari dunia,kalo kita tak mengikut definisi yang diguna pakai dunia,kita nak ikut definisi mana lagi?perlu ada orang yang kaya-raya,perlu ada orang yang berwawasan,yang punya kuasa untuk membawa perubahan kepada manusia lain.gua tak nafi.semua tuh memang betol.tapi dalam pada tuh,gua kengkadang berpikir dari aspek yang lebih luhur,lebih spiritual,dan dari sudut tuh,gua rasa orang melayu adalah antara bangsa yang sangat maju dan berjaya.semua kemewahan,wawasan,kemajuan,akhirnya apa yang paling kita perlukan?di hujung semua tuh,yang paling benar dan paling dekat di hati,apa dia?BAHAGIA,TENANG,PUAS.jadi gua tak rasa orang yang mampu skip semua perkara-perkara luaran dan zahir untuk melihat apa yang paling dasar sebagai orang yang gagal.kalo kita mampu luaskan perspektif kita dengan apa yang dinamakan kejayaan,gua rasa kita boleh nampak nilai mentaliti orang melayu(bukan semua)yang selalu dilabel sebagai 'malas'.so orang anggap kita tak berjaya,kita hamprak,peduli apa janji kita bahagia?apa diorang tau tentang kita?
sekarang gua rasa dah pergi lagi jauh.entah la.kengkadang gua pikir lagi.nape rata-rata orang anggap cara untuk berjaya ialah dengan menjadi orang lain?perubahan tuh penting,tapi kalo kita tak suka diri kita sendiri,camane kita nak harap orang sukakan kita?kita cuba sedaya-upaya untuk tak nampak sebagai kita yang sebenar,untuk jadi sama dengan semua orang.mungkin semua atas pandangan masing-masing.bangsa-bangsa yang berjaya dalam dunia nih,terutamanya orang barat,kesudahannya diorang cuba cari sesuatu yang lebih unik dan pure jugak.kita mungkin sedang menuju ke arah dunia tanpa sempadan bila bangsa dan budaya dah takde sebarang signifikan.tapi,dunia bila semuanya adalah sama,akan jadi sangat,bosan.gua cuma rasa adalah lebih baik kita sedar kualiti kita sendiri,serlahkan kualiti tuh,dan jadikan ia sebagai satu kekuatan.tumbuh tinggi dengan akar yang tetap kukuh di bumi.kengkadang,kita perlu tiru sesuatu,tapi secara bijak,bukan dengan mengorbankan asal-usul dan identiti kita.semuanya dalam minda.sepatutnya.
skang nih,gua berpikir bukan dari sudut kecaman.cuma berpikir secara objektif,cuba menyelami dan merasionalkan.entah la.duduk kat ruang kelabu rasanya.bukan hitam,bukan putih.gua wonder,tertanya-tanya.nape kebanyakan orang-orang yang berjaya dari aspek dunia,kemodenan,mesti lack aspek agama dan spritual,dan sebaliknya?jujurnya,kalo merujuk kepada ekstrim,gua rasa dua-dua golongan tuh adalah sama-sama golongan ekstrimis.tak kira camane pon kita cenderung untuk pikir orang-orang 'konservatif' sebagai golongan yang ekstrimis,kita tetap takleh nafi yang orang-orang 'moden' juga adalah golongan yang ekstrimis.selagi kita paku pikiran kita pada satu perspektif semata-mata,selagi tuh bagi gua kita menepati ciri-ciri seorang ekstrimis.gua tak kecam mana-mana pihak,tak jugak membela mana-mana pihak.sekadar ambik side berkecuali.gua hanya berpikir,terpikir,bertanya,dan tertanya-tanya..tak boleh ke ada tengah-tengah?untuk jadi moden,tapi dalam masa yang sama masih tradisional dan berpegang kepada nilai-nilai agama atau jadi alim,tapi dalam masa yang sama masih tak buang aspek dunia dan modenisasi.tak boleh ada keseimbangan dan keselarasan ke?nape selalunya mesti hanya salah-satu,takleh dua-dua?
susah.memang susah.gua pikir,mungkin ramai orang-orang yang keluar ke dunia sebenar dengan hasrat nak berjaya tapi nak terus pertahankan nilai-nilai asal akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak dunia.diorang akhirnya mengalah.akhirnya diorang sedar,takleh tidak,diorang kena berubah.cuba bertahan camane pon,akhirnya nilai-nilai asli yang ditanam dalam diri akan nampak kolot dan sempit.nilai-nilai tuh takkan buat kita berkembang dan hanya akan kekang kita di takuk lama.gua boleh kutuk,boleh kecam habis-habisan macam rata-rata pihak yang tak setuju dengan mentaliti melayu moden,melayu urban atau pape je la,tapi,ada sebarang jaminan ke yang gua takkan jadi macam tuh jugak satu hari nanti?dunia nih berputar,hari ni mungkin kita camni,esok belom tentu.kengkadang lebih kita benci sesuatu,lebih kita menjadi apa yang kita benci.sesungguh-sungguhnya,mempertahankan prinsip dan pegangan adalah satu benda yang berat.kita mungkin akan berkesudahan dengan berasa prinsip dan pegangan kita selama nih adalah bodoh dan sempit,atau tak sesuai dengan keperluan.dunia memaksa kita berubah,memaksa kita tinggalkan diri kita yang asal.satu hari,semua prinsip dan pegangan kita pada awal akan jadi tak penting dan tak bermakna apa-apa.ia akan nampak lapuk dan tak relevan.masa tuh,kita dah takkan rasa wujud sebarang keperluan untuk semua tuh diambik kisah.kita dah tak rasa pape.macam kekasih lama yang kita dah lupa dan jemu,takde sebarang makna lagi dalam hidup.
pikirkan semua tuh,gua rasa takut sebenarnya.satu kehidupan dengan agama dan budaya bukan lagi priority di dalamnya adalah mengerikan.tapi ia hanya mengerikan bila kita masih menganggap agama dan budaya adalah priority.kita hanya akan rasa takut bila kita masih takut.itu yang menakutkan.sekali kita dah tak rasa takut,of coz kita dah tak rasa takut.yang gua takut bukan bila gua takut,tapi untuk jadi tak takut.proses modenisasi,globalisasi yang merubah diri manusia secara total.bila sesuatu memang dah takde makna pada kita,apa pon yang orang cakap takkan berkesan pape.kalo kita ambik-mudah,tapi masih mampu untuk rasa kita dah bersalah atau berdosa,itu masih boleh diterima.so kita screwed up,kita terpesong,as long as kita masih ada naluri untuk balik ke pangkal jalan,somehow kita akan tetap rasa perlu untuk bertaubat.yang mengerikan bagi gua ialah bila kita ambik-mudah dan tak rasa kita bersalah atau berdosa.kita tak rasa perlu untuk balik ke pangkal jalan,tak perlu untuk bertaubat.itu sememangnya.balik ke pangkal jalan dan bertaubat hanya relevan bagi orang yang rasa tersesat dan berdosa.tanpa rasa tersesat dan berdosa,perlu apa balik ke pangkal jalan dan bertaubat?kalo gua tak rasa tersesat dan berdosa,gua sendiri tak rasa nak balik ke pangkal jalan dan bertaubat jugak.nak buat apa?bukan gua ada buat salah pape pon.orang-orang yang nak nasihat dan nak lecture gua akan nampak bodoh.kenapa sibuk nak bagi panduan pada gua sedangkan gua ada arah tuju dan pegangan gua sendiri?pada pemikiran tertutup mereka,mereka takleh nampak kebaikan dengan cara hidup gua,jadi,buat apa gua nak peduli?yang perlu berubah adalah mereka,bukan gua.hanya kerana gua tak mengikut satu-satu jalan hidup yang tertentu,tak bermakna jalan yang gua ikut adalah salah.
nampak..tak susah langsung nak tukar stand kita..ada kiri,ada kanan.kita hanya perlu tukar side kita untuk tukar pendirian.betol atau salah,cuma dalam minda kita.semuanya hanya psikologi.kalo kita percaya sesuatu perkara adalah salah,maka jadilah salah.all it takes is to change our point of view.itu je.jadi jangan terlalu bangga dan yakin dengan pendirian kita hari nih.kita mungkin rasa apa yang kita buat hari ni betol,tapi akan sentiasa ada kemungkinan untuk ia jadi salah pada kita lain kali.meaning,for everything kita rasa betol dan kita perjuangkan bermati-matian,tak mustahil nanti kita sendiri jugak yang akan tentang habis-habisan.jangan terlalu yakin dengan apa yang ada hari nih.rata-rata orang 'moden' asalnya dari 'konservatif' jugak.orang-orang kolot dan tertutup yang dikekang oleh satu-satu pegangan yang akhirnya berubah point of view untuk melihat yang life adalah lebih luas daripada hanya apa yang diajar kepada mereka selama ni.sebab tuh kita takleh terlalu bangga dan yakin.dunia nih berputar.takde apa yang mutlak.
kerana terlalu tipisnya garis yang memisahkan pendirian kita,itu yang buat gua takut.tapi gua tak ambik mana-mana side.untuk perbetulkan mana-mana pihak dan ubah pandangan diorang adalah perkara yang sangat susah.ada faedah ke kita kecam,kita cakap banyak pada orang yang berlainan pendapat daripada kita?kalo diorang rasa diorang betol,kita cakap la pape pon sampai jadi bisu diorang akan tetap rasa diorang betol.malah,dalam pandangan diorang,kita pulak yang salah.hanya soal mana yang kita pilih untuk jadi salah dan betol.terlalu subjektif.entah la.gua pikir,gua hanya boleh buat sesuatu untuk diri gua sendiri.bukan nak menegakkan sape betol,sape salah.somehow,gua mencari yang seimbang.kalo masih susah untuk miliki salah-satu tanpa korbankan salah-satu,gua harap gua cukup kuat untuk tak tunduk pada semua tuh.mesti ada jalan yang boleh seimbang.semoga golongan-golongan ekstrimis tersebut boleh nampak yang kita sebenarnya tak perlu buang mana-mana salah satu untuk 'berjaya'.mentaliti yang luas terus diperluaskan.moden tak semestinya kena tinggalkan adat resam dan aspek agama.kukuh adat resam dan agama tak semestinya kena lupa duniawi.cant we try and be both?bukan ke camtuh lebih baik?
hahaha..rasa macam poyo pulak.well..gua hanya boleh buat untuk diri sendiri kalo ada pape yang gua nak buat.setakat nih,im still doing fine dan harap-harap hati gua ditetapkan pada satu landasan betol yang takkan tergugat walau apa pon yang datang..huuuh..sungguh jauh gua membebel padahal gua cuma nak tulis yang malam nih gua kena tido awal sebab esok nak bangun awal.

2 ulasan:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL berkata...

beza persahabatan dengan cinta. baru sekarang AKU faham. trimas.

broken_nigina berkata...

macam membuktikan yang positif dan negatif sangat susah untuk dicantum tanpa ada tindak balas susulan..