Jumaat, Mei 23, 2008

Sudut Terdalam

sekarang nih gua tak tau perasaan apa yang bermain dalam hati gua..macam kosong,tapi macam ada macam-macam..gua tido lewat semalam,tak awal macam yang gua rancang..rasa macam malam tadi adalah antara malam yang paling 'sendat' dalam hidup gua.macam satu balang yang disumbat macam-macam kemudian mahu dimampatkan semua sekaligus.walaupon kadang-kadang gua terasa apa yang perlu gua buat sebenarnya ialah mengosongkan balang tuh,tapi tak pernah pon gua nak biarkan balang tuh kosong.terus cuba sumbat segala macam yang tak mampu nak ditampung dalam tuh.

mungkin sebenarnya,gua patut cari ketenangan dengan bersendiri.jauhkan segala gangguan luar untuk tumpu perhatian pada diri sendiri.hanya cara tu mampu buka ruang lapang selapang-lapangnya untuk gua selam balik diri gua sendiri dan muhasabahkan diri gua.tenang sendiri untuk cari pengisian yang sebenar yang mampu melengkapkan ruang-ruang kosong..bukan pengisian luaran remeh-temeh,tapi pengisian dalaman yang menyeluruh.tapi,kadang-kadang,menyedari hakiki ruang 'lapang' tu sangat mengerikan..hanya naluri manusia yang mengharapkan penawar datang dalam bentuk menyeronokkan walaupon keseronokan tuh sementara dan tak nyata..mungkin satu bentuk pelarian secara halus.satu-satunya cara untuk membaiki kekusutan adalah dengan merungkai pangkal..tapi selalunya,pangkal itu la yang semakin hilang dan terselindung.kita lari dari mencari letak pangkal yang sebenarnya dan sebalik meleraikan kekusutan,kita akhirnya hanya menambahkan lagi menjadi makin kusut dan berserabai.

rasanya banyak sangat semak dan samun dalam kehidupan gua sekarang..banyak benda tak terurus yang tak tahu letak duduk hujung dan pangkalnya.apa tujuan gua longgokkan semua tuh atas jalan gua?mungkin sengaja nak menyibukkan jalan,nak bagi nampak sesak.mungkin mahu mengalihkan perhatian..tapi hakikatnya,segala semak-samun yang gua longgokkan berterabur di jalan masih tak dapat mengganggu penglihatan gua pada arah yang satu tuh.kalo pengisiannya cuma bersifat luaran,maka yang terisi juga cuma luaran.di dalam,masih sama..masih kosong..takde apa pon yang berubah.mungkin hakikat itu la yang cuba gua jauhi..tapi entah untuk apa..baiki sesuatu pada tempat yang salah,hasil apa yang mahu dilihat?

mata cerah,masih tak dapat dikelabui.akhirnya bunyi-bunyian dan keriuhan akan mati jugak..kita tertinggal sendiri dengan diri sendiri..segala silau cahaya dan warna-warni akan berakhir dengan kegelapan malam..waktu tu yang ada hanya kita dan diri sendiri..ke mana mahu lari?apa sebenarnya yang ada di sudut terdalam pada diri?minda sedar kita selalu cuba memperdaya diri,tapi minda bawah sedar kita lebih tahu tentang kebenaran dan kebenaran itu adakalanya disampaikan dalam bentuk mimpi..so,malam yang sendat,yang padat dengan segala unsur mahu dimampatkan..tapi mimpi gua,hanya satu itu..dan ia menjawab segalanya..itu la sebenarnya yang bermain dalam diri gua benar sebenar-benarnya....

//hmm..walaupon gua buat spacing setiap perenggan dengan firefox nih,bila bukak di internet explorer tetap tak jadi beza apa..takde spacing..kat sini lain,kat situ lain..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan