Khamis, Julai 19, 2007

Kau, Aku, Dia & Mereka

Kelibat hitam
Adalah bayangku
Dalam menghitung namamu
Jarak dalam sejuta laut
....Topeng yang kau sarungkan....
Suara dari hatimu
Tersimpan di dalam dendam
Lalu menjadi sebidang tirai
Yang samar untuk dimengertikan
Kau, aku dan mereka
Meneka arah, menjudi nasib
Dalam ketidaktentuan

Sebalik angin itu
Adakah khabar sengsara
Namun taufan gelita
Terus berwajahkan gembira
Dan kau terus lari
Meninggalkan sejuta rahsia

Kelibat ini
Tak henti mencari
Di celah jalan bersimpang
Lalu melihat hati yang kesepian
Yang bernama dalam namamu
Engkaukah itu?
Namun kita terus berdusta
Di sebalik bayang hitam

Tiada ulasan: