Jumaat, Mei 23, 2008

Anak Kecil

anak kecil.selalu mahu mencuba melakukan sesuatu sendiri di luar tapi akhirnya bila ia terlalu sulit untuk dikawal oleh batas kemampuannya,mula resah fikir untuk balik.lagak seperti dah cukup besar tapi bila sedar tinggi-rendahnya langit,mula cari orang yang lebih 'dewasa' untuk memulihkan keadaan.lari mengadu meminta segalanya kembali tenteram..dan sekarang nih,itu la perasaan gua..semuanya terasa makin berada di luar kawalan..anak kecil dalam diri yang megah mahu menyaingi dunia tapi berlari balik ke rumah mencari perlindungan bila dunia yang lebih besar ternyata mampu mengalahkan keupayaannya yang kecil..cuma,the only thing is,takde rumah untuk berlari balik dan takde perlindungan untuk dicari.gua hanya nak balik pada satu tempat di mana gua kenal apa yang ada di sekeliling gua dan semuanya rasa tepat..hanya mahu bila ada tempat selamat yang mampu mententeramkan kembali apa yang kusut.tapi mungkin itu cuma mimpi naif..yang ada sekarang hanya ruang asing,manusia asing,dan gua sendiri juga semakin asing dan asing..nigina..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan