Khamis, Mei 21, 2015

Takdir

kisahnya,gua tak mampu menulis cerita lain selain dari cerita luka.seribu satu hikayat,penyudahnya tetap sama.ada batu besar hempap kepala gua supaya sedar.ambil cermin,tengok dalam-dalam.gua ini orang luar,orang asing.gua tak boleh keluar dari kaca tebal yang memanjarakan jasad gua.hanya mampu menyentuh dari udara.realitinya,gua bukan sesiapa.atas kesedaran itu,gua berhenti.gua undur.pulang saja ke tempat asal gua.sini,dalam kesendirian ini.satu hari nanti,dia,mereka,akan bertemu jiwa dan lahir semula untuk bahagia.gua waktu itu hanya titik-titik kelabu yang menyusup bersama waktu.melankolia yang takkan berkehabisan.sumpahan yang abadi.gua adalah roh yang menerawang di bumi yang memisahkan gua dari kematian.

1 ulasan:

deaf-angel berkata...

dulu aku ada satu kawan kerja yang share aku something. Dia cakap kalau kat rumah, jangan biarkan gelap gelita bila waktu malam.. Mesti nak kena ada cahaya sikit, walau dah masuk tidur pun adakan cahaya sikit - night lamp kat dewan depan ke hapa ke... tak mau terus gelap abis.
Tapi kalau ada lampu jalan raya ke, lampu dari koridor flat ke, ok la..
I think its true la...