sedar tak sedar,dah merangkak pukul 12 tgh mlm..dah masuk hari dan tarikh baru walhal gua sepatutnya dah tido masa nih..esok kena bangun awal..tapi macam biasa la otak gua nih..bila masuk bab tido awal semacam memberontak menentang..mungkin dalam sedar tak sedar,gua sendiri yang menolak untuk tido awal..
gila ke apa..kengkadang(selalu sebenarnya),gua rasa tido tuh satu pembaziran.kalo gua tak tido,banyak benda yang boleh gua wat.dan memang banyak yang gua rasa nak wat.bila masuk malam je,masa dalam zon gua berjalan berganda-ganda laju dan gua rasa macam gua berlumba-lumba dengan masa..bertolak-tarik,berkejar dengan waktu sampai ada ketikanya(semakin menjadi-jadi lately)gua rasa masa tuh makin tak memadai.tak cukup 24 jam sehari.tau-tau je dah melangkah masuk ari satu lagi..sampai gua boleh nak kautim ngan diri sendiri..ala jap-jap lagi tido la..jap lagi..jap lagi..sambil arap masa masih panjang tapi belom pape tau-tau dah masuk subuh..dan keadaan macam tuh dah jadi mainan satu untuk gua.dah lali..
mungkin agaknya gua memang dah dipaternkan secara semulajadi untuk jadi orang-orang malam nih.takpun mungkin gua alien yang dah tersalah planet.tiba-tiba diseludup masuk untuk hidup atas bumi..heh..hampeh..tapi memang itu la..life gua take part in nights..hari gua hidup pada waktu malam dan siang is juz..hmmm..cuma satu pelengkap untuk bawak gua ke waktu utama iaitu malam bila hari gua baru betul-betul bermula.the truth is,walaupun penyakit payah nak tido malam nih adakalanya membebankan,tapi boleh ke gua cakap yang gua tak suka?suka dan tak suka..persoalan tentang manusia nih..kengkadang jawapan pada kemahuan kita terletak pada gesture dan seluruh tindak balas dalam tubuh yang berlaku di bawah sedar kita.semua tuh try to tell us something.kita tak pikir kita nak tapi tanpa disedari sebenarnya apa yang datang tuh memang kita sendiri yang undang..kita sendiri yang di bawah sedar mengharapkan benda tuh,menyukai satu-satu keadaan yang kita tak aware kita suka..sebab tuh agaknya,walaupun kengkadang gua cakap gua perlu tido dan terbeban bile tak dapat tido pada masa gua perlu tido,gua masih terus jugak berkeadaan macam tuh..mungkin tuh la tandanya yang dalam gua cakap susah bila takleh tido malam,diam-diam tuh jugak la yang diri gua mahukan.gua sebenarnya tak nak berubah walaupun kengkadang gua mengeluh dengan keadaan tuh..
kalo nak selam dan paham kehendak manusia yang sebenar-benarnya nih,memang payah.sebab jiwa manusia kengkadang 'gila'..kita suka apa yang kita tak suka..apa yang kita tak suka tuh la yang kita suka sangat..kita bencikan sesuatu,tapi dalam masa yang sama,gerak-geri kita memberi maksud kita suka benda tuh..apa yang kita cuba jauhi,kengkadang antara sedar dan tak sedar,kita sendiri yang kejar untuk hampiri benda tuh..tubuh kita,jiwa kita pandu kita ke satu arah sebelum otak kita sendiri boleh mentafsir apa yang kita buat..apa istilah untuk sebutkan benda-benda macam nih?tindakbalas luar sedar,luar kawal..macam bila tiba-tiba kita terpanggil untuk wat sesuatu,pegi ke satu-satu tempat dan akhirnya baru kita tau kenapa..ada sesuatu yang 'menyeru' kita..boleh jadi someone yang kita belum nampak dengan mata kasar tapi naluri kita dah boleh cam..chamestry?hmmm..boleh jadi jugak sesuatu yang hati kita cari-cari,tapi otak agak lambat untuk sedar..tindakan reflek?boleh pakai ke?ah..papepon kesimpulannya,tubuh kita nih 'hidup'..kengkadang tubuh kita la yang pandu kita dan memberitahu apa yang kita dalam tak sedar mahukan..macam gua..dalam sedar tak sedar,hakikatnya gua suka bila gua tak tido malam..walaupun susah tido menyusahkan,kalo diberi penawar,mau ke gua ambik penawar untuk pulihkan sistem tido gua?hmmm..mungkin tidak agaknyerr..silap ari bulan,kalo ada penawar yang boleh bagi gua energy untuk direct berjaga sampai berhari-hari,tak pepasal tuh yang gua pilih dulu..
fikiran gua terganggu plak skang nih..ada something else yang dah capture mind gua..takleh nak kosentret anymore so stop dulu la daripada gua sambung menceceh tanpa beri perhatian sepenuhnya..another seminggu..membenamkan diri buat seketika..gua perlu 'udara' untuk bernafas dan clearkan mind gua di tempat yang menjanjikan kedamaian sejati untuk orang kampung macam gua nih..mungkin lepas tuh mulakan minggu baru yang lebih fresh dan aman..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan