Khamis, Disember 06, 2012

Blogku Syurgaku

kebelakangan ni gua sibuk melayan muka buku.yang buat gua teruja adalah politik-ABU,selain daripada hobi gedik gatal menambah 'kawan' yang muka kacak-kacak dan jambu.ya,gua memang rupalistik dan miang.tapi apapun,sehebat,semeriah dan secanggih mana pun laman buku muka,ia tak dapat memberi kepuasan sebagaimana menulis di blog.i have to restrict myself there.penat bila perlu jadi sopan-santun dan lemah-lembut seperti 'wanita ayu' dan terpaksa menapis-napis bila nak bercakap.ironi,tempat kita tunjukkan rupa sebenar adalah tempat di mana kita sebenarnya sedang bertopeng.

rasanya gua cukup bertuah sebab dapat mengenali dunia blog ni.my safe place.tempat yang gua boleh jadi gila,jadi mental,jadi bengong,boleh duduk luar kotak,atas kotak,tepi kotak,dan boleh jadi apa saja yang tak menepati kehendak umum sepertimana jiwa gua yang sebenar.dan apa yang lebih indah,bila mengetahui bahawa sesungguhnya ada ramai lagi orang 'gila' macam gua malah lebih gila dari gua bila duduk di dunia ni.people don't like being alone,even when they're being alone.

bersendirian bersama-sama.
                

4 ulasan:

ghost berkata...

kat dalam ni juga kalau kita tepuk tangan beramai-ramai, hanya tepukan kita jer yang kita dengar.

blog bererti kebebasan. tak perlu jadi vandetta atau musketeer atau ironman. cukuplah jadi ghost writer. haha.

deaf-angel berkata...

true.
tapi facebook cam so boring gitu

ghost berkata...

yang gi layan facebook buat apa..

broken_nigina berkata...

double life kan.haha.satu mainstream,satu underground.