Ahad, Oktober 26, 2014

Malaikat Dan Syaitan

gua habiskan sepanjang hari cuba lawan desakan jiwa dan jujur cakap,gua bukan orang yang kuat melawan kemahuan diri.gua selalunya mengalah pada kehendak dan biarkan diri gua hanyut melayan apa saja yang dicampak oleh kepala gua.gua boleh pergi sampai ke gunung,ke angkasa lepas,malah ke dasar bumi sampai cecah lava.gua menjadi diri gua yang paling asli bila lepaskan kawalan dan bertindak mengikut perasaan.itu diri gua.walaupun ia bermakna kemalangan,letupan,kecederaan,tapi gua hidup dengan menikmati semua itu.lompat tinggi-tinggi untuk jatuh sekuat-kuatnya.ya,maksud gua,kalau gua jatuh dan gua tak sakit,itu bermakna gua tak terbang cukup tinggi dan asyik,dan kalau gua tak terbang cukup tinggi dan asyik,baik gua baring tidur saja tanpa perlu susah-payah buang masa bangun.macam tulah caranya.dan pernahkah gua serik?malang untuk gua,istilah serik itu hampir-hampir tak wujud dalam kamus hidup gua.jadi gua cuba untuk melawan desakan hati bukanlah atas faktor serik,tapi lebih kepada usaha menjinakkan diri sendiri.akal yang cuba menyaingi usia itu memberitahu bahawa gua perlu perlahankan rentak jiwa gua dan jangan terlalu 'heavy metal' sepanjang masa.

masalah dengan memiliki jiwa malaikat dan juga syaitan serentak ialah gua tak boleh nak jadi jahat sepenuhnya dan tak boleh juga nak jadi baik sepenuhnya.sentiasa ada rasa yang suci,rasa bersalah,bila gua buat sesuatu yang tak sepatutnya tapi bila gua jadi baik jiwa gua akan sentiasa memberontak mahu memecahkan kekangan.jadi merintih kesal dengan penuh luhur dan juga naik gila dengan khayal ialah lumrah dalam hidup gua.ia sentiasa macam tu.naluri yang liar dan buas dalam hati yang jujur dan naif.ianya seperti api panas yang merah membakar tapi dikelilingi bayu lembut yang penuh damai.tapi gua harus sedar tak semua orang akan nampak hati yang jujur dan naif,atau merasa kewujudan bayu lembut yang penuh damai.mereka hanya akan melihat naluri yang liar dan buas dengan api panas yang merah membakar,dan itu membawa kepada tafsiran yang menyimpang dari siapa diri gua yang sebenarnya.gua harus ingat dan harus waspada.ramai yang hanya akan melihat syaitan tanpa menyedari dan mengenali malaikat yang ada dalam diri kita.tak ramai yang akan melihat kedua-duanya,jauh lagi menghargai bahawa kegelapan yang menyelubungi itu hakikatnya diimbangi oleh garis-garis cahaya.itulah yang kebanyakan manusia buat.mereka akan pandang kejelikan kita malah tidak segan memperalatkannya untuk kepentingan masing-masing tanpa peduli untuk menilai kebaikan yang ada.

ya,gua banyak buat perkara yang tak membanggakan tapi itu tak bermakna gua harus ulang,kan?memang,gua tahu gua lemah tapi hei,gua mencuba apa?setidak-tidaknya untuk mahu mencubapun dah sedikit baik dari gua yang sedia-kala.gua cuba mencuba untuk jadi lebih terkawal,tenang,elak dari mengulangi kesilapan dan kesalahan,yang sangat-sangat memanggil naluri,dan,syaitan dalam diri gua juga baru saja ketawa berdekah-dekah dalam nada mengejek terhadap gua.tengok saja lama mana gua boleh bertahan sebelum kembali melutut di hujung petikan jarinya seperti penagih yang mabuk khayal,katanya.sombong lagi angkuh.malangnya,gua sendiri bersetuju dengan dia.yeah,shit!


Tiada ulasan: