Jumaat, Mac 23, 2007

Hanya Milikku....(22/06/06)

Di bumi realiti
terpatrinya hukum
seperit takdir
namun tak memikul dosa

Warna-warna yang tercalar
bertukar hitam
dan sepi yang memekat
meresap naluri
menjadi sebati
....bukan pinta sesiapa....

Ukuran derita itu
apakah sukatannya
saat segala sempurna
hati yang mengerti perasaan
merintih kesunyian

Dari manakah asal
pedih dan gelap
menjerut rakus
menjajah naluri

Siapakah yang mencorak
siapakah yang memberi
salahkah aku....
sedang ia tersedia
di luar pilihan

Mengertikah semuanya
beban yang terseret
mencengkam sekian lama
bagai terdesak
meronta kelemasan
merintih minta dilempiaskan
tapi janji takdir itu....
tiada yang bersalah
tiada yang merencana
lalu mengertilah
bahawa kecewa itu
hanyalah kecewaku sendiri

Tiada ulasan: