Isnin, Ogos 07, 2006

Melanggar Fitrah?

sepatutnya,gua tak berada depan pc yang satu nih untuk menceceh lagi malam ni..kalo ikut pada perancangannya,gua patut dah ciao pagi tadi tapi poyo jerr,gua termiss plak bas.ngam ngam gua sampai,baspun dah jalan.bas nihpun satu hal.kalo time lembap tuh jenuh kita nak menunggu.alih-alih ari nih tau berdisplin la plak dia..tak pepasal akhirnye burn gitu je tiket gua..heh..apa la gua nih.dah lambat nak salahkan bas plak..tu la malam tadi cakap pasal tak tido malam,nih la antara natijah tak tido.orang suruh tido pegi berjaga..pastuh bangun pun lambat..dan sudahnya padan la muka gua kena tinggal kat bas tersebut..
moral of the story,guapun beli tiket ganti yang malam punyer..bagi mengelakkan risiko tak terbangun awal nak kejar bas pagi,baiklah gua balik pada rutin beli bas malam aje macam biasa.so papepun,gua masih ada sari lagi kat sini sebelum menghilangkan diri seketika.dan nampak pada gayanya sari dua nih gua dah jadi sedikit 'taksub' dengan blog nih..sentiasa saje nak curi peluang untuk membebel sengsorang..jelasnya,untuk masa nih,benda alah nih berjaya mencuri perhatian gua dan makin menguasai center tumpuan gua.mungkin benda alah nih berjaya 'menghiburkan' gua jadi guapun tumpukan perhatian dan masa gua kat sini..not like gua ghairah nak berkongsi-kongsi nak tunjuk blog kat kengkawan or things like dat(dah 'tua' nak terjebak ngan sindrom2 camtuh),cuma benda nih mampu mengambil alih ruang-ruang kosong harian gua dan berjaya membuatkan gua tak boring..semuanya as simple as dat je actually..bila seseorang tuh takde pape,maka anything yang boleh mendatangkan minat dan menghiburkan hati akan jadi tumpuan diaorang..ruang-ruang terbiar akan membenarkan unsur luar masuk bagi mengambil alih kekosongan yang ada.unsur-unsur tuh akan menguasai ruang dan membentukkan satu form pula kat dalamnya..
huh..gua rasa macam gua lagi mempayahkannya la pulak.tuh la..kengkadang something tuh jadi lagi berbelit bila diterangkan.daripada paham boleh jadi tak paham.daripada simple jadi payah.macam bila belajar fotografi.teori tuh teori nih,terus jadi kompius padahal sekian lama hidup guna kamera takde halpun..petik je la gambar..senang..tapi bila belajar segala teknik camane nak ambik gambar,benda senang dah jadi susah.daripada sedia ada reti,makin belajar jadi makin tak reti..penjelasan menghuraikan kedudukan sesuatu..penjelasan bagi menerangkan apa yang pendek dan ringkas secara lebih detail tapi adakalanya penjelasan tuh lebih merumitkan benda yang secara sempoinya kita dah paham..kengkadang,penjelasan tuh sendiri pulak yang memerlukan penjelasan.menjelaskan sesuatu yang dah jelas hingga makin jadi tak jelas lalu keadaan yang kurang jelas tuh memerlukan lebih penjelasan hingga akhirnya kita terpaksa menjelaskan perkara lain yang turut jadi tak jelas tanpa menjelaskan benda yang kita nak jelaskan pada asalnya..
"hidup ini mudah,jangan kau berat-beratkan" kata hattan dalam lagu samba apa saja..kalo difikir-fikirkan,memang betol..hidup memang mudah..apa tuh hidup?bernafas,bernyawa,kita dah hidup.apa susah sangat setakat nak hidup.ulat bawah batupun boleh hidup..hatta kalo kita takmo hidup pun kita masih akan hidup jugak selagi kita tak mati.hidup tuh bila kita belum mati.selagi tak mati,hidup la.something yang bukan satu perbuatan..hidup tuh adalah satu keadaan yang tersedia dan berlaku secara sendirinya..tapi dah selesai ke tuh?hidup memang mudah beb..yang tak mudah cuma kehidupan dalam hidup tuh..camana nak isi hidup,nak tempuh hidup..tak semurah tuh.terlalu banyak hakikat yang perlu kita face..hakikat yang tak semestinyer best dan kengkadang memang tak best langsung..hampeh lagi menghampehkan..
hidup berpandukan realiti,kenyataan..hidup berlandaskan takdir dan nasib..tak semudah tuh.dan gua rasa hidup nilah antara benda yang sangat-sangat simple tapi sebenarnya lebih banyak persoalan,lebih banyak rahsia dan kemusykhilan bila makin kita hayati dan cuba faham dengan sedalam-dalamnya.macam jiwa manusia.hati dan perasaan makhluk yang bernama manusia..dalam satu buku yang dr.hamka tulis,falsafah hidup,manusia sendiri sebenarnya adalah alam..jiwa dalam diri mereka merupakan satu dunia yang tersendiri.di dalam meneroka dan memahami dunia,manusia perlu meneroka dan memahami jiwa mereka lebih dahulu..dan bagi gua,kalo orang tuh fikir hanya dengan melawat segala tempat dalam dunia baru kita boleh kenal dunia,gua rasa agak malang bagi diaorang..sape boleh nafi memang bila semakin luas kita explore dunia,semakin luas pengetahuan dan pandangan kita tapi ia bukan setakat tuh semata-mata pada gua..kunci untuk memahami orang lain adalah dengan memahami diri kita sendiri.pandangan dan pengetahuan kita boleh berkembang dalam kita explore jiwa kita sendiri..
jiwa manusia nih bagi gua sangat-sangat menarik..gua boleh abihkan masa berjam-jam dengan diam dan berfikir,memerhati dan menghayati segala-gala pasal jiwa manusia.bagi yang rasa bila kita buat sesuatu baru kita memanfaatkan masa,diaorang sebenarnya dah salah.sape cakap rilek,termenung,layan jiwa tuh membazir masa?kengkadang manusia nih terlalu bergantung pada akal dan logik dan pandangan diaorang cuma terbatas setakat tuh sedangkan bagi gua,setiap saat dalam gua diam termenung sengsorang,banyak yang boleh gua belajar.banyak yang boleh gua paham.segala ruang,segala keadaan,kalo kita tau nak gunakan,boleh bagi macam-macam pada kita.semuanya terletak pada diri kita sendiri.kita tak semestinya keje pakai tubuh.kengkadang kite bekeje dengan otak.pada luaran bagi yang tak melihat lebih dari tuh,akan berpikir buang masa,dok saje saje tak wat pape tapi bagi yang boleh see things lebih dari apa yang limit pada fizikal,sebenar-benarnya terlalu banyak benda yang boleh dimanfaatkan tanpa wat papepun..
maybe ada yang anggap semua nih cuma alasan nak cover malas..agaknya nih la masalah gua..gua lebih senang macam nih.bagi gua,luaran secara fizikalnya,gerak-geri dan aturan-aturan tuh cuma tempelan.gua tak percaya dan tak terima semua tuh.gua prefer belajar sendiri,belajar dengan cara paham sesuatu tuh sendiri dengan memerah otak gua ke tahap yang semaksimumnya..bila kita paham,bila kita tau,semua perbuatan secara fizikal tuh tak penting.soal belajar nih berkait dengan otak.tak kira kita duduk manapun,yang penting kita boleh terima sesuatu ilmu..tapi malangnya,cuma gua yang pikir macam tuh..bukan orang lain..kalo nak belajar,kena masuk kelas..kalo nak digelar pelajar yang pandai pulak,kena buat esaimen dan bonus kalo lecturer tuh suka kita.kalo lecturer tak suka,kita dalam 'bahaya'..memang la cakap tak bias,takde unsur-unsur peribadi,sentimen-sentimen berat sebelah dalam menilai prestasi student tapi come on la beb,manusia tetap manusia..dalam pada profesional,takleh lari dari pengaruh perasaan.kengkadang perasaan tuh membayangi judgement kita..tuh kenyataannya.pokok-pangkalnya,kejayaan seseorang student sangat-sangat bergantung kepada lecturer..
nak seribu daya,tak nak seribu dalih.kalo diri sendiri tak cukup berusaha,jangan cari alasan dan salahkan orang lain..yup.gua tak nafi semua tuh.tapi,tiap-tiap teori,tiap-tiap yang bertentangan dengan pendapat umum tak semestinya salah.orang kata,jangan lawan arus.seorang manusia yang tak sependapat dengan seluruh dunia kalo masih berdegil dengan pendapat dia sendiri cuma akan melalui jalan yang susah untuk hidup..tapi mesti macam tuh ke?sebelum orang tau dunia nih bulat,semua ingat bumi empat segi.membawa idea yang tak selari dengan pandangan dunia buat dunia pandang kita macam orang yang melalut,yang tak masuk di akal.tambah pulak bila kita persoal resmi hidup yang diamalkan oleh seluruh umat manusia,lagi la nampak kita nih saje nak cari pasal..saje nak memberontak..abih tu camana?
bagi gua,pegi kelas,penuhi kedatangan,its juz..entah laa..leceh..remeh-temeh..gua percaya bahawa dunia nih satu sekolah dan ilmu yang kita dapat melalui pengamatan tuh lebih mahal dan bermakna.bijak atau bodohnya seseorang bukan terletak pada sijil,pada diploma,pada ijazah..kengkadang,jadi profesor pon masih boleh jadi orang bodoh.tak penting sape kita,darjat kita,tahap pendidikan kita,kalo kita bodoh,bodoh la jawabnya.markah yang tertulis kat result exam tuh cuma markah sejauh mana kita berjaya memenuhi skema-skema dan aturan yang ditetapkan dalam sistem pemarkahan di satu-satu tempat yang kita belajar,bukan markah untuk kebijaksanaan kita sebagai manusia..dan,terlalunya pada banyak masa gua berharap gua boleh secara bebas dan terbuka explore dunia,explore hidup,explore jiwa sendiri tanpa terikat pada segala peraturan luaran yang menyekat ruang gua untuk menjadi sape diri gua yang sepenuh-penuhnya tuh..
apa yang prefer gua wat..berfikir,layan jiwa dan perhatikan hidup serta gelagat manusia..meluahkan segala yang ada dalam fikiran gua melalui penulisan,melalui karangan..cuba sampaikan sesuatu secara halus dan tersirat dengan cerita-cerita yang gua buat,ayat-ayat yang gua gubah..ada masanya tajamkan pengamatan dan sentuhan dengan melukis apa yang mendatangkan kepuasan bagi gua,bila gua mahu dan gua suka untuk diri gua sendiri,bukan untuk memenuhi ketentuan sesaperr.jiwa semacam gua nih,jiwa yang ada dalam diri gua nih susah nak ditambat dengan segala rutin,segala peraturan yang fix..terlalu luas,terlalu tersendiri dan independent,free,bebas..satu kongkongan dan beban untuk terikat,statik pada satu jadual yang tak berganjak.
the truth is,rutin dan ketetapan yang semacam tuh ibarat penjara bagi gua..i cant help but to feel sangat-sangat berat dan payah nak ikut jadual yang ditetapkan.dalam diam,hati gua memberontak.gua bosan,gua jemu..dan semua tuh mematahkan minat gua,keinginan gua.gua memang tak rasa attached langsung..dan itu la masalahnya..camana nak buat sesuatu bila jiwa tak ikut serta?kita takkan boleh berpegang pada apa yang kita tak percaya.kita takkan buat dengan sepenuh hati bila hati kita takde kat situ.lack of self-discipline perhaps..whatever they call tentang cara dan sikap gua tapi dalam kenormalan sesuatu aturan tuh,memungkinkan ke ia tepat untuk semua orang?benda nih yang selalu manusia terlupa..kita fikir sesuatu tuh macam tuh sedangkan tak semestinye dalam semua keadaan ia macam tuh..bila benda tuh tak macam yang kita rasa patut berlaku,kita akan nafikan..merepek,mengarut..tapi takkan takde langsung sebarang kemungkinan yang tak semua manusia tuh lahir dengan memiliki ketetapan di dalam patern normal yang diguna pakai oleh dunia?
ramai yang cakap,gua nih songsang,tak normal,terlalu complicated..ada yang marah,suruh gua jangan terlalu berfikir dan belitkan otak.ada yang suruh gua terima saja tanpa cuba nak cari sebab dan alasan..masa memang 24 jam sehari,seminggu memang tujuh hari..takyah bebankan kepala fikir kenapa dan kenapa mesti macam tuh..hidup dengan menerima.tapi macammana gua nak wat camtuh?camana gua nak hidup dengan menerima saja?1+1=2..yang ada dalam fikiran gua kenapa 2..nape tak 3,4..gua nak wat camana?complicated bagi orang lain tapi nih la diri gua yang sebenar.diaorang cuba menafikan diri gua yang sebenar.camana gua nak hidup dalam kepuasan kalo diri gua dinafikan?tiapkali bila gua bercakap tentang benda yang rumit,yang dalam,gua disuruh supaya berhenti,jangan banyak sangat berpikir hingga jadi berbelit-belit sangat.diaorang menidakkan dan takmo mendengar.tapi dengan tak bercakap sesuatu dah boleh menghapuskan benda yang ada kat dalam diri gua ke?apa yang diaorang wat tuh sebenarnya tanpa diaorang sedar adalah mengikat gua,memaksa gua supaya pendam diam-diam dan tahan saja jiwa gua kat dalam sengsorang..sangat-sangat tak adil..
all these buat life tak semudah yang difikir..tapi,pusing sana,pusing sini,what can i do?sedangkan satu dunia beria-ia tunjuk perasaan,marah dan kecam israelpun takleh gugat pape langsung,nikan pulak gua sengsorang nak berkeras nak bertekak lawan arus dunia..jadi apa?bukan boleh ubahpun dunia dan peraturan..nak diiktiraf pencapaian mesti ada kelulusan.nak kelulusan mesti pegi belajar.nak belajar,mesti pergi kelas.pergi kelas mesti ikut jadual..ilmu yang dipandang orang tuh ilmu yang terpampang atas kertas.setakat nih tuh saje rules yang diguna pakai.nak tanak,suka tak suka,telan jugak.sebab realitinya,gua perlukan semua tuh..gua perlu jadi bijak dan jadi somebody mengikut syarat-syarat yang dah tersemat kukuh dalam peraturan dunia..
hipokrit ke gua?hmmm..mungkin agaknya.betapapun gua tak percaya,gua tak terima,malang bagi gua sebab gua takleh hidup tanpa mencapai sesuatu.gua masih nak jadi bijak dengan diiktiraf oleh dunia..dan sebab tuh,walaupun jiwa gua menolak,gua masih paksa diri jugak.sad but true..hakikatnya gua tak sanggup tinggalkan apa yang gua tak suka untuk buru life sejati yang jiwa gua inginkan coz after all,gua masih sebahagian daripada dunia nih..gua masih perlukan kedudukan,perlukan duit,perlukan harta.dalam realiti yang sangat ganas dan keras nih,3 elemen tuh adalah kunci yang sangat penting untuk melindungi diri sendiri..sungguh sesungguh-sungguhnya kita takleh bersandar pada kawan,pada sanak sedara,pada sesaperr..kita kena jaga diri sendiri,takleh arapkan orang lain untuk jaga kita..jadi,pada yang sering persoal,kenapa diri ditindas,tanyalah diri kita sendiri balik,kenapa bagi ruang untuk orang tindas?banyak orang boleh bercakap tapi tak ramai yang cakapnya didengar orang..lagi ramai yang terpaksa dengar cakap daripada boleh bercakap..dan menjadi somebody itu ialah bila kita bercakap dan orang akan respon pada cakap kita.atas dasar itu maka gua anggap saja semua nih harga untuk beli kebebasan gua.gua tak wat semua nih demi impian,demi cita-cita(dah lupa zaman ada impian dan cita-cita tuh),tapi demi membayar untuk jadi sebagaimana yang gua nak.langsai hutang..macam bayar habis-habis segala bil dan benda yang wajib supaya baki lepas tuh jadi hak kita sepenuhnya untuk diguna ikut selera sendiri.jadi gua belajar,gua cuba ikut ketetapan dunia supaya gua tak berhutang tanggungjawab dengan sesape dan akhirnya gua boleh buat apa yang gua nak tanpa boleh orang pertikai banyak..
kalo itulah apa yang perlu gua buat,maka gua buat..takyah bertekak panjang lebar..lepas gua dah selesaikan apa yang patut gua selesaikan macam yang dituntut,the rest adalah hak gua.mungkin itulah cara terbaik untuk mematahkan campur tangan orang lain..well..of coz manusia takkan berhenti pertikaikan pilihan dan keputusan kita tapi since gua dah wat apa yang patut gua wat sepertimana yang dunia nih nak,later to hell la diaorang kalau masih tak puas ati..hmm..tapi itulah..melakukan sesuatu kerana kita putuskan ia wajib untuk kita bukan satu kedudukan yang menyenangkan.bila mind gua berpecah ngan jiwa gua..make everything amat meletihkan,membosankan..takde komitmen..takde connection..takde feel..somehow gua harap semua nih akan beres jugak nanti.sekali nih biar la selesai sebab gua dah tak sanggup lagi dah nak teruskan this thing.
dan apa sekalipun..terpaksa jugak ikut arus dunia nih bila berdepan dengan dunia sebab dah memang itu saja caranya.masa ada 24 jam sehari.seminggu ada tujuh hari..dan dunia gua sendiri,dunia milik jiwa gua,alam di mana gua menjadi diri gua yang sebenar hanya terpencil dalam sudut yang sangat-sangat peribadi kat dalam nih..n ianya sangat meletihkan untuk diletak dalam keadaan tuh.manusia yang ramai tapi tak dapat lihat jiwa kita.boleh ke salahkan dunia?nope..sebab diaorang memang dah dicipta macam tuh.dengan resmi,dengan jalan dan jiwa yang macam tuh.salahkan diri gua instead?sesungguhnya setiap sesuatu itu dicipta dari Pencipta dan perasaan serta jiwa gua nih diberikan pada gua dengan sendirinya tanpa gua pandai-pandai nak reka.gua tak tau kalo apa yang ada pada gua tak mengikut fitrah manusia biasa,tapi gua takleh buat pape selain dari menjadi sebagaimana diri gua yang sebenar.dan itulah betapa kengkadang terdesaknya jiwa gua mengharapkan someone untuk boleh sampai kat sudut terpencil yang ditekan tercengkam kat dalam nih..
....hear me....

Tiada ulasan: