Jumaat, Mac 23, 2007

Jujur Dari Gua

gua rasa,walau banyak mana pon gua membebel,mengeluh cuba nak lepaskan segala rasa marah dan sakit hati gua nih,gua masih takkan rasa lega..malah,makin banyak yang gua luah,gua rasa makin tak puas hati dan makin teruk.gua lepaskan pada sape?gua marahkan sape?kalo gua benci sampai mati pon takde sape yang rugi..sekali nih,gua terpaksa surrender sebab jelasnyerr gua dah tewas.gua dah kalah.apa yang berlaku memang menjejaskan diri gua dan untuk apa gua nak berlagak kuat seolah-olah gua langsung tak menerima kesan dengan segala yang dah berlaku.gua sepatutnya bukak mata dan nilai balik diri sendiri.walau pon bukan senang gua nak cari hikmah daripada segala peristiwa yang menimpa gua kebelakangan nih tapi gua kena sedar apa saja yang Tuhan jadikan mesti bersebab.mungkin gua tak paham tapi gua arap di sebalik semua nih ada rahmatnya untuk gua.takde manusia dalam dunia nih yang sukakan kehilangan dan kegagalan tapi kalo apa yang ada dalam hidup gua selama nih bukan yang terbaik untuk gua dan bukan apa yang dijanjikan untuk gua maka gua lebih rela hilang semua tuh dan gagal.gua lebih rela sakit daripada hidup dalam kepalsuan.walau pon kebenaran tuh tak indah langsung tapi gua lebih rela melihat kebenaran daripada illusi.gua rela hilang segala-galanya daripada memiliki apa yang tak nyata dan sesungguhnya kalo sesuatu tuh bukan milik gua,gua tak nak benda tuh..gua tak mahu apa yang bukan hak gua..
kalo benar gua dah kalah,maka gua akan mengaku kalah dengan penuh bermaruah.walau pon gua sedar tak layak gua nak bercakap soal maruah tapi biarlah..seburuk dan sejahat mana pon diri gua gua tak rela jadi pengecut.gua akan hadapi kekalahan gua sebagai manusia yang berprinsip.bangkitkan gua daripada kebekuan hati gua supaya gua sedar dan rasa kesakitan gua yang sebenar.kalo nak hancur,biar hancur habis.jangan tertinggal sekelumit pon harapan dalam diri gua.gua tau tak mudah gua nak terima dan nak hadapi tanpa tersungkur tapi kalo gua harus tersungkur,biar gua tersungkur.gua cabar semua kesakitan tuh supaya datang.sakit yang sedahsyat mana pon kalo lu nak musnahkan gua datang la.gua takkan lari.gua akan tetap kat sini angkat muka dan takkan berpaling daripada berdepan dengan setiap perit dan pedih yang muncul.gua takkan lari lagi.itu janji gua!sebagaimana gua hadir dengan cara yang betul,maka gua akan pergi dengan cara yang sama.pergi bukan lari,bukan sembunyi.betapa gua takut kenyataan tuh namun gua tanak mengelak.apa yang paling gua takut itulah yang gua nak semuka.biar gua tau sendiri separah mana penangan benda yang gua takutkan tuh terhadap gua.gua nak rasa.gua nak hadapi.berani mati!kalo gua kalah,maka gua terima segala natijah kekalahan gua.kalo gua bersalah,maka gua terima segala hukuman kesalahan gua.kalo perlu gua dikorbankan,disakitkan,maka gua rela..takde lakonan dan takde hipokrasi.nak buat apa gua paksa diri sorok kesedihan gua sedangkan seseorang insan yang pernah kenal hati budi gua sepatutnya lebih tau macammana gua rasa..bukan main-main..bukan sebarangan..bukan budak-budak untuk bertanding sape lagi kool,sape lagi steady..apa yang pernah kita ada dan lalui jauh lebih mendalam daripada tuh untuk gua berlakon macam takde pape dan wat kenyataan sombong bahawa gua langsung tak terluka bila kehilangan insan yang pernah mengisi hidup gua..jadi dengan waras sewaras-warasnya gua mengaku tanpa rasa malu bahawa gua telah dilukakan dan telah jatuh.namun gua mintak ampun pada mereka-mereka yang rasa gua tak patut kecewa dan tak patut ambik hati langsung..mungkin padan muka gua hingga tak layak nak rasa kecewa tapi fahami sesuatu kat sini..kecewa itu milik semua orang..manusia yang paling jahat dalam dunia nih pon masih berhak untuk rasa kecewa..kerana perasaan itu bukan pura-pura,bukan paksaan maka atas semua tuh gua rasa kecewa teramat-sangat..
gua takde kelebihan untuk membela diri sebab gua sedar dan mengaku gua memang tak layak dan tak sebaik mana nak membangkang pape jadi gua terpaksa diam bila gua dinafikan.ntah la....gua hopeless dan helpless hingga gua hanya mampu berserah pada yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi yang tak mampu dilihat oleh manusia-manusia itu..ironi..gua bukan jenis yang berserah saja tapi sekali nih memang gua dah habis daya dan dah takleh nak wat pape.kalo la di mata orang gua nih teruk,tak jujur,tak tau menghargai dan tak pernah kenal makna ikhlas dan setia yang sebenar-benarnya,gua serahkan pada Tuhan je..kalo gua benar,suatu hari nanti insan itu akan sedar..leka manusia selama mana?lupa manusia sampai bila?kalo hati gua tak pernah bohong,perasaan gua tak pernah palsu,satu ari nanti insan itu akan rasa dan ingat balik segala-galanya..gua percaya..kebenaran akan terserlah jugak satu ari nanti dan takde apa yang gua curahkan dari jiwa gua selama nih selain dari keikhlasan....tuduhlah gua apa saje namun gua bukan pembohong dan gua tak pernah bohongkan keikhlasan gua..
mungkin sekali lagi inilah tamparan untuk gua muhasabahkan diri gua balik.balik pada satu jalan yang paling selamat..kalo tak sakit manusia takkan belajar mengenal kesilapan..cuma satu aje yang cukup gua kesalkan sebenarnya..nape mesti lafazkan sesuatu dengan beriya-iya mintak dipercaya kalo akhirnya kita sendiri jugak yang akan langgar kata-kata sendiri?setidak-tidaknya kalo gua tak pernah dengar pengakuan yang bagai nak rak tuh gua pon takkan rasa sakit hati bila dah terputus hubungan..mungkin kesedaran untuk gua supaya buat rombakan besar-besaran ke atas seluruh cara hidup gua..kalo benda yang sama asyik berulang ke atas gua maknanya mesti ada pape yang tak kena dengan diri gua..silap gua,kelemahan gua kat mana-mana..mungkin dah jauh sebenarnya gua ke tengah dan tergelincir selama nih..apa sekali pon,catatan buat insan-insan yang masih sayang dan masih setia bersama gua..takde ungkapan lain untuk gua nyatakan rasa terimakasih gua melainkan ungkapan terimakasih itu sendiri jua adanya..selamanya di hati..TERIMAKASIH!

Tiada ulasan: