Jumaat, November 09, 2012

Pinjam Petik

 :-

dari cara percakapan seseorang, kita boleh lihat tahap pemikiran mereka. sebijak mana, sedalam mana minda masing-masing. 

sy tonton video ucapan nurul izzah (berulang-ulang) untuk membuat penilaian yang adil, dan ia buat sy rasa lebih hormat kepada beliau. tanpa sentimen, tanpa kekangan persepsi, sy cuba mentakrif seterbuka mungkin dengan tanpa tujuan untuk menghukum sebaliknya mencari kebenaran. 

dari apa yang sy lihat, ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk berucap semeja dengan mereka yang berbeza fahaman dan pegangan agama, cuba membawa idea tentang negara berpelembagaan islam. beliau cuba menerangkan tentang konsep negara islam dan memberi pencerahan kepada mereka yang bukan muslim, yang mana mempunyai tanggapan negatif terhadap islam. 

seperti yang semua sedia maklum, islam masakini disinonimkan dengan keganasan, pemaksaan. kalau ditimbang dengan akal wajar, selagi tiada pihak yang berdialog secara terbuka dengan golongan bukan muslim di malaysia, sampai bila salah tanggapan sebegini dapat diperbetulkan. jika anda diaju soalan oleh yang tidak faham islam dan bukan beragama islam, bagaimanakah cara berhikmah untuk menjawab tentang tiada paksaan dalam agama? adakah dengan bersikap emosi dan baran, memberi gambaran lebih buruk kepada yang bukan islam tentang imej sebenar islam? jadi sy rasa, menekankan bahawa islam bukan agama paksa adalah cara yang paling berhemah mengikut senario waktu beliau ditanya.

tiada paksaan dalam agama adakah boleh diaplikasi kepada melayu? dalam hal ni kita perlu faham terlebih apa itu melayu dan apa itu islam. mendengar dengan terperinci setiap bait jawapan beliau, sy tidak lihat di mana beliau bersetuju bahawa orang islam harus dibenarkan murtad. apa yang dinyatakan adalah, di dalam al-quran tak ada ayat yang menetapkan bahawa melayu itu mestilah islam, maka secara umumnya, menjadi melayu itu sahaja tidak cukup untuk mengislamkan seseorang. jadi ini sebenarnya berbalik kepada individu yang berbangsa melayu itu sendiri untuk berfikir, anda melayu atau anda islam? sebagai seorang yang berbangsa melayu, anda bebas memilih agama tapi sebagai seorang muslim, anda wajib kekal di dalam agama yang anda anuti. gunakan fikiran yang matang dan faham sendiri, anda SEORANG MELAYU atau anda SEORANG MUSLIM, dan anda akan faham anda tertakluk di bawah undang-undang yang mana. 

menurut pendengaran sy, nurul izzah menyebut bahawa sebagai seseorang yang beragama islam, beliau berpegang kepada ajaran islam di mana ada batas tertentu terhadap keterbukaan baik dari segi kebebasan beragama mahupun orientasi seksual. ini, kalau kita mahu mentafsir secara bijak pandai dan bukan singkat akal, bermaksud undang-undang agama datang dulu daripada undang-undang dunia yang mana jelas, sekiranya anda beragama islam, maka anda harus mengikut undang-undang islam. tidak ada unjuran untuk menyokong murtad seperti yang digembar-gemburkan di sini. melihat dari konteks yang lebih luas, ia boleh disimpulkan bahawa kebebasan beragama harus diberi sama rata kepada semua KAUM kecuali mereka yang beragama islam kerana orang islam adalah tertakluk kepada undang-undang islam yang mengharamkan murtad. jadi tak kisah anda melayu, cina, india, atau lain-lain, selama anda beragama islam, jelas dan nyata murtad itu haram.

kalau sy belum ada masalah pendengaran, jauh dari mencemuh sy malah lebih mengkagumi bila beliau ada menyebut bahawa iman itu harus lahir dari hati dan diterapkan di dalam kehidupan untuk memastikan kita tak goyah. mahu tafsir cara orang bijak atau orang bodoh? maknanya di sini jatuh tanggungjawab kepada pemimpin, ibu bapa dan masyarakat islam itu sendiri untuk menerapkan kefahaman dan mengukuhkan nilai islam di dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak mudah terpesong. daripada situ, apa yang saya faham adalah nurul izzah maksudkan "mencegah itu lebih baik dari merawat" dan ini secara halus juga membayangkan beliau mendokong cara hidup islam, bukan merendah-rendahkan seperti yang diputar-belit pihak tak bertangungjawab.

sy hanya manusia biasa yang tak ada anugerah istimewa untuk buka hijab hati seseorang, tapi daripada pemahaman sy berlandaskan apa yang terlihat zahir, inilah yang sy dapat daripada ucapan nurul izzah dan sy rasa sungguh-sungguh, rugilah bagi mereka yang mempunyai akal tapi tidak pula menggunakannya, atau memilih untuk 'meminjam akal singkat' orang lain dan jadikan pendirian masing-masing. apapun, sy tak berani jamin apa yang sy faham adalah mutlak isi hati beliau kerana sy bukan TUHAN untuk menghukum nawaitu dalam jiwa manusia lain tapi kalau berlandaskan setiap perkataan yang dilafaz, nurul izzah tidak menyokong murtad tapi membantah undang-undang "melayu itu mestilah islam" kerana bangsa tidak seharusnya menentukan agama seseorang sebaliknya keimanan dalam diri.

pandangan peribadi sy sendiri pula, kalau kita fikir-fikirkan balik, ramai orang kita lebih hebat dalam soal melatah dan mengamuk bila berlaku sesuatu isu; sy ambil contoh murtad di sini, tapi rata-rata sekadar pejam mata dengan segala kepincangan yang berleluasa di sekeliling. kita berang kesucian agama dipersenda, tapi kita sendiri tak pernah memuliakan agama malah kalau nak diikutkan, lebih ramai kita hari ini (termasuk sy sendiri) mencemarkan agama daripada mengangkatnya. bukankah suatu kepura-puraan yang nyata, bila kita begitu gah mahu tegas dalam soal "menghukum" mereka yang terpesong dari ajaran islam tapi saban hari membenarkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan ajaran islam? ia sama macam sibuk mahu mencegah kebakaran, tapi tak kisah untuk bermain api. pandang sekeliling dan jawab jujur kepada diri sendiri, macam mana mahu mengelak generasi sekarang daripada membelakangkan agama dan nauzubillah murtad, kalau perkara-perkara yang membelakangkan agama macam tak menutup aurat, minum arak, main judi dll kita 'hormat' atas tiket "itu urusan mereka dengan allah".~kemusnahan yang besar selalunya bermula dari kerosakan-kerosakan kecil.

wallahualam.

Tiada ulasan: