Rabu, September 12, 2007

Di Sebalik Mimpi

pengembaraan gua di alam maya ari nih bawak gua ke satu entry di dalam blog yang selalu gua singgah,berkisar pasal mimpi.timbul niat di hati gua nak tinggalkan komen..gua klik bahagian komen,tangan bersedia di kibod nak menulis apa yang ada dalam mind gua bila akhirnya gua sedar,gua tak tau apa sebenarnya yang gua nak cakap.akhirnya gua tukar fikiran dan sebalik meninggalkan komen kat situ,gua create new post kat blog gua sendiri..
gua tertarik dengan cerita pasal mimpi..sebab,gua sendiri tergolong dalam golongan manusia yang sentiasa bermimpi..mimpi yang mungkin pelik,tapi bukan merapu.mimpi yang aneh dan somehow,sangat realistik.mimpi gua macam sebuah wayang.gua pernah ditanya,adakah mimpi kita ada warna?lalu satu malam,sewaktu gua masuk ke dalam mimpi,gua cuba pastikan samaada mimpi gua berwarna atau tak.ternyata,memang mimpi gua ada warna,realistik.waktu tu gua dalam satu zaman yang gua tak tau di kurun ke berapa.gua dalam pelarian,bersembunyi dari orang yang memburu gua.gua ingat waktu tu gua ada kat satu tempat lembap,dekat dengan telaga,dan di depan gua ada sehelai baju warna hijau,yang berlumuran darah.masa tu la gua tenung baju tu betol-betol,cuba pastikan samaada gua nampak warna atau tak.dan positif,memang ada warna.warna hijau lumut,dengan kesan darah merah..dan gua adalah seseorang yang jatuh dalam ketegori pemimpi realistik.
gua percaya pada perkara mistik,perkara yang melibatkan kejiwaan yang sangat tinggi..manusia ada kuasa ajaib yang boleh diteroka.bukan la kuasa cam clark kent dalam cite superman tu,tapi kuasa jiwa.kuasa jiwa yang berpusat pada otak.kalo gua bercakap dengan orang 'normal',respon yang slalu gua terima ialah gua nih songsang,terlalu kuat berpikir malah kuat berimaginasi yang ntahapehape dan bermacam-macam lagi respon yang campur tolak darab bahagi maksudnyer lebih kurang je.tapi gua tak kisah..gua tau gua tak salah.kalo kita pusatkan otak kita pada sesuatu yang kita rasa,kita boleh extract benda tu dan boleh alihkan..contohnya rasa sakit.kalo kita fokus kita boleh cari pusat kesakitan kita tu dan kita boleh alihkannya sampai kita tak rasa.haha..gua rasa macam gua mempoyokan diri gua je dengan ayat tu.gua sendiri pon tak tau camane nak susun ayat tanpa bunyi poyo dan merepek.tapi gua tak merepek langsung..buktinya,kemampuan sesetengah orang yang boleh baring atas paku,kena lenyek kereta dengan rileknya dan macam-macam lagi.kita boleh fokus untuk memindahkan rasa sakit daripada otak,kalo kita betol-betol boleh connect dengan otak kita.
sesungguhnya otak manusia ni satu benda yang sangat kuat dan berpengaruh.silap mata pon terhasil daripada kemampuan manusia memanipulasi fungsi otak.mewujudkan sesuatu yang sebenarnya tak ada dengan memerangkap otak supaya percaya benda tu ada.otak boleh cipta illusi,halusinasi..terlalu kuat hingga bayangan tu boleh menjelma ke alam nyata.sebab tu sebenarnya,tak susah bagi seseorang tu nak jadi gila,jadi tak siuman.duduk sengsorang,layan kepala,dan layan la kepala tu sehabis-habisnya sampai diri kita cuma penuh dengan illusi dan kecelaruan,dan jangan berhenti.insyaallah,kita akan jadi gila dan tak siuman..
manusia akan jadi gila bila diorang dah putuskan untuk berpisah terus daripada dunia realiti.kalo gila sebab eksiden,otak cedera,tu cite lain la..ada masanya,di dalam saat-saat kritikal,gua juga pernah berharap untuk berpisah daripada dunia realiti supaya gua boleh 'bebas',tapi,hakikatnya gua lebih kuat daripada tu.kesakitan yang camane pon masih tak mampu membunuh hubungan gua dengan realiti.ini sikit sebanyak menyentuh soal yang penah diutarakan dalam blog estetika semasa..orang gila itu orang yang bebas..orang yang asalnya waras tapi jadi gila kerana tekanan hidup,sebenarnya adalah satu pembebasan..pembebasan itu menyelamatkan kita daripada segala rasa sakit,rasa terseksa,dan segala-galanya.diorang bukan malang,tapi bertuah..diorang terlepas daripada realiti..gua tak cemburu pada diorang,tapi lebih pada marah..how dare diorang escape daripada realiti sedangkan others terpaksa terus berjuang.diorang kalah..jadi orang yang kalah itu lebih mudah dari jadi orang yang menang..heh..rasanya cemburu jugak la tu kot.marah adalah satu cabang daripada cemburu after all.nape diorang boleh kalah?berani diorang kalah.
kalah adalah penamat kepada segala usaha,segala perjuangan,segala azam,segala pergelutan yang tak berkesudahan yang adakalanya terlalu meletihkan.sometimes gua rasa,lebih mudah jadi orang yang mudah kalah sebab tersangat letih jadi orang yang tak reti-reti kalah.hancur tapi tak hancur-hancur..seksa..lebih baik hancur dan hancur terus je.give in,dan give up je daripada menyeksa diri sendiri untuk bangun tiapkali jatuh.jatuh dan tak payah la bangun-bangun lagi.mungkin impian di bawah sedar gua ialah untuk kalah,untuk putus asa,untuk jatuh dan tak payah penat-penat paksa diri bangun balik lagi dan lagi dan lagi..dan impian di bawah sedar ni selalu datang di dalam bentuk mimpi waktu kita tido.mungkin sebab tu,gua selalu mimpi gua menangis sepuas hati,berteriak,marah,hambur segala-segala yang membuku dalam hati gua sehabis-habisnya.mimpi daripada keinginan di bawah sedar datang samaada dalam bentuk yang berlawanan,iaitu pembebasan daripada realiti,atau dalam bentuk yang berganda,penyeksaan yang bersambung ke alam tido.antara mimpi yang indah atau mimpi yang ngeri..dan kejelasan mimpi menentukan jenis otak dan pemikiran kita.semakin jelas mimpi,semakin dalam la maknanya seseorang itu berhubung dengan otak diorang.dan mimpi yang kosong,yang selalunya terus dilupa bila bangun,menandakan kita tak rapat dengan otak kita.mimpi menentukan personaliti..atau sebenarnya,lebih tepat,personaliti menentukan jenis mimpi kita.
mimpi ialah impian di bawah sedar..mimpi sebenarnya cuba menyampaikan sesuatu pada kita,dan itulah yang gua cakap,bergantung pada personaliti yang mempengaruhi corak mimpi kita.otak tak tido.sementara badan rehat,otak terus berjaga sebagai pengawal yang memantau keadaan.kalo ada sesuatu,otak akan cuba connect dengan badan kita untuk bagitau.connection ni la yang datang dalam bentuk mimpi.jadi mimpi sebenarnya adalah satu mesej.contoh amat mudah,bila kita perlu pegi ke toilet masa tengah tido,otak akan sampaikan mesej dalam bentuk mimpi dan kita akan mimpi kita nak pegi toilet..mimpi adalah cara otak berkomunikasi dengan badan sewaktu badan kita dalam keadaan rehat.otak itu adalah penjaga,pemerhati yang tugasnya mengawasi diri kita sewaktu kita tido.otak ni yang akan panggil kita balik ke alam nyata dan membangunkan kita balik daripada tido.sebab tu tido disifatkan sebagai mati yang sementara.kita mati bila otak kita dah sepenuhnya mati.dan koma tu pulak keadaan bila otak masih hidup,tapi somehow tak mampu connect dengan badan kita untuk bawak kita bangun..sebab tu gua anggap otak sebagai sesuatu yang sangat kuat dan berpengaruh.otak adalah jam loceng malah ubat yang paling mujarab.ke'alert'an otak yang kuat boleh membangunkan kita daripada tido seperti yang kita nak tanpa perlu jam loceng.juga boleh buat kita jadi sihat bila kita percaya kita sihat,dan jadi sakit bila kita percaya kita sakit.gua tak pandai sains tapi buktinya memang dah ada sebab kajian orang-orang sains menunjukkan pesakit yang otaknya ada keinginan kuat untuk sembuh lebih cerah peluang untuk sembuh berbanding pesakit yang otaknya lemah keinginan untuk sembuh..
kalo kita jumpa rahsia memanipulasi otak,banyak sebenarnya yang boleh kita buat.kita boleh reka mimpi kita,boleh pilih apa yang kita nak mimpi..mimpi adalah satu bentuk pencarian..pencarian jiwa..jadi ada orang yang tergolong dalam ketegori pemimpi realistik,pemimpi yang menvisualkan keadaan dalam mimpi dengan jelas,dan ada pemimpi 'rapu'listik,pemimpi yang tak dapat menvisualkan keadaan dalam mimpinya.jadi mimpi mencerminkan personaliti,mentaliti,kejiwaan seseorang..pemimpi yang realistik selalunya orang yang kreatif,yang ada daya imaginasi sangat baik,cenderung memiliki pemikiran visual dan ada mental yang kompleks..mimpi-mimpi yang ada makna tersirat..mencari sesuatu di alam mimpi..melihat seseorang melalui corak mimpi diorang..dan mentafsir mimpi yang sebenarnya adalah jawapan kepada kompleksiti diri..ilmu tafsir mimpi..bagi gua,mimpi adalah sesuatu yang sangat menarik..mimpi rahsia jiwa..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tak pernah ingat mimpi aku ada warna atau tak, aku selalu anggap mimpi aku hitam putih..

pasal mengawal mimpi tu, aku pernah baca dalam article tentang lucid dreaming, tak silap aku la..

broken_nigina berkata...

gua tak penah baca memana..
tapi mimpi memang boleh dikawal..
mimpi datang dari otak..