Isnin, Februari 25, 2008

Dari Kurungan

Siapa yang membawa aku ke sini
Mengurung aku di sini
Di dunia yang tiada erti
Di dunia yang mati
Siapa yang meninggalkan aku di sini
Di kegelapan ini
Hati yang bingung
Mencari penawar
Penawar yang telah musnah

Awan mendung
Guruh berdentum
Ributpun mengganas
Mencederakan dia

Aku tidak mahu menangis
Tidak mahu mengalah
Tapi hatiku amat sakit
Aku amat derita
Apa yang harusku lakukan?

Aku mencarimu
Tapi kau tiada
Aku merindu
Dan kaupun hilang
Dan kaupun datang
Saat aku hilang

Awan mendung
Guruh menggila
Taufanpun meledakkan aku
Lantas aku tenggelam
Bersemadi bersama semalam
Dan kaupun datang

Untuk menyakitkan lagi hatiku

(1998)

Tiada ulasan: