Isnin, Julai 22, 2013

"Apa jadi kita hadapi sama-sama...."

bila orang yang pernah berjanji untuk 'hadapi segala-galanya bersama' dengan gua maklumkan yang dirinya dah dimiliki insan lain,rasa terkilan tu tetap timbul walaupun tak seteruk apa yang pernah gua bayangkan.mungkin sebab gua dah lama anggap gua bukanlah sesiapa untuk dia,tak bawa banyak makna,tak mampu untuk buat dia hargai dan benar-benar beri komitmen terhadap gua,jadi gua tak begitu terasa.apa lagilah yang tinggal untuk dipilukan setelah gua didiamkan pada waktu yang dirancang untuk bertemu keluarga masing-masing.baju warna biru yang gua tempah konon-kononnya untuk dipakai berjumpa bakal mertua hanya tinggal tergantung,sekadar jadi perhiasan.jadinya gua dah tahu,dan sekarang gua lebih tahu.gua bukanlah sesiapa dan kini gua hanyalah memori.di atas segala pengorbanan,kesakitan,dan semua perit-pedih menghadapi ujian mempertahankan sebuah hubungan,gua tidak pernah dimuliakan dengan ikatan suci yang sah,tapi seterusnya muncul wanita lain yang tanpa perlu banyak bersusah-payah,terus disunting untuk dijadikan isteri.haih..soal jodoh,dan juga dugaan untuk gua.sabar sajalah wahai hati.
       

7 ulasan:

deaf-angel berkata...

hoi fren
selamat berpuasa.

aku doakan semoga nanti ko jumpa seorang yang akan bayar ko nye zakat fitrah dengan penuh amanah dan ikhlas, dan jugak lagi best bayarkan ko nye zakat wang simpanan kalau cukup nisab. Ko mesti happy nye kan? haha. Amin.

broken_nigina berkata...

:) amin.

catherine- berkata...

doa byk2. lagi2 bulan ramadhan ni. mana tahu. Tuhan trus bagi jodoh sebulan kemudian. hee... amin.

broken_nigina berkata...

kalaulah..apapun,amin.

cLina BeLedZa berkata...

gina..

pisau belati berkata...

Pembunuh Tanpa Bayang :-

aku rasa seperti di tampar dengan tulisan ini.situasi yang sekan sama.

:: Wiween :: berkata...

been there, done that. for me, it hurt like hell.