Rabu, September 12, 2007

Kertas Yang Diconteng

balik pada dunia yang biasa.alone..kosong..bukan sesuatu yang luar biasa.hanya dunia yang biasa-biasa je.dunia yang biasa-biasa macam dulu,macam sebelum ni,dan mungkin macam bila-bila la agaknyer..dengan neskefe panas,yang sentiasa dirifil dari masa ke semasa,dengan lagu-lagu metal yang jadi iringan.sendiri,sendiri,sendiri..kosong,kosong,kosong..yang ada cuma gua dengan diri sendiri.layan kepala,layan jiwa.balik pada dunia yang gua kenal.dunia yang biasa.senyap,dalam tafsiran tersendiri.bukan senyap pada bunyi.muzik yang gua pasang memekak di tengah-tengah malam.tapi somehow,senyap.mungkin kesenyapan yang hanya gua sendiri yang paham.
kalo gua pikirkan,adakah gua dibelenggu oleh kesenyapan yang ada dalam dunia gua?hmm..tapi,sebenarnyer,kalo kita betol-betol bencikan sesuatu,adakah kita akan terus biar benda tu wujud dalam hidup kita?jawapannyer ada,antara kita sedar dan tak sedar.sesuatu yang seolah-olah membebankan,tapi ntah camane tetap terus ada.gua rasa,kalo betol-betol kita tanak sesuatu,memang benda tu dah takkan ada lagi.kenapa benda tu terus ada,mungkin kita dalam diam sebenarnya masih mahukan benda tu.mungkin bukan mahu kita harap benda tu ada,tapi mahu dalam keadaan kita perlukan.sebab tu ia tak hilang.kita yang tanak ia hilang sebenarnya..
kehilangan..bila sesuatu perkara hilang dari tangan kita,ada satu rasa yang tertinggal.satu rasa yang kosong.tapi,bagi gua,kehilangan yang sebenar bukan bila kita hilang sesuatu,tapi bila kesan-kesan dari kewujudan benda tuh dah hilang.ntah la.satu keadaan bila hati kita benar-benar kosong.itu pada gua adalah kehilangan yang sebenar.bila benda tu dah tak mendatangkan sebarang kesan lagi pada diri kita.rasa yang betol-betol dah takde pape.rasa bila kita dah takde rasa.semacam ada ruang yang sangat-sangat kosong.lengang..ruang yang mati.itulah kehilangan yang paling sedih..bukan bila sesuatu benda tu hilang dari hidup kita,tapi bila perasaan kita yang hilang terhadap sesuatu benda.bagi gua,kehilangan perasaan yang pernah wujud itu lebih memilukan daripada kehilangan sesuatu secara zahir..menyingkirkan sesuatu dan memutuskan pertaliannya dengan apa-apa yang ada kena mengena dengan kita lebih mudah dari menyingkirkan perasaan dalam hati..tak minum neskefe walaupun gua rasa macam ada benda yang hilang masih tak seperit tak minum neskefe dan lupa pada keindahan meminum neskefe..
lupa..perasaan lupa tu..ntah la.gua rasa perasaan lupa tu sebenarnya adalah kehilangan yang paling besar.kehilangan bila kita dah tak rasa ada benda yang hilang.its juz so sad..kita dah lupa berharganya sesuatu benda tu pada kita.kita dah lupa bestnya benda tu.kita dah lupa betapa kita suka benda tu.kita dah lupa rasa seronok,rasa gembira,rasa teruja yang penah kita rasa.kita lupa air neskefe tu sedap.sungguh bahagia tiapkali minum air neskefe.sedihnya..kita dah hilang sesuatu yang sangat besar.kita hilang perasaan yang best yang mengisi jiwa kita dengan ke'best'an..bestnya sesuatu bila kita dapat rasa bestnya benda tu.bila kita rasa bestnya,baru la kita rasa bestnya.bestnya benda tu,dan bestnya sebab dapat rasa best..
sesuatu benda jadi berharga sebab kita hargai.bila kita hargai,barulah kita rasa segala keindahan,segala keseronokan,segala makna,dan untuk hilang rasa penghargaan tu dan hilang segala keindahan,segala keseronokan,segala makna yang pernah dimiliki,itu sangat menyedihkan..berganda-ganda lebih sedih daripada hilang benda yang melambangkan segala-galanya yang ada dalam hati kita.mungkin,memang sesungguh-sungguhnya,memiliki sesuatu dan hilang sesuatu itu,dasarnya adalah pada hati.bukan fizikal,bukan material,bukan zahir.
kat mana letak nikmat sesuatu perkara?nikmat yang bersimbolik..semua benda dalam dunia adalah simbolik jiwa.sebenarnya,semua adalah perasaan..takde benda dalam dunia ni yang indah,yang cantik,yang menarik,yang membahagiakan.perasaan kita yang menjadikan semua tu ada.perasaan kita yang mengindahkan sesuatu perkara,atau memburukkannya..tak penting cuaca cerah,bersinar-sinar,atau hujan,ribut petir.yang penting ialah cara kita lihat cuaca.kalo kita lihat indah,jadi indah la..perasaan bila kita ada perasaan tu..indah..nikmat bila kita menikmati..perasaan yang beri makna pada hidup kita.untuk hilang semua tu,tragik..gua sifatkan kehilangan tu sebagai satu tragedi..perasaan yang hilang akan tinggalkan satu ruang yang ropong,yang sangat kosong dan sangat tak bermakna dalam hati..
hmm..bila sesuatu berlalu dari hidup kita,ada sesuatu pula yang kita dapat yang takkan hilang,kenangan..kenangan boleh hukum kita,boleh menyakitkan kita,tapi,kalo takde kenangan,kosongnya..ntah la..gua rasa lebih perit nak lupakan kenangan daripada nak lupakan benda-benda yang asalnya menghasilkan kenangan tu.gua mampu lupakan neskefe,tapi gua tak sanggup lupa kesedapan neskefe tu.sebab kesedapan neskefe tu yang bagi nikmat dan keindahan dalam hati gua.tak sanggup gua nak lupa.kenangan meminum neskefe..kenangan tu mungkin akan menimbulkan rasa rindu,membuatkan gua rasa meronta-ronta nak minum neskefe lagi,mungkin menyeksa diri gua,tapi,gua masih tak sanggup nak lupa kesedapan neskefe.camane keadaan hidup yang kita tak rasa nikmat sesuatu yang memberikan nikmat pada kita?bila benda tu berlaku,memang kita dah takkan rasa pape lagi sebab kita dah lupa,tapi,sanggup ke kita lupa?sanggup ke sebenar-benarnya?banyak kali kita cakap nak lupa sesuatu,terutamanya bila benda tu menyeksa diri kita,tapi hakikat yang sebenar-benarnya,betol ke kita sanggup nak lupa?mungkin itu jawapannya bila kita cakap nak buang sesuatu tapi sesuatu tu masih terus ada..
kita nak jadi rajin,tapi kita masih malas..mungkin sebenarnya,kita memang suka jadi malas.malas itu best.kalo kita jadi rajin,kita akan lupa pada bestnya menjadi malas.sanggup ke kita lupa?perpisahan yang sangat tragik..berpisah dari perasaan yang sangat sebati dengan jiwa kita.sekalipun kita tinggalkan sesuatu kebiasaan,tapi kita masih ingat pada keseronokannya dan ingatan tulah yang berharga..kenangan,memori..kenangan dan memori yang merakam satu episod daripada perjalanan hidup kita.kalo kita buang episod tu,jadi cacat la cerita.ropong.antara kertas yang kotor kena conteng dengan kertas yang dipadam bekas contengnya.ntah la..mungkin gua cuma gua dan akan tetap diri gua.kertas yang kotor kena conteng tu bagi gua lebih baik daripada kertas yang dipadam bekas contengnya.kalo nak lukis sesuatu yang baru,bukan atas kertas yang kita padam bekas contengnya,tapi kertas yang betol-betol baru..biarlah kertas yang dah diconteng terus kekal terconteng kat situ.
hidup macam buku,macam komik,macam novel.ada muka surat,ada episod,ada bab-bab tersendiri.i guess,dats juz it.mungkin orang lain ada cara diorang sendiri nak terjemahkan hidup masing-masing.hanya ada satu buku untuk satu cerita.cerita baru akan bunuh cerita lama.biar la diorang dengan terjemahan diorang.gua hanya diri gua.manusia yang dicipta untuk ingat,bukan untuk lupa.betapa pahit,betapa menyeksa diri sendiri dan betapa gua pikir nak lupa semua tiapkali dilanda pedih,rasanya,hakikat yang benar sebenar-benarnya,gua tak sanggup nak lupa.bukan soal boleh ke tak boleh,tak boleh itu sebenarnya kerana gua tak sanggup.
kenangan sesungguhnya adalah hak milik peribadi seseorang.tak adil untuk meminta seseorang lari dari kenangan diorang.biar diorang dengan kenangan masing-masing.kenangan tu milik diorang..perasaan macam terapung dan hanyut dalam sesuatu yang takkan sampai itu indah..mungkin itu yang gua gambarkan pada nostalgia..nostalgia yang datang dari kenangan,dari memori yang dikutip sepanjang hidup masih berjalan.gua sebenarnya tak sanggup kehilangan rasa nostalgia tu.jiwa mati..hmm..jiwa yang sakit walau sesakit mana pon tetap lebih baik dari jiwa mati..
dan itulah jawapannya rasanya..selama ni nape gua masih camni,adalah kerana gua suka diri gua camni..relevan ke dengan pepatah nak seribu daya,tak nak seribu dalih?tak kisah la kot sebab sesungguhnya takde benda yang lebih best dalam dunia ni dari menjadi diri sendiri.jangan ubah diri untuk sesiapa..setiap manusia ada cara masing-masing untuk terjemah hidup masing-masing.mungkin bagi sesetengah orang terjemahan menjadi matang dan meneruskan kehidupan yang baik ialah membuang kenangan dan semua kesan daripada apa yang berlaku,tapi bagi gua menjadi matang dan meneruskan kehidupan yang baik ialah menghargai kenangan dan belajar sesuatu yang bermakna daripada apa yang berlaku..biar la kalo gua lalui hidup macam dalam novel sekalipon.setiap bab yang tertulis biar dalam keadaan yang teratur dan cantik yang bukan ditentukan oleh kesempurnaan cerita,tapi,kesempurnaan maknanya secara keseluruhan..gua boleh hidup dengan kenangan,dan sedar,kenangan itu tetap kenangan..gua boleh hidup menjadi diri gua,dan sedar,siapa pon diri gua,gua tetap sebahagian daripada dunia ini secara keseluruhannya..dan malam ni lagi skali,gua masih tak tido bila gua sepatutnya tido..lalu gua akhiri pembebelan gua dengan sebuah gelak yang ikhlas yang bunyinya lebih kurang,hahaha....

Tiada ulasan: