Sabtu, Oktober 25, 2014

Apa Khabar?

gua merayau-rayau di ruang blog cuba untuk mencari penulis-penulis yang gua kenal.rata-ratanya sudah 'pupus',tak wujud lagi.ada satu perasaan yang timbul.melankoli.atau nostalgik.atau mungkin juga sepi?macam melawat sebuah perkampungan tinggal yang senyap-sunyi,yang suatu masa dulu riuh-rendah dan menjadi tempat permainan.mana pergi semua orang?hilang?tapi bila difikir semula,mungkin gua sebenarnya yang hilang terlebih-dahulu.ke mana gua pergi,ya?sehingga gua garu kepala sendiri bila tersedar.ada tulisan gua yang kali terakhir dikemas-kini ialah pada tahun 2011,iaitu tiga tahun lepas.wow!gila!

gua tak sedar.sungguh,memang gua tak sedar.kalau ketika kali terakhir gua kemas-kini tulisan di sana adalah tiga tahun lepas,maka itu turut bermakna mereka dan mereka itu juga telah lama muncul dan hilang dari hidup gua.macam tak percaya.jadi memang tak pelik kalau banyak benda yang dah berubah.buat gua tersenyum pada diri sendiri,sinis.manusia lain bukan seperti lu,broken nigina.mereka menjalani kehidupan,melalui perubahan.tiga tahun sudah cukup lama untuk membawa perbezaan besar.tak macam lu yang statik.dari awal menulis di sini sampai ke saat ini,tetap sama dan serupa tidak berubah apa-apa.kalau ditanya khabar terkinipun,masih boleh kitar-semula jawapan sama sepuluh tahun lepas.

dan kemudian sekali lagi kita akan balik kepada rumusan sama iaitu ayat bajet yang klise,"semua orang ada takdir sendiri dan ada tempo kehidupan sendiri yang tak perlu dirisaukan bla bla bla" dan orang lainpun akan berikan kata-kata memujuk yang sama yang kita dah dengar beratus kali,"jangan bimbang,suatu hari nanti kamu pasti akan bahagia."tapi jujurnya,gua sudah semakin menerima keadaan hidup yang sebegini.bersendiri tanpa pasangan dan perhubungan,dan hanya berharap gua kekal cantik dan muda untuk tempoh selama yang boleh.ya,poyo.tapi jujur.gua hanya mahukan kehidupan berjalan-lancar tanpa ada gangguan.atau dalam maksud yang lebih jahat,gua mahu bebas buat apa yang gua suka tanpa ditimpa masalah dan terkandas.biar saja begitu,sampai ada sesuatu,atau seseorang,yang mampu merubah fikiran dan hati gua.sehingga itu,cukup sekadar ini.
      
               

2 ulasan:

~* chirpy_chummy *~ berkata...

Hey, kau kembali! :')

Aku ingat kau pun macam mereka. lama hilang tanpa berita. Perkmpungan alam maya zaman 'itu' aku kira dah pupus semuanya.

broken_nigina berkata...

yep..still here.once a blogger,always a blogger.:)