Sabtu, Oktober 13, 2012

Muka dan Buku

kalau gua betul-betul jujur,gua memang tak suka laman-laman sosial dan contoh terdekat adalah facebook.sebelum sesiapa tersinggung,gua bukan mengutuk penggunaan facebook tapi bercakap dari sudut keperibadian gua,gua tak tahu macam mana untuk menikmati facebook macam kebanyakan orang.rata-rata fungsinya adalah perkara yang tak berkepentingan untuk gua.menjejak kawan-kawan lama?jujur cakap,kalau gua boleh lari lagi jauh gua nak lari lagi jauh dari manusia-manusia masa lepas.asalnya pun gua tak berkawan sangat dengan mereka,tak ada sebab untuk gua nak jejak dan berhubung semula.kemudian untuk bersosial dan bermasyarakat,kalau belum nampak jelas lagi gua bukan peminat semua tu.gua lebih senang dan selesa dengan kehidupan yang 'tertutup' dan jauh dari orang ramai.dasar pintu tertutup,senang cakap.

bila difikirkan,berada di dunia facebook seperti saling dihendap dan menghendap orang.apa kita buat,apa orang lain buat,semuanya keluar dalam laporan untuk semua 'kawan-kawan' tengok dan yang lebih kelakar,kadang-kadang kita tak kenalpun sesetengah 'kawan-kawan' kita tu.merimaskan,gua rasa.sehingga ke lokasi di mana kita berada,pun keluar di dinding untuk semua orang tahu.sangat terdedah dan terbuka.ia macam tempat di mana semua orang sibuk saling nak ambil-tahu dan saling nak beritahu.buat apa,pergi mana,makan apa,masak apa.yang alim-alim atau buat-buat alim sentiasa dengan surah dan kata nasihat tak berkesudahan.yang gedik sentiasa gedik dengan gambar ala k-pop muncung itik dan tanda 'piece' dekat mata.yang berniaga sentiasa dengan iklan bermacam-macam cari lubang dan cari orang.yang bertudung tapi sebenarnya nak orang tengok rambut akan muatnaik gambar-gambar tak bertudung.yang jiwa-jiwa tak sudah-sudah pasang ayat cintan-cintun.akhir sekali,benda yang paling menjengkelkan pada gua 'aksi menayang kehidupan bahagia' oleh golongan-golongan isteri dan mak-mak budak.sorry no offence tapi gua rasa status-status 'penatnya hari ni masak menu permintaan en.hubby' atau 'mama baru tidurkan baby bla bla bla' adalah freaking annoying.

sejujurnya,gua pernah mencuba melibatkan diri.let loose,orang cakap.daftarkan akaun guna nama sebenar,tonjolkan diri jejak kenalan-kenalan lama,letak gambar-gambar yang kononnya ayu dan cun kemudian beramah-mesra dengan 'masyarakat',bersikap ceria riang-ria.itu sepatutnya menyeronokkan,sepatutnya lah.malah ada sesetengah mereka yang mengenali gua sebagai pendiam dan anti sosial memuji perubahan gua.baguslah,gua dah mampu nak bergaul,bercampur dengan orang.gua dah jadi ramah dan senang didekati.heh.tapi itu semua tak bertahan lama.lepas seketika,gua tutup akaun tu.penjelasan mudah,sebab itu bukan diri gua yang sebenar.kalau lu percaya apa yang gua tonjolkan selama menjadi 'ramah mesra',obviously you don't know me for real.

tak kira apapun yang gua tonjolkan pada mereka yang tak mengenali,hakikatnya gua tetap 'wanita bertudung hitam' yang berasal 'dari luar dunia' dan tak akan pernah selesa menjelmakan diri di 'alam keramaian'.apa yang buat gua tersenyum ialah bila dalam ramai menyenangi 'perubahan' yang gua tonjol,ada juga yang jelik dan mencemuh.ok,bukan tersenyum tapi tergelak sebenarnya,sebab ia menghiburkan.the thing is,setebal mana pun topeng yang kita pakai dan sehebat manapun lakonan yang kita pamer,kita takkan dapat menipu mereka yang benar-benar mengenali diri kita dan gua tak akan rasa lebih difahami dan dihargai daripada tak disukai bila tak menjadi diri sendiri.kenapa mahu tukarkan hitam menjadi putih sedangkan hitam itu menawan kerana ia adalah hitam?

~senyum.
            

Tiada ulasan: