Khamis, Julai 19, 2007

Realiti Itu

Terakhir kalinya
Aku buka lagi sejarah
Lalu membentanglah segala cerita
Dan terserlah satu persatu
Terbongkar

Di dalam hikayat ini
Bagai satu percaturan
Aku terpaku di mimpi
Menyuburkan harapan mereka
Lalu menjadi mutiara
Mengalir bersama rindu

Dalam perjalanan
Akulah haluan
Merintis segala arah dan tuju
Menjadi sasaran
Menjadi buruan
Dan mengerlip impian
Menabiri fantasi itu

Sekian lama
Sekadar mengalas daratan
Menjadi angan di khayalan
Dan menjulanglah keindahan
Menjadi lambang cinta
Cinta yang terkubur bersama masa

Terakhir kalinya
Aku sesali jua
Merintih sakit di sini
Sendiri di kejauhan
Tersemat pada takhta
Tugu kenangan silam
Dan abadilah aku
Menjadi bayangan itu

Buat detik ke sekiannya
Aku menyumpah segala-galanya
Pada gemilang kenangan
Menjadi Wajah setiap idaman
Dan pada realiti ini
Akulah yang terbiar sepi

Tiada ulasan: