Jumaat, Mac 23, 2007

Aku Pulangkan....(13/06/06)

Aku di sini
bukan lama
waktu yang diberi
bukan kekal
lantas ku simpul ikatan
cuba mengisi ruang
agar kesempatan ini....
tak berlalu sia-sia

Senyum ini....
tawa ini....
mentari yang bersinar-sinar
sekadar pinjaman
hak yang sementara
maka aku hiasi
sehabis daya
biar tiada saat
berlalu sia-sia

Kesilapan tak terlangsai
mendakap terlalu erat
menjajah lebih dari penyerahan
menghimpit ceruk pelusuk
menghulur kehadiran
yang melangkau permintaan
menjadi belenggu

Dalam kesedaran
ku anjak ke belakang
melonggar simpulan itu
moga kan lerai
menjadi udara
untuk kau nafas
laluku kembalikan kunci ini
memulang kebebasanmu
ambillah semula
kerana aku jua enggan
pemberian mahal
hingga menyesakkan orang....


Tiada ulasan: